21 Bulan 20 Hari Pmx Melepasi Sela Masa Pemerintahan Tun M Pm8 Pm9



Tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencecah 21 bulan 20 hari pada hari ini, mengatasi sela masa tiga kerajaan terdahulu yang dibentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
(BH) – Pemerhati politik menyifatkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada 24 November 2022 terus utuh dalam melaksanakan reformasi dan pembaharuan dengan dukungan parti utama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Fakulti Ekonomi Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata kestabilan politik berjaya diwujudkan walaupun tanpa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang seperti kerajaan sebelum ini.
Beliau berkata, usaha reformasi dan pembaharuan lebih jelas dilakukan secara berterusan walaupun dalam kritikan hebat pembangkang.
“Walaupun (dinamakan) Kerajaan Perpaduan, pembaharuan dan reformasi dilaksanakan Perdana Menteri tidak ditentang oleh UMNO atau rakan komponen lain (dalam kerajaan).
“Maksudnya, kalau kepemimpinan menjiwai dan ada keaslian, tidak ada masalah untuk mengekalkan kestabilan politik, membangkitkan semula ekonomi, tidak menjadi boneka kepada mana-mana blok antarabangsa atau bergantung kepada MoU untuk melakukan pembaharuan,” katanya kepada BH.
“Ciri ketahanan dimiliki Kerajaan Perpaduan khususnya Perdana Menteri secara tidak langsung mencetuskan kestabilan politik di negara ini.
“Akhirnya, kita melihat kemakmuran ekonomi diwujudkan semula, pelbagai masalah sosial ditangani seperti isu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dan isu 3R.
 
Terima sokongan padu
Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, berpandangan dukungan lebih dua pertiga Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri memainkan peranan penting mengukuhkan pentadbiran.
Jelasnya, bukan sahaja di Semenanjung, parti politik di Sabah dan Sarawak meletakkan kepercayaan tinggi kepada Perdana Menteri sekali gus memastikan kestabilan politik.
“Tidak seperti era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pasca 2018, walaupun ada majoriti, dilihat agak goyah kerana ada keraguan daripada Ahli Parlimen mereka sendiri yang akhirnya kerajaan itu tumbang dan tertubuhnya kerajaan baharu selepas beliau meletak jawatan.
“Sekarang, kestabilan ini dari sudut sokongan bukan hanya parti seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) malah dari Sabah dan Sarawak dilihat amat utuh sekali di mana pemimpin dilihat amat menghormati Perdana Menteri dan menghargai kerjasama antara mereka,” katanya.
Beliau berkata, prestasi Perdana Menteri turut mengubah Malaysia untuk berada pada landasan terbaik dari segi pelaburan, perkembangan ekonomi, pertumbuhan eksport, pengukuhan mata wang.
Malah, katanya, peranan Anwar sendiri di peringkat antarabangsa, menonjolkan ketokohannya.
“Semua pihak bergabung termasuk dalam UMNO melihat Anwar sebagai Perdana Menteri yang sangat berkebolehan,” katanya.
Pasca PRU14 pada 2018, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan yang buat kali pertama mentadbir pimpinan Dr Mahathir hanya bertahan 21 bulan 14 hari sebelum beliau meletakkan jawatan.
Susulan itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020 dan bertahan 17 bulan 20 hari.
Kerajaan selepas itu diterajui pula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan yang mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos 2021 sehingga Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022, iaitu 13 bulan 20 hari.
 
The post 21 bulan 20 hari, PMX melepasi sela masa pemerintahan Tun M, PM8, PM9 appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/09/14/21-bulan-20-hari-pmx-melepasi-sela-masa-pemerintahan-tun-m-pm8-pm9/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 1 Tahun 6 Bulan Nam Joohyuk Selesai Berkhidmat Dalam Tentera Hari Ini

Selepas 1 Tahun 6 Bulan Nam Joohyuk Selesai Berkhidmat Dalam Tentera Hari Ini

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 37 hits
Mesti ramai kan yang merindui Nam Joo hyuk Artikel Berkaitan Pada 19 September hari ini Nam Joo hyuk telah menamatkan perkhidmatan tenteranya selepas 1 tahun 6 bulan Untuk pengetahuan pelakon lelaki itu telah menyertai Unit Bergerak Kor Pol...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 98 hits
Assalamualaikum Pagi ni kami tak ke mana mana Baru nak bersiap ke pasar Bornea plan nak naik motor saja tapi hujan pula tiba tiba Kami pelawa si bongsu ikut sekali walau dia tak mau ajak la juga sebab nak pergi naik kereta Parking penuh nam...
Terbaik Ds Anwar Pmx Ds Mat Sabu Makin Meroyan Lah Geng Kaki Fitnah Pn

Terbaik Ds Anwar Pmx Ds Mat Sabu Makin Meroyan Lah Geng Kaki Fitnah Pn

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 65 hits
Meski telah wujud pelbagai usaha Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan laju dengan menjadikan negara sebagai hab semikonduktor menarik sejumlah pelaburan yang tinggi ke dalam negara tetapi ini semua tidak pernah mengurangkan perh...
Merdeka Selamat Hari Kebangsaan Ke 67 Malaysiaku

Merdeka Selamat Hari Kebangsaan Ke 67 Malaysiaku

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 86 hits
Merdeka Selamat Hari Kebangsaan ke 67 Malaysiaku 31 Ogos 2024 Genap 67 Tahun Negara Malaysia mencapai kemerdekaan Tema pada Tahun ini ialah Malaysia Madani Jiwa Merdeka Semoga Negara Malaysia terus Maju Jaya dilindungi Allah aman damai beba...
Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan Di Lebuhraya Wce Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan Di Lebuhraya Wce Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 171 hits
Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan Kerajaan Umum Tol Percuma Sebulan di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan Bermula 31 Ogos 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 67 kerajaan t...
Bukan K9 Je Oyen Pun Popular Ini 5 Ragam Yang Berlaku Sepanjang Perbarisan Hari Kemerdekaan 2024

Bukan K9 Je Oyen Pun Popular Ini 5 Ragam Yang Berlaku Sepanjang Perbarisan Hari Kemerdekaan 2024

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 60 hits
Sambutan Hari Merdeka yang ke 67 tahun ini telah menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17 000 peserta 59 kontinjen 24 pasukan pancaragam serta 439 aset ketenteraan Disebabkan sambutan ini disambut besar besaran pasti akan ada...
Sar Wanita Hilang Dihentikan Selepas Sembilan Hari

Sar Wanita Hilang Dihentikan Selepas Sembilan Hari

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 122 hits
OPERASI mencari dan menyelamat wanita yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur minggu lalu telah dihentikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa berkata keputusan itu dicapai s
Filem Reeza Gtr

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

Expert Malaysians Deeply Involved In Online Scams Human Trafficking

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

Zus Coffee With Ceo Latte

Generate Unique Brand Names


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Cengkih Rempah Berharga Dengan Manfaat Kesihatan

Novendy Chen Sosok Anak Siantan Pontianak Yang Menjadi Co Founder Olsera

How Precision Mold Components Improve Manufacturing Accuracy In The Electronics Industry

Dua Anggota Polis Digantung Kerja Berkaitan Kes Ketum Dadah

Ni Namanya Hate Stalking

Pendakwaan Sangat Bergantung Pada Keterangan Dengar Cakap Kata Peguam Najib