Sabarlah Anak Ayah Pun Turut Merindui Mama Mu Hanya Surah Al Fatihah Perantara Kita
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kisah ayah kepada lima orang cahaya mata yang masih kecil dan kehilangan isteri selepas dijemput Allah kerana penyakit kanser benar-benar buat ramai yang sebak.
Di saat anak masih nak bermanja dan memerlukan kasih seorang ibu, ternyata takdir Allah lebih dari segalanya.
Walaupun diri dah reda tetapi hari-hari yang dilalui tanpa insan bergelar isteri dan ibu pasti cukup dirasai. Sudah pasti perasaan rindu mula menerpa dalam diri suami dan anak-anak yang masih dahagakan kasih seorang ibu.
Menangis panggil mama…
Menjengah ke laman Facebook ayah berjiwa kental ini dengan nama akaun Zhafri Nabilah, tiba-tiba hati menjadi sayu apabila melihat salah satu posting mengenai anak ketiganya, Aisya, yang tidak mampu menahan rindu kepada arwah ibunya.
Menurut Zhafri, anak ketiganya itu pandai berdikari walaupun baru berusia 4 tahun. Nampak ceria, namun siapa sangka disebalik keceriaan itu anak kecil ini sudah mula mengerti apa itu kehilangan.
Sabarlah anak, aku juga merindui mama mu
Aisya anak ke-3 ku seorang yg pandai berdikari.. baru berusia 4 tahun, namun boleh menjaga adiknya yg berusia 3 tahun. Bagi mandi, cari baju adik, kdg2 utamakan adiknya makan..
Pagi tadi, dia ke sekolah dgn riang dan ceria. Namun ku diberitahu oleh ibu pengasuhnya
“Cikgu hantar aisya balik awal td sebab dia menangis kat sekolah”
lalu ku tanya “Kenapa menangis?”
“Dia panggil mama! mama!” di sekolah.. Allahu.. rupanya ia mengerti apa yg berlaku..
Perit hati melihat anak-anak menanggung rindu kepada ibu, begitu juga dengan jiwa sang suami yang juga terpaksa menempuh hari-hari mendatang tanpa seorang isteri disisi, yang dulu menjadi tulang belakangnya.
Arwah yang disahkan menghidap kanser telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Ogos lalu, meninggalkan lima cahaya mata perempuan.
Tiada kata yang dapat mengungkap kesedihan yang sedang menusuk sanubari keluarga ini, biarlah waktu mengubat kerinduan mereka terhadap insan yang mereka sayangi ini. Semoga, bertemu kembali di akhirat kelak.
Akan jaga amanah dan beri pendidikan terbaik
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.
Sumber : Zhafri Nabilah & OMM
The post “Sabarlah Anak, Ayah Pun Turut Merindui Mama Mu”. Hanya Surah Al Fatihah Perantara Kita appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sabarlah-anak-ayah-pun-turut-merindui-mama-mu-hanya-surah-al-fatihah-perantara-kita/