Dalam merancang sesuatu trip, tempt tinggal juga memainkan peranan yang penting untuk di menjadikan trip korang lebih awesome. Banyak ciri-ciri yang perlu dilihat dengan lebih terperinci bila bercerita tentang hotel atau tempat tinggal. Kebiaasannya ramai traveler dari Malaysia memilih Air BnB sebagai pilihan yang tepat. Namun bagi lokasi yang jauh terpencil seperti Semboku City, pilihan hotel dan tempat tinggal agak limited.
Jika lihat dalam itinerary penerbangan aku dari Kuala Lumpur pada waktu pagi jadi aku akan sampai di Haneda pada malam hari dan connecting flight aku ke Akita keesokkan pagi di terminal 2 domestic. Jadi Haneda Excel Hotel yang terletak Terminal 2 adalah salah satu pilihan yang sesuai. Melainkan korang nak bermalam di aairport which is aku tak pasti boleh ke tidak sebab airport di Jepun tak sama macam Malaysia. Lagipun cuaca di awal musim luruh boleh tahan sejuk. Tak salah ambil hotel untuk satu malam di sini.
Hari kedua dan ketiga aku menginap di Machiya Hotel Kakunodate. Hotel ni terletak di tengah bandar Semboku City. Kebanyakkan aktiviti dan tempat menarik aku nak cover pada hari kedua dan ketiga berdekatan dengan bandar sahaja. Lagipun hotel ini bersebelah dengan kedai 24jam. Bolehlah nak shopping barang makan sikit kalau korang malas nak cari restoran halal. Paling best macam biasa kedai 24 jam kat sini banyak barang yang boleh di makan untuk muslim. Oh tidak lupa juga hotel ini termasuk pakej breakfast.
Hari terakhir aktiviti agak off road sedikit, aku plan nak ke Nyuto Onsen. Tidak sah kalau datang ke Jepun pada waktu musim sejuk dan luruh terutamanya tidak menikmati keselesaan berendam di dala air panas sambil menghirup udara sejuk di musim luruh. Wow! Amazing guys u need to try this. Hotel ini terletak jauh di dalam hutan. Dapatkan menghirup udara segar yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang mula kekuningan dan daun mula gugur perhalan lahan. Bau musim luruh juga jelas menusuki hidung.
Ok itu 3 hotel yang aku stay sepanjang di Semboku City. Harga akan berubah mengikut musim dan permintaan. Apa yang aku boleh katakan harga pada musim luruh dan musim bunga agak mahal berbanding musim panas dan musim sejuk. Lagi satu tips kalau boleh sila buat booking seawal yang boleh memandangkan tempat ini agak padat terutama pada peak season (peak seson di sini antara September – November dan April – Mei)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |