
fefeling kat new zealand. walaupun gunung kinabalu dilitupi awan kita tetap cool!desa dairy farm opening hours 8am - 5pm (entrance fee per person rm5)tempat yang wajib pergi bila ke kundasang sebab view dia macam kat oversea. new zealand. masa kitorang pergi, sampai dalam pukul 8.40am sebab on the way naik kundasang hujan, time tu some area kat kundasang pun ada hujan2 sikit, alhamdulillah dah sampai desa dairy farm tak hujan lagi, tapi angin kuat gila. view pretty nice walaupun sebahagian gunung kinabalu dah ditutupi awan. yang best banyak kawasan boleh ambik gambar.
dan segala macam gambar. aku beli wonda coffee sarawak tu kat 7eleven
merasa jugak icecream, aku pilih natural. rasa dia macam yogurt masam2 sikit. kitorang tak turun tengok lembu, bagi susu untuk lembu dan etc sebab semua jenis taktahan bau. aku jenis yang boleh muntah sebab bau pelik2. hahahhaha so i don't wanna risk that.
giant strawberry!mesilou highland strawberry farmopening hours 8am - 5pm (entrance fee per person rm3)like i mention earlier, kitorang tak decide sangat itinerary, so kali nie cari tempat menarik area dekat dengan desa dairy farm, search google map, jumpa mesilou highland strawberry farm, tapi takdapat depend dengan google map sangat sebab bila dah masuk mesilou village kitorang jumpa jalan mati. hahhahaha tapi last2 ikut signboard, ada je kat area village tu. nak turun ke kawasan tu agak curam sebab tanah dia takda pavement lagi.
banyak kawasan untuk bergambar
comel je kawasan dia, banyak jugak tempat bergambar jugak. bila nak masuk ke kawasan strawberry farm, kena cuci tangan dulu. kawasan strawberry farm dia kecik je. ada banyak jenis strawberry korea, japan dan holland. tapi masa kitorang pergi tu dah takbanyak strawberry dah. mungkin bukan musim atau dah banyak orang petik. sebab nak jugak merasa strawberry, kitorang beli strawberry yang dijual rm13 mix, harga ikut grade strawberry. makan cicah ngan coklat. sedap jugak
bw bus restaurantdah pukul 11 lebih, kitorang memang dah plan nak makan kat sini sebab tempat makan dia unik dalam bas. ada entrance fee jugak rm5, tapi jumlah tu dapat redeem dengan makanan atau item. so, kitorang makan secara order, kawasan dia ada buffet jugak
aku order Grilled Chicken Chop (with blackpepper sauce) RM18.90 + Galaxy Butterfly Kiss RM6.90. kemain nama drinks dia. hahhahah
makanan order price range rm9-rm60, aku order Grilled Chicken Chop with Blackpepper Sauce RM18.90 + Galaxy Butterfly Kiss rm6.90. makanan dia ada western dan asian, macam ramen, korean fried chicken, nasi ayam butter, tomyum, mee goreng mamak dan sebagainya. makanan rasa sedap jugak la.
sabah teaperjalanan ambik masa sejam dari bw bus restaurant, masuk kawasan nie tak berbayar. tapi ada satu tempat kat atas tu berbayar kalau nak naik. canopy walk, rm5. tapi kitorang tak naik pun. just jalan2 area ladang teh dan beli teh sebagai souvenirs. masa kitorang pergi, laluan kenderaan kawasan masuk dia masih diperbaiki, so agak teruk jugak la. aku beli beberapa teh biasa dan satu teh strawberry. dia ada pelbagai jenis sabah tea tapi yang menariknya fruit series, strawberry, vanilla, passionfruit, lemon dan sebagainya rm12, aku beli yang strawberry sebab kat luar sana jarang ada teh strawberry. 
culvert viewsampai sini dalam pukul 3. kalau tak silap, nie kawasan baru buka tahun 2019, attraction dia adalah tempat bergambar atas cermin menghadap gunung kinabalu dan pelbagai lagi. selain tu, tidur dalam culvert. kitorang stay semalam kat sini sebab nak merasa tidur dalam culvert. hahahhaha. bagi pelawat biasa, entrance fee rm10 kalau tak silap, dapat redeem air minuman jugak. tapi sebab kitorang stay sini, tak bayar la maybe dah include dengan accommodation
dah masuk, kemas2 barang, baring2. tertidur sebab cuaca sangat besttttt sejuk2 gitu. hahahhaha, bangun pukul 5.30 dan sesi bergambar dan lepas tu plan dinner.
sleeping in a culvert, view from the door :D
sayap ayam wak alibanyak yang reccommend beli sayap ayam wak ali, so kitorang dinner sini. kawasan dia biasa2 je, tapi ramai jugak yang singgah beli. rasa chicken wing dia woowww, masa nie hidung aku dah start buat hal. macam flu sikit2 sebab sejuk kot. hahhahaha tapi ayam panggang dia sedap, sambal pedas dia curah atas ayam tu. aku tak berapa sangat pedas T^T so sepatutnya sambal asing, tapi sebab sedap dalam 3 ketul jugak aku makan walaupun pedas. yang lain makan dengan nasi + sup ayam. dorang kata sup ayam dia sedap gila
breakfast ar culvert view10 november 2019 (DAY 3)plan nak island hopping. so yeahhh. kitorang bangun awal dalam pukul 5.30am. pukul 6 kiranya terus gerak ke kota kinabalu, tapi terlupa nak bagitau masa check in, so terpaksa tunggu dorang bukak kaunter. lepak2 kat hall sekejap tunggu kaunter depan tu bukak. sepatutnya ada breakfast untuk dua orang. tapi kitorang plan jalan terus. tapi akak kat hall tu suruh bancuh kopi siap sediakan breakfast untuk kitorang sementara tunggu orang bukak kaunter depan tu. menunggu la sambil layan clear view gunung kinabalu. feeling jugak. hahhahaha dalam pukul 7.20am baru gerak keluar dari culvert view. terus ke kota kinabalu dan jesselton point
pakcik tu suruh beli lunch kat sini sebab kalau kat pulau confirm mahal. total lunch kitorang untuk tiga orang, lauk sorang dua, dalam rm47 termasuk air mineral. kira mahal jugak la bagi aku tapi okay la asal lauk sedap.
dorang akan bagi kertas macam nie, kira pengenalan korang la nak masuk boat ke pulau tertentu sebab lain counter/kertas lain orang/boat gitu.
untuk pulau yang pertama perlu bayar rm5 sebagai yuran konservasi. bayar sekali nie je la. lepas tu untuk ke pulau lain takda bayaran dah.
sapi island (till 12pm)
aktiviti kitorang kat pulau sapi nie rilex2 je. baring2 sambil merasa angin sepoi2 bahasa dan makan beserta cuci mata hahahhah. banyak pelancong korean kat pulau2 nie. masa naik boat pun memang ada korean family and couple. sana sini kat pulau dengar bahasa korea.
to the next island, pulau manukan. dorang dah siap2 bagitau suruh berkumpul kat jetty jam tertentu, so kena la berkumpul awal2 tunggu naik boat. tunjukkan kertas tadi then naik la boat ke pulau2.
manukan island (till 2pm)
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |