Sabarlah Anakku Aku Juga Rindu Mama Mu Ayah Tak Dapat Tahan Sebak Lihat Anak Menangis Rindu Arwah Ibu
“Mama, Mama!”
Dah berapa kali perkataan tu diulang tanpa penat. Anak kecil berusia 4 tahun itu terus menerus memanggil si ibu dan terus menangis.
Guru tadi sebak, dia tahu anak kecil itu merindui ibunya yang baru beberapa hari ‘pergi’ menghadap Sang Pencipta. Tiada pilihan guru itu segera menghantar pulang si anak tadi ke rumah pengasuh.
Ayah mendengar cerita dari pengasuh, dalam hatinya turut berkata:
Sabarlah anakku, aku juga merindui mamamu!
Aisya anak ketigaku seorang yang pandai berdikari. Baru berusia 4 tahun, namun boleh menjaga adiknya yangg berusia 3 tahun. Bagi mandi, cari baju adik, kadang-kadang utamakan adiknya ketika makan.
Gambarnya bersama arwah isteri
Damailah disana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu.
Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dengan ujian yang diberikanNya.
Ini Airaa, anak keduaku, mempunyai hati sekuat dan setabah ayahnya juga memiliki rupa mirip ibunya ketika kecil.
Beberapa hari lalu kisahnya pernah tular. Dia yang terpaksa melepaskan isterinya ‘pergi’ kerana kanser kini setelah lahirkan anak mereka yang kelima redha dengan semua dugaan yang telah ditentukan oleh-NYA. Dia tahu setiap ujian pasti ada hikmah yang tersirat disebaliknya.
Katanya ketika dihubungi Siakap Keli,
Isteri saya seorang yang ceria dan periang. Dia juga seorang cikgu yang baik. Dia paling rapat dengan anak yang bongsu sebelum baby lahir. Sehari sebelum pemergiannya, dia memegang tangan anak kami agak lama seolah-olah ingin berkata sesuatu namun tidak berdaya kerana lemah.
Yang palin menyentuh hati saya ialah selepas ketiadaanya ramai kawan-kawan dia bercerita tentang kebaikannya semasa belajar dulu, suka bantu orang, suka kongsi dan mendengar masalah kawan-kawannya.
Sumber: Zhafri Nabilah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/25/sabarlah-anakku-aku-juga-rindu-mama-mu-ayah-tak-dapat-tahan-sebak-lihat-anak-menangis-rindu-arwah-ibu/