13 Mei Terengganu Pas Ada Tiga Pilihan



SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu, berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada Umno serta menjadi Adun bebas.

Hal ini menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15.

Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker.Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari.

Apakah tindakan terbaik Pas dalam suasana sebegini?

Di hadapan terbentang tiga pilihan.

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.

Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.


Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, Pas PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan Islam Melayu Pas diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

Di pihak Pas dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan Pas menjadi kerajaan menanti.

Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur.

Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap.

Dalam politik apa pun boleh berlaku. Dua Adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib.

Lagipun dalam satu kenyataan Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17 Mei 2014.

Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rizuwankini.blogspot.com/2014/05/13-mei-terengganu-pas-ada-tiga-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Pertandingan Tiga Penjuru Pilihan Raya Mendebarkan

Sah Pertandingan Tiga Penjuru Pilihan Raya Mendebarkan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 287 hits
ULASAN MINGGU Perubaan pertama PN MENJELANG penamaan calon Pirane Melaka ke 15 esok sudah sah tiga komponen BN PH dan PN akan berentap antara satu sama lain di semua kerusi Semalam semua ketiga tiga komponen itu telah mengumumkan nama calon...
Dun Terengganu Mat Said Panggil Wakil Rakyat Pas Bodoh

Dun Terengganu Mat Said Panggil Wakil Rakyat Pas Bodoh

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 237 hits
Keadaan kembali tenang selepas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Yahaya Ali meminta semua wakil rakyat mengawal emosi menghormati dewan serta tidak menggunakan perkataan yang tidak sopan ketika berucap PETALING JAYA Sesi perbah...
No Way Cukup Sampai Di Sini Sayang Kata Umno Kepada Pas Di Terengganu

No Way Cukup Sampai Di Sini Sayang Kata Umno Kepada Pas Di Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 239 hits
BORHAN AHMADUmno Terengganu bertegas kerjasama antara parti itu dengan Pas di Terengganu melalui Muafakat Nasional sudah tamat No way cukup sampai di sini sayang kata Datuk Seri Ahmad Said Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada media ...
Tolak Mn Pilih Pn Bukti Pas Tak Mahu Berkongsi Kerusi Dengan Umno Di Kelantan Terengganu Dan Kedah

Tolak Mn Pilih Pn Bukti Pas Tak Mahu Berkongsi Kerusi Dengan Umno Di Kelantan Terengganu Dan Kedah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 294 hits
Rasa tidak puas hati UMNO terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional dalam PRN Melaka masih lagi berlanjutan walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung semalam Seharusnya ...
Tiga Naib Presiden Pas Berjawatan Menteri Pertahan Jawatan

Tiga Naib Presiden Pas Berjawatan Menteri Pertahan Jawatan

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 292 hits
Tiga penyandang naib presiden PAS masing masing berjaya mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2021 2023 yang diadakan sempena Muktamar PAS ke 67 di Kuala Terengganu Mereka terdiri daripada Idri...
Pas Sokong Calon Pn Jika Berlaku Pertembungan Tiga Penjuru Hadi

Pas Sokong Calon Pn Jika Berlaku Pertembungan Tiga Penjuru Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh SEGALA teka teki berhubung siapa yang Pas akan sokong jika berlaku pertembungan tiga penjuru terjawab Ia berikutan kenyataan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi yang menegaskan Pas akan mengundi calon Perikatan Nasional jika berla...
Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 206 hits
Umno Terengganu bergerak sendiri tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 Mat Said Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke 15 kata ketuanya Ahmad Said Beliau berkata keputusa...
Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 675 hits
agendaily com2 11 2021Perikatan Nasional memberi fokus kepada pertandingan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka November ini Keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam pada Pilihan Raya Negeri Melaka dit...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan