Safe Driver Or Risky Driver Tanya Diri Nilai Sendiri


Teringat zaman ambil lesen kereta. Saya dibenarkan ambil lesen kereta sedikit lewat daripada
adik-beradik yang lain disebabkan oleh perwatakan dan gaya saya menunjukkan
kecenderungan untuk langkah panjang. Kalau lelaki tu, okay la nak langkah panjang kan. Ini
perempuan, mak ayah mana la yang tak risau. Ye dok? Hehe. Kalau dapat lesen awal, mungkin
dah ke mana-mana dah merayapnya. Berani tak bertempat, sukakan cabaran dan sesuatu yang
lasak.

Namun, hakikatnya bila dah boleh pegang stereng kereta, takdelah berani sangat sebenarnya.
Lagi-lagi bila masa ujian memandu dulu, 2 kali tak lulus ujian JPJ sebab merempit punya pasal.
Nyaris-nyaris nak accident. Mujurlah tak melayang nyawa. Pegawai JPJ pun bukan main kecut
perut lagi. Tapi bukan sengaja tau. Tu pun sebab berdebar punya pasal. Bila dah berdebar,
banyaklah kesalahan yang dibuat, cuai dan kurang berhati-hati.

Bila dah boleh bawak kereta tanpa sebarang pengawasan ni, bukan main seronok lagi rasanya.
Semua tempat rasa nak pergi. Bebas tanpa pengawasan. Seronok tu seronok jugak, tapi bila
teringat balik peristiwa masa ambil lesen memandu dulu yang nyaris-nyaris accident
membuatkan saya lebih berhati-hati di jalan raya. Suka ke tidak, peraturan jalan raya mesti
kena ikut. Risau pisang berbuah dua kali. Risiko untuk terlibat kemalangan tu lebih tinggi kalau
tak ikut peraturan jalan raya. Risaukan kemalangan tu satu hal dah, satu hal lagi risau kena
saman jugak. Peraturan dibuat bukannya saja-saja, tetapi untuk keselamatan kita juga.
Utamakan keselamatan dulu ye guys. Kurangkan risiko kemalangan. Kalau yang jenis clumsy
macam saya tu, cuba atasinya dengan bawa bertenang.

Moral of the story, stay calm, focus while driving and follow the rules.
seatbelt on, let’s go! I am a safe driver.
So, adakah anda seorang safe driver?

Tips utama untuk menjadi ‘safe driver’ bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Checklist for safe driver. Jom semak!

 Pastikan pakai seatbelt (Bukan pakai seatbelt bila nampak polis atau JPJ je ye)
 Patuhi had laju yang telah ditetapkan
 Patuhi lampu isyarat
Hijau tandanya jalan
Kuning tandanya bersedia untuk berhenti (Bukan sedia untuk pecut ye..)
Merah tandanya berhenti
 Tidak menggunakan lorong kecemasan. (Eh eh suka-suka hati pula ye nak guna.. Lorong
kecemasan adalah untuk kecemasan sahaja, bukan untuk keluar dari kesesakan lalu
lintas ye..)
 Tidak memotong di garisan berkembar
 Memberi signal sebelum menukar lorong
 Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik
 Memandu dengan tenang dan penuh fokus
 Tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu
 Tidak meletakkan kenderaan sesuka hati terutamanya di kawasan lalu lintas yang sibuk
 Tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah


Kita sebagai pemandu, lagi-lagi kalau membawa penumpang, sangatlah perlu untuk menjadi
pemandu yang selamat daripada sebarang kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan.
Walaupun begitu, kita tidak tahu apa yang mungkin akan terjadi. That’s why kita memerlukan
insurans. Makanya, pemilihan syarikat dan produk insurans atau takaful yang bersesuaian
dengan keperluan kita sangatlah penting.

Bermula pada Julai 2017, Bank Negara telah melaksanakan liberalisasi berperingkat tarif
insurans. Liberalisasi insurans/takaful motor bermaksud harga bagi produk-produk insurans
atau takaful motor ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful dan
tidak lagi ditentukan berdasarkan tarif motor (senarai harga yang telah ditetapkan) seperti
sebelum ini. Liberalisasi insurans motor membolehkan kita sebagai pengguna menikmati pilihan
produk insurans atau takaful motor yang lebih luas pada harga kompetitif. Ini adalah kerana
penanggung insurans dan pengendali takaful dapat mengenakan premium atau sumbangan
takaful bersesuaian dengan faktor risiko.

Pemanduan yang selamat merupakan salah satu faktor risiko yang diambil kira dalam pengiraan
kadar premium insurans atau takaful. Pemandu yang berisiko rendah bakal membayar premium
yang lebih rendah berbanding pemandu yang berisiko tinggi. Sebab tu perlunya kita sebagai
pemandu ni jadi safe driver. Pemandu yang sentiasa terlibat dalam kemalangan secara
umumnya boleh diklasifikasikan sebagai pemandu yang berisiko tinggi kerana cuai dan tidak
bertanggungjawab. Ini dapat dilihat melalui gaya dan tabiat pemanduan yang tergesa-gesa,
tidak sabar dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Lebih tinggi profil risiko pemandu,
maka makin tinggi la premium! Makanya jadilah safe driver kalau tak nak premium tinggi.

Amalkan sikap sentiasa sabar dan bertimbang rasa di jalan raya. Sikap sabar adalah suatu yang
sangat penting dan diperlukan ketika memandu. Hilangnya sabar boleh menyebabkan kita
bertindak agresif sehingga berisiko menghadapi kemalangan. Mainkan peranan sebagai
pemandu berhemah dan selamat di jalan raya. Ingat, berhati-hati dan patuhi undang-undang di
jalan raya boleh mengurangkan risiko kemalangan! Pilihan di tangan anda. Amalkan
pemanduan berhemah, jom jadi pemandu selamat dan sama-samalah kita kurangkan kadar
kemalangan.


*Maklumat yang lebih lanjut mengenai liberalisasi insurans kenderaan bermotor, pelan atau
produk insurans yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan kita, boleh layari laman web
PIAM atau MTA.

Untuk pengetahuan, PIAM dan MTA juga menyediakan ‘Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan’
(Accident Assist Call Centre/AACC) di talian 15-500 yang beroperasi setiap hari, selama 24 jam
untuk membantu kita sebagai pengguna jalan raya ketika berlakunya kemalangan atau
kerosakan kenderaan di jalan raya, selain membantu memberikan maklumat asas mengenai
prosedur tuntutan insurans dan menghubungkan pengguna kepada syarikat insurans dan
takaful yang berkenaan.


Play your role as a safe driver.













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soobeey.blogspot.com/2019/05/safe-driver-or-risky-driver-tanya-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanya Diri Sendiri Dari Mana Datangnya Duit Yang Banyak Dipulangkan As S Pura Tun M

Tanya Diri Sendiri Dari Mana Datangnya Duit Yang Banyak Dipulangkan As S Pura Tun M

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 303 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal penemuan beg mewah barang kemas dan wang tunai berjuta juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor foto sumber internet PUTRAJAYA 9 Mei Penyokong Datuk Seri Najib Razak perlu bertanya kepad...
Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 576 hits
Dua hari lagi bulan Ramadan akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia Puasa antara kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam Namun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan khas kepada beberapa golongan sahaja BACA Golon...
Dikira Tak Lulus Ujian 25 Siswa Telanjur Bunuh Diri Massal Meski Ternyata Dapat Nilai Bagus

Dikira Tak Lulus Ujian 25 Siswa Telanjur Bunuh Diri Massal Meski Ternyata Dapat Nilai Bagus

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 421 hits
Pengumuman kelulusan merupakan hal yang ditunggu tunggu oleh para siswa yang telah melaksanakan ujian Namun apa jadinya jika pengumuman hasil ujian tersebut justru berujung pada bunuh diri massal Seperti fenomena yang baru baru ini menyita ...
Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

Boleh Nilai Sendiri Prestasi Ph Hadi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 472 hits
Wartawan Watan Online Rakyat kini boleh menilai sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara ujar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata sehingga kini manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke...
Begini Cara Sederhana Dapatkan Manfaat Kesehatan Dari Memijat Diri Sendiri

Begini Cara Sederhana Dapatkan Manfaat Kesehatan Dari Memijat Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 355 hits
Kalau kita sudah bisa fokus pada diri sendiri itu sudah baik Secara fisik stimulasi ini akan memberikan fenomena pada tubuh Hal ini akan mempengaruhi sistem ginjal hormon Ketika hormon seimbang tubuh akan merasa baik kata trainer akupresur ...
Menuding Jari Kesalahan Orang Diri Sendiri Yang Terpalit

Menuding Jari Kesalahan Orang Diri Sendiri Yang Terpalit

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 496 hits
Ini sudah terjadi di negara kita Malaysia Apakah lagi rakyat nak di ketawakan orang pemimpin pemimpin gila kuasa Oleh itu gunakan kuasa kita ubah kepada lebih baik pada PRU 15 kelak Kredit Gambar Hajibee
Goreng Punya Goreng Diri Sendiri Hangus

Goreng Punya Goreng Diri Sendiri Hangus

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 331 hits
Assalammualaikum wbtGORENG PUNYA GORENG DIRI SENDIRI HANGUS JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN MANGSA TETAPI MANGSA SERING TERLUPA PADA JERAT Orang yang bercakap mudah sangat terlupa apa yang telah dia cakapkan tetapi tidak bagi orang yang menden...
Hina Raja Raja Apakah Ag Akan Dakwa Diri Sendiri Soal Umno

Hina Raja Raja Apakah Ag Akan Dakwa Diri Sendiri Soal Umno

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 267 hits
News Diterbitkan Hari ini 7 01 malam Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengalu alukan kesedian pihak polis untuk menyiasat sebuah forum membibcangkan Statut Rom di Universiti Malaya baru baru ini yang didakwa bukan sahaja menghasut teta...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini