Sah Pertandingan Tiga Penjuru Pilihan Raya Mendebarkan


ULASAN MINGGU 

Perubaan pertama PN.MENJELANG penamaan calon Pirane Melaka ke-15 esok, sudah sah tiga komponen BN, PH dan PN akan berentap antara satu sama lain di semua kerusi. Semalam semua ketiga-tiga komponen itu telah mengumumkan nama calon masing-masing. 
BN mengumumkan mereka akan bertanding di semua 28 kerusi dengan pecahan Umno bertanding 20 kerusi sementara McA  tujuh (7) dan MiC satu (1). Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat Umno oleh timbalan presidennya Mohamad Hassan. 

Begitu juga dengan PN mengumumkan mereka meletakkan calon di semua 28 kerusi dengan pecahan Bersatu bertanding 15 kerusi sementara Pas enam (6) kerusi dan Gerakan tujuh (7) kerusi. Penyertaan PN dalam pilihan raya negeri itu adalah pertama kali. Pengerusi PN Mahiaddin mengumumkan dalam satu majlis di Shah Alam Selangor. 
Manakala PH juga mengumumkan akan meletakkan calon di semua 28 kerusi dengan pecahan Keadilan 11 kerusi, Amanah sembilan (9) dan DAP lapan (8). Pengumuman dibuat oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim secara on line. 
Ertinya seramai 84 orang calon membabitkan ketiga-tiga komponen berkenaan akan berentap. Adalah dipercayai akan ada beberapa calon daripada parti lain dan juga bebas yang akan ikut menyerahkan borang penamaan calon. Bagaimana pun penyertaan mereka dilihat sekadar untuk membolehkan penyokong ke Melaka untuk makan asam pedas sahaja. 
Tampaknya ketiga-tiga komponen menurunkan calon bukan Melayu untuk lapan kerusi yang didominasi oleh bukan Melayu. 
Walaupun semua komponen mengumumkan calon, tetapi muktamadnya esok. Mungkin akan berlaku keciciran atau perubahan kecil disaat-saat akhir. Tetapi jika dilihat kepada semangat ketiga-tiga komponen parti itu ia sudah pasti berlawan tiga penjuru. 
Pertandingan tiga penjuru menjadikan Pirane Melaka itu menarik dan mendebarkan. Rakyat Melaka, khasnya pengundi mungkin terpaksa membuat semakan dan kajian mendalam untuk memilih mana satu parti atau gabungan yang akan diberikan mandat untuk mentadbir Melaka dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sudah pasti pola pengundi kali ini berbeza berbanding pilihan raya negeri sebelum ini ekoran perubahan dan perkembangan politik semasa. Apakah disebabkan kerencaman politik yang menyebabkan politik sudah dilihat tidak bermoral, boleh mempengaruhi pengundi Melaka untuk tidak keluar mengundi? Ini satu perkara yang akan diberikan perhatian dan sedikit sebanyak memberi gambaran demokrasi kita kurang sihat. 
Ada kemungkinan pengundi yang mementingkan moral dan demokrasi tulen akan mengambil sikap mendiamkan diri atau tidak menghiraukan pilihan berkenaan? 
Dalam konteks Melaka itu, apakah pengundi Melaka akan kembali memberi mandat kepada BN yang sebelum ini memerintah negeri itu sehingga ditumbangkan PH dalam Piraum ke-14 lalu. Atau pun pengundi Melaka akan membuat penebusan besen (balas besen) dengan memberi mandat kepada PH, untuk menyambung pemerintahannya yang terbantut akibat rampasan kerajaan dilakukan BN sebelum ini?
Ataupun mungkin juga pengundi yang akan turun nanti, akan memberi kepercayaan kepada PN yang merupakan gabungan baru dibentuk Bersatu yang didalamnya ada Pas, Gerakan dan Star. Gabungan itu dibentuk hasil pengkhianatan dilakukan Mahiaddin Yassin terhadap kerajaan PH.
Insya-Allah setelah selesai penamaan calon esok saya akan membuat ulasan awal perjalanan pilihan raya berkenaan dan cuba menyorot secara mendalam komponen manakah yang berpotesi untuk membentuk kerajaan Melaka selepas 20 November nanti. [wm.kl.9:45 am 07/11/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/sah-pertandingan-tiga-penjuru-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inovasi Tiga Pelajar Malaysia Juarai Pertandingan Asia Pasifik

Inovasi Tiga Pelajar Malaysia Juarai Pertandingan Asia Pasifik

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 270 hits
Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai Kemaman muncul juara pertandingan digital Do Your Bit Challenge bagi wilayah Asia Pasifik SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE h
Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri

Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 285 hits
Shamsul Iskandar Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka 31 10 2021
Berang Kalah Pilihan Raya Bekas Ketua Kampung Cabut Tiang Elektrik

Berang Kalah Pilihan Raya Bekas Ketua Kampung Cabut Tiang Elektrik

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 279 hits
JAKARTA Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang bekas ketua kampung yang mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial lapor laman berita Suara com semalam
Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 243 hits
SEKADAR PERKONGSIANDARICIKGU LINBAHAGIAN A KEPUTUSAN PRU14BAHAGIAN B1 CARA SIMULASI N13 PAYA RUMPUT BAHAGIAN B2 GRAF SIMULASI DUN N13 PAYA RUMPUTBAHAGIAN C TIGA PENJURU C1 BN 13 KERUSIC2 PH1 06 DAP2 04 PKR3 01 PANC3 PN1 02 PAS2 01 PPBMBAHAG...
Muda Umum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pada 20 November Ini

Muda Umum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pada 20 November Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 396 hits
MELAKA Parti Ikatan Demokratik Malaysia hari ini mengumumkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu kini dalam proses rundingan dengan parti dari bl...
13 Mei Terengganu Pas Ada Tiga Pilihan

13 Mei Terengganu Pas Ada Tiga Pilihan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 175 hits
SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud m...
Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 307 hits
Pengumuman Bajet 2022 adalah susulan hasil kejayaan program imunisasi Covid 19 dirancang di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf Suffian PETALING JAYA Kerajaan perlu mengembalikan keyakin...
Prn Melaka Pakatan Hilang Majoriti Jika Berlaku Pertandingan 2 Penjuru

Prn Melaka Pakatan Hilang Majoriti Jika Berlaku Pertandingan 2 Penjuru

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 348 hits
SIMULASI PRN MELAKATARIKH4 NOVEMBER 2021 TAJUK PENCAPAIAN PAKATAN HARAPAN MERUDUM JIKA DUA PENJURUDISEDIAKAN OLEHCIKGU LIN BAHAGIAN A KEPUTUSAN PRU14 DAN PERUBAHAN TERKINIBAHAGIAN B TIGA PENJURU BAHAGIAN C DUA PENJURU BAHAGIAN D RUJUKAN PER...
Banduan Boleh Ke Singapura Jadi Pengurus Pilihan Raya Umno Tun M Sindir Najib

Banduan Boleh Ke Singapura Jadi Pengurus Pilihan Raya Umno Tun M Sindir Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 340 hits
1media myon KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan situasi yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak seolah olah bebas ke sana ke mari biarpun didapati bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram D...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force