Sahabat Adalah Insan Yang Selalu Ada Di Samping Kita Di Masa Suka Ataupun Duka


Sahabat sejati selalunya saling memberi semangat dan mendorong supaya mereka bersama-sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan.Belajarlah menyimpan rahsia demi menjamin kebahagiaan persahabatan agar berkekalan.Kebahagiaan hidup ini akan terasa terlalu indah jika kita saling sayang menyayangi dan percaya mempercayai satu sama lain.Sahabat sejati menjadi pendorong impian dan pembimbing jalan.Dalam persahabatan, kita harus saling mempercayai, saling menghargai, saling menghormati, dan saling membantu kerana kunci persahabatan adalah kejujuran, keterbukaan, dan saling mengerti.

Sahabat sejati amat sukar dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan.Sahabat perlu dihargai dan sahabat juga perlu menghargai kasih sayang sahabatnya.Nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai.

Kita perlu menghargai dan inginkan dihargai oleh sahabat dengan saling memberi dan membantu, hormat menghormati, ziarah menziarahi, bertanya khabar, doa dan ucapan salam serta tidak berahsia sesuatu perbuatan yang tidak disukai sahabatnya.Sahabat adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan kita, tidak kira berapa jauh jarak dan berapa lama waktu memisahkannya.Terima kasih sahabat kerana hadir bila aku memerlukan seorang teman.. terima kasih kerana hadir bila aku kesedihan dan terima kasih kerana mengembirakan aku.
Sahabat adalah insan yang selalu ada di samping kita di masa suka ataupun duka.Sahabat bukan sahaja menerima kelebihan tetapi juga menerima segala kekurangan kita.Sahabat yang baik adalah sahabat yang jujur, ikhlas dan setia pada sahabatnya dan selalu membimbing dan memimpin sahabatnya kearah kebaikan.

Sahabat yang baik adalah yg menjaga lidahnya ketika berbicara dengan sahabatnya. Sentiasa memberi senyuman dan selalu mengembirakan sahabatnya.Jika anda memiliki seorang sahabat yang baik, jagalah sahabat anda kerana tidak semua orang boleh memperolehi sahabat yang baik.Sahabat sentiasa menghargai semangat setia kawan di waktu susah ataupun senang.Ikatan persahabatan itu amat indah jika dijalinkan dengan rasa ikhlas, jujur dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Terlalu payah untuk memelihara hubungan persahabatan tetapi terlalu mudah untuk memutuskannya.

Di waktu tiada satu pun orang disisimu, janganlah kau merasa sedih, apatah lagi merasa terpinggir kerana pasti di suatu masa  ada orang lain yang akan memberikan senyuman dan sapaan yang tulus dan ikhlas, serta mengembalikan cahaya di jiwa menggantikan resah gelisah mendung yang meliputi hati. Itulah senyuman dan sapaan dari seorang sahabat sejati.

Sekiranya tidak mampu memberi sesuatu untuk mengembirakan sahabat cukuplah sekadar senyuman ikhlas sebagai hadiah untuknya.Keikhlasan, kejujuran dan hidup berkasih sayang dengan sahabat pada setiap , masa tanpa mengira waktu adalah tuntutan sebuah jalinan persahabatan bukan sahaja di waktu suka akan tetapi juga di saat kita menghadapi sebarang kesukaran dan kepayahan.Tiada yang lebih indah dari kasih sayang sahabat itu terhadap kita terutama di saat kita bersedih.Hubungan persahabatan janganlah hendaknya dicurangi dengan menyakiti hati sahabat dan melukakan perasaannya.

Jika kita sengaja atau tanpa menyedari melakukan kesalahan itu janganlah malu-malu merendah diri memohon kemaafan darinya agar kita dapat memperbetulkan diri dan tidak melakukan sebarang kesilapan lagi.Sahabat adalah orang yang hatinya selalu dekat dengan kita, tidak kira berapa jauh jarak dan berapa lama waktu memisahkannya.Janganlah jadikan diri kita sebagai bayang-bayang dalam persahabatan yang hanya menjelma ketika cahaya terang, dan bila datang gelap ia akan menghilang.

Terlalu mudah untuk mencari kawan dan amat sukar mendapat seorang sahabat serta amat sulit untuk kita pelihara dan mengekalkan persahabatan itu sekiranya kita tidak benar-benar mengasihi dan menyayangi sahabat.Jalinan persahabatan menuntut seribu keikhlasan dan ketulusan dengan sepenuh hati.Semakin jernih hati seseorang semakin tinggi tingkat keikhlasannya bersahabat.Akan tetapi ikhlas dalam bersahabat itu banyak godaan dan dugaannya.Bukan senang untuk menjaga dua hati yang bertaut, kalau tidak tahan diuji sudah pasti ada hati-hati yang terluka.

Panjatkan doa yang baik-baik untuk sahabat agar ikatan kasih sayang dan kemesraan akan terus bersemarak mekar hingga ke hujung nyawa. Percayalah sebuah persahabatan itu amat bermakna hanya terbina dengan keikhlasan dan kejujuran.Sahabat perlu disayangi dan dikasihi bukanlah untuk dicurangi dan dikhianati.Jujur dan ikhlas adalah kunci kesetiaan dalam ikatan sebuah persahabatan.Terima kasih kepada semua yang menerima diri ini sebagai seorang sahabat.Aku rindukan kemesraan sahabat. Sekali sekala aku ingin bertemu sahabat agar bertambah kasih sayang dalam persahabatan.", siapalah diri ini tanpa sahabat.
Tokwan Matarun

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/09/sahabat-adalah-insan-yang-selalu-ada-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Yah Swmbang La Woiii Cina Dap Tu Tutup 22 Jadi 11 Hangpa Buka Masa Tu Tak Bantah Pun

Tak Yah Swmbang La Woiii Cina Dap Tu Tutup 22 Jadi 11 Hangpa Buka Masa Tu Tak Bantah Pun

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 122 hits
Lebai kalau sembang Tak usah la lebai Masa 33 bulan PAS dalam kerajaan dulu apa penambah baikkan yang PAS telah buat RUU355 pun tak berjaya diperkasakan Macam macam la alasan dia buat Cerita gempak siap buat Hudud lagi la Siap cakap kalau a...
Program Lagho Buang Masa Anak Bangsa Melayu

Program Lagho Buang Masa Anak Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 122 hits
Mohd FairulDikhabarkan dah 5 orang peserta RXZ 6 0 meninggal Adakah program ini sesuai untuk diteruskan Didiklah anak bangsa dengan program yang berfaedah
Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein Ruminah Sidek

Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein Ruminah Sidek

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 150 hits
Telefilem Demi MasaTonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada 15 September 2024 pukul 10 malam di TV3 Judul Demi Masa demimasaWaktu Siaran Sabtu 15 September 2024 10 00 malamRangkaian TV3 tontonPenulis Skrip Siti Jasmina IbrahimPe...
21 Bulan 20 Hari Pmx Melepasi Sela Masa Pemerintahan Tun M Pm8 Pm9

21 Bulan 20 Hari Pmx Melepasi Sela Masa Pemerintahan Tun M Pm8 Pm9

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 142 hits
Tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencecah 21 bulan 20 hari pada hari ini mengatasi sela masa tiga kerajaan terdahulu yang dibentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke 14 pada 2018 Pemerhati politik menyif...
Suka Berkerja Di Pejabat Atau Dari Rumah

Suka Berkerja Di Pejabat Atau Dari Rumah

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 122 hits
PRO BEKERJA DI PEJABAT 1 Ada meja peralatan dan ruang yang kondusif dan sesuai tersedia untuk buat kerja 2 Dapat berjumpa face to face dengan kawan sekerja sepasukan so senang untuk berkomunikasi dan bersemangat sikit untuk buat kerja3 Kala...
Kalau Ya Pun Hang Tak Suka Tak Kan La Tak Mau Salam Lahanat Betoi

Kalau Ya Pun Hang Tak Suka Tak Kan La Tak Mau Salam Lahanat Betoi

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 120 hits
Zuz DinJom kita singgah page Pengerusi MADA dan beri sedikit nasihat pada beliau agar CEO dia jangan perangai jijik dan biadap tak hormat pemimpin
Uyaina Arshad Tetap Luang Masa Untuk Anak Walaupun Sibuk Tak Boleh Guna Alasan Tak Ada Masa

Uyaina Arshad Tetap Luang Masa Untuk Anak Walaupun Sibuk Tak Boleh Guna Alasan Tak Ada Masa

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 122 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad sehabis baik akan meluangkan masa buat anak anak biarpun ada waktunya dia terikat dengan jadual kerja Tambahnya lagi menerusi satu entrinya di Instagram bagi mengurangkan rasa bersalah kerana terpaksa kel...
Pengguna Google Diberi Masa 72 Jam Kemas Kini Chrome

Pengguna Google Diberi Masa 72 Jam Kemas Kini Chrome

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 148 hits
WASHINGTON Pegawai pegawai siber Amerika Syarikat mengeluarkan tarikh akhir 72 jam untuk pengguna Google mengemas kini enjin carian internet Chrome bagi menambah baik kelemahan aktif lapor portal berita MailOnline
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord