Trip Ke The Wizarding World Of Harry Potter Osaka Impian Aku Dari Zaman Kanak Kanak


Filem Harry Potter tidak perlu lagi aku kenalkan, Sejak dari darjah 6 aku mula obses dengan Filem Harry Potter ni. Masa tu aku tengok filem pertama iaitu Harry Potter and The Sorcerer’s Stone, then sejak tu teringin nak bersekolah asrama. Macam dapat bayangkan dapat kawan-kawan baru lepas tu belajar magic dengan dapat terbang. Masa itu hari-hari aku rasa aku asyik berangan dapat pergi ke The Wizarding World of Harry Potter.
Antara banyak-banyak filem Harry Potter, filem pertama banyak memberi kesan pada aku. Sebab masa ni aku masih kanak-kanak so dapatlah aku relate dengan hidup aku. Dari tahun ke tahun boleh dikatakan aku membesar dengan filem Harry Potter sampailah filem terakhir. Tapi still tak leh move on bila dah tamat, nasib baik diorang sambung filem Fantastic Beasts. Dapatlah lepaskan rindu dengan Hogwarts Castle.
Tahun ni bila aku dapat offer untuk ke Universal Studios Japan (USJ), aku memang excited gila sebab masa tu aku hanya terbayang nak gi Hogwarts Castle je. Dah sampai sana aku mula bayangkan dapat pakai jubah Gryffindor, lepas tu pegang wand sambil cast spells Avada Kedavra, Expecto Patronum, Wingardium Leviosa dan banyak lagi lah. Rasa macam berada dalam mimpi jer.
Jadi tibalah masanya aku jejakkan kaki ke Universal Studios Japan. Aktiviti aku pada hari tu start dengan One Piece Water Battle, Minion Park area, The Wizarding World of Harry Potter, Water Surprise Parade dan The Wizarding World of Harry Potter sekali lagi sebab tak puas gi sekali je. Haha dapat wander dekat Hogwarts Castle tanpa buat aktiviti pun aku dah rasa best dah.
Trip kali ini aku gi selama 4 hari 3 malam, hari ketiga memang kitaorang plan nak habiskan masa satu hari full dekat USJ. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai dekat gate dah, hari tu hujan renyai-renyai, nasib bawa baju hujan dan ada staf USJ yang bagi payung.
Kalau korang nak baca cerita penuh aku 4 Hari 3 Malam dekat Osaka boleh baca dekat sini 4H3M Percutian di Universal Studios Japan, Kyoto Dan Nara Bersama KKday Malaysia.
Lepas ke Minion Park area, baru aku masuk ke The Wizarding World of Harry Potter. Sebaik sampai dekat pintu nak masuk tu, korang akan dengar bunyi yang seakan familiar sangat, bunyi hutan dengan kicauan burung-burung. Masa tu memang dah seronok sangat dah.
Memandangkan sebelum ke sini aku ke Minion Park, jadi barang-barang dari dunia tu aku tak boleh bawa masuk sebab dunia lain-lain nanti boleh kill mood ke Hogwarts.
Ok sebelum tu, korang kena tahu nak main aktiviti dekat sini bukan mudah ye. Salah satu sebab adalah orang ramai. Ko kena beratur panjang gila kalau nak join diorang punya aktiviti. So aku sarankan korang beli express pass Universal Studios Japan dekat KKday. So korang tak payah nak beratur panjang-panjang.
Aku nak cerita secara detail tak boleh sangat nanti spoiler pulak kan. So apa yang aku boleh bagi tahu adalah bila korang masuk tu korang akan mengimbau kembali filem pertama Harry Potter. Macam mana diorang sampai pertama kali dekat Hogwarts, ada kereta api semua tu. Just wow. Lepas tu suasana musim winter pula memang perghh. Gila best kot. Memang terasa lah berada dengan dunia magic.
Source: https://harrypotter.fandom.com/wiki/Harry_Potter_and_the_Forbidden_Journey Aktiviti utama yang korang wajib cuba di sini adalah Harry Potter and the Forbidden Journey, aku ni sejenis penakut nak naik roller coaster tapi untuk Harry Potter and the Forbidden Journey aku excited gila. Rasa macam korang main Quidditch. Hahah Sumpah korang kena try. Masa ride ni korang akan jumpa watak-watak dalam filem Harry Potter yang pertama.
Selain ni, banyak lagi game yang ada tapi tak sempat nak join semua, so aku lepak dekat luar sambil minum Butterbeer berlatarbelakangkan Hogwarts Castle. Memang tak sah kalau ke Harry Potter World tak minum Butterbeer dan melekat dekat misai. hehe
Ha korang juga boleh sewa jubah 4 rumah diorang. Aku aim nak pakai jubah Gryffindor tapi masa tu ramai sangat pakai jubah Gryffindor so aku tukar pakai jubah Slytherin. Warna hijau pun macam sesuai pulak dengan aku.
Lepas dah minum, aku lepak gi jalan-jalan dekat kedai yang jual Wand dan souvenir Harry Potter. Masa ni aku terbanyang scene Rubeus Hagrid bawa Harry Potter beli kelengkapan sekolah sihir. Ada jual burung hantu, kayu magic dan scarf. Tapi tak adalah jual real burung hantu. Cuma ada pertunjukan dan korang boleh bergambar dengan burung hantu juga.
Pada waktu petang akan ada muzikal Harry Potter. So korang boleh tengok diorang berlakon secara live.
Selebihnya aku just lepak dekat sini sampailah jam 6 petang. Serius aku puas hati sangat dapat datang ke sini. Korang kalau peminat Harry Potter kena datang ke sini sekali seumur hidup pun tak apa.
Cuma barang souvenir kat sini boleh tahan mahal. Aku dapat beli gelas besi yang diorang minum dekat Hall tu je bawa balik sebagai kenangan.
Terima Kasih kat KKday Malaysia kerana bawa aku ke Osaka kali ini. Cukup berbaloi! Sekali lagi korang kalau nak beli tiket ke USJ boleh beli dekat KKday dan jangan lupa layari www.kkday.com untuk pelbagai promosi menarik.
The post Trip Ke The Wizarding World of Harry Potter Osaka Impian Aku Dari Zaman Kanak-Kanak appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2019/11/25/trip-ke-the-wizarding-world-of-harry-potter-osaka-impian-aku-dari-zaman-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harry Potter Punya Graduasi Ke Ni Graduan Sempat Lagi Buat Magik Depan Kamera

Harry Potter Punya Graduasi Ke Ni Graduan Sempat Lagi Buat Magik Depan Kamera

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 223 hits
Majlis konvokesyen merupakan hari yang ditunggu oleh setiap graduan universiti Segala penat lelah dan usaha mereka selama ini umpama terbayar apabila menerima segulung skrol Pastinya pelbagai riak kegembiraan graduan dapat dirakam di hari b...
Graduan Harry Potter Sempat Buat Magik Di Majlis Konvokesyen

Graduan Harry Potter Sempat Buat Magik Di Majlis Konvokesyen

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 238 hits
Korang tengok tak video yang tular di Twitter baru baru ni mengenai seorang graduan ufakhrul dari International Islamic University Malaysia Perghhh terhibur sis tengok Ulang banyak kali pun still tak bosan Haa nah kot ada yang terlepas mome...
Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran Zaman Kanak Kanak Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 266 hits
Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah ...
Seoul Sambut Dr Mahathir Dengan Standing In The Eyes Of The World

Seoul Sambut Dr Mahathir Dengan Standing In The Eyes Of The World

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 341 hits
Seoul menyambut kehadiran Dr Mahathir dengan lagu Standing In The Eyes of The World Lagu tersebut amat sinonim dengan Perdana Menteri Malaysia selepas Sukan Komanwel 1998 yang dipersembahkan oleh pasukan pancaragam dan kumpulan persembahan ...
It S Not The End Of The World Yet For Harapan

It S Not The End Of The World Yet For Harapan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 321 hits
Much ink has already been spilt about the causes and nature of the voting patterns even as the shocking outcome of the Tanjung Piai by election reverberates in the public psyche Virtually all of the commentaries argue that the election resu...
10 Detail Nikah Bertema Harry Potter Narnia Yang Lagi Viral Dari Undangan Sampai Properti Total

10 Detail Nikah Bertema Harry Potter Narnia Yang Lagi Viral Dari Undangan Sampai Properti Total

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 340 hits
Kalau momen begini bawaannya ingin bilang aresto momentum biar nggak cepat berlalu By the way pernikahan ini disiapkan saat mereka LDR lo
Natugee Mrs Malaysia World Healthy Is The New Happy

Natugee Mrs Malaysia World Healthy Is The New Happy

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 378 hits
Tempoh hari mommy berpeluang menghadiri Majlis Healthy Is The New Happy A Better You Today bersempena Pinktober iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai kanser payudara yang di anjurkan oleh Natugee organik ber...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia