Sabah Dalam Keadaan Kritikal Kata Bekas Menteri


Darell Leiking mahu kerajaan Sabah memperuntukkan dana kecemasan untuk membeli vaksin dan peralatan perubatan.
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mesti memperuntukkan dana kecemasan bagi menangani kes Covid-19 di negeri itu yang semakin meruncing, kata Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking.

Susulan laporan media mengenai kekurangan vaksin dan peralatan perubatan termasuk katil pesakit, Ahli Parlimen Penampang itu berkata Sabah mesti mengakui negeri itu dalam “keadaan perubatan serius dan kritikal.”


“Ia mesti membentangkan peruntukan kecemasan bagi menampung kekurangan kerajaan persekutuan untuk Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ramai rakyat Sabah dan pakar perubatan telah berulang kali memberi amaran, cadangan dan idea kepada kerajaan negeri serta persekutuan mengenai cara mengekang dan meredakan wabak di negeri itu.

“Bagaimanapun, nampaknya kedua-duanya tidak mengendahkan idea serta cadangan ini.”

Beliau mendakwa, kini ada desas-desus mengenai “peraturan tetap” dikeluarkan kepada doktor dan jururawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH) supaya memberi keutamaan kepada pesakit muda berbanding yang tua disebabkan kekurangan katil dan peralatan di unit rawatan rapi (ICU).

Beliau menekankan bahawa doktor, jururawat atau kakitangan perubatan lain tidak patut dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan keluarga bahawa pihak hospital tidak dapat menerima anggota keluarga yang dijangkiti disebabkan arahan berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri – yang didakwanya “tidak pernah berani untuk bertegas dengan Putrajaya supaya Sabah diberi keutamaan” – sepatutnya perlu menjawabnya.


Susulan itu, Leiking menggariskan senarai apa dianggapnya perlu dilakukan kerajaan negeri. Antara yang utama adalah memperuntukkan dana bagi pembelian tangki oksigen, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan perlu untuk merawat semua rakyat Sabah tanpa mengira usia.

Tambahnya, ini perlu dilakukan serentak dengan mendesak lebih banyak bantuan daripada Putrajaya.

“Kerajaan negeri juga mesti mula menggunakan kepakaran dan kemudahan klinik swasta di Sabah, malah juga dari luar negeri ini.


“Ia juga mesti mendapatkan bantuan pakar perubatan tentera untuk menggabungkan pendekatan strategi dalam mengatasi wabak di Sabah,” katanya.

Selain itu, Leiking berkata kerajaan negeri mesti berurusan secara langsung dengan pengeluar vaksin untuk mendapatkan dos tambahan, memperoleh lebih banyak vaksin satu dos, malah memmpertimbangkan untuk meminjam vaksin daripada Selangor. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/sabah-dalam-keadaan-kritikal-kata-bekas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 273 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

Anak Lelaki Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 539 hits
Mohammed Hayssam Musa meninggalkan seorang isteri dan anak perempuannya Anak lelaki Musa Aman Hayssam meninggal dunia pada usia 34 tahun kerana Covid 19 KOTA KINABALU Anak bongsu bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meninggal dunia s...
Sekat Sebaran Agama Bukan Islam Harap Menteri Agama Dapat Jawab Jernihkan Keadaan

Sekat Sebaran Agama Bukan Islam Harap Menteri Agama Dapat Jawab Jernihkan Keadaan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 220 hits
HANIPA MAIDINLa ni saya lihat agak hangat dibincangkan di media isu hasrat gomen tebuk atap 2 0 untuk bentang Rang Undang Undang menghalang penyebaran ajaran bukan Islam kepada muslim Berdasarkan laporan media saya lihat ramai orang khususn...
Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

Masa Untuk Bangunkan Sabah Dengan Strategi Baharu Kata Bung

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 291 hits
Bung Moktar Radin berkata Umno perlu berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan menyusun strategi baharu KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengulangi komitmen partinya untuk menjaga keutuhan kerajaan Gabungan Rakya...
Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 199 hits
MALAYSIA NOW Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad menyenaraikan kejadian sepanjang setahun lalu yang menurut beliau menunjukkan istana melampaui kuasa Perlembagaan Ismail Sabri membaca sumpah pelantikannya sebagai perdana menteri di...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 387 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Kartel Bekas Pemimpin Pkr Dalangi Usaha Gulingkan Mb Kata Sumber

Kartel Bekas Pemimpin Pkr Dalangi Usaha Gulingkan Mb Kata Sumber

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 307 hits
Menurut sumber Aminuddin Harun mahu digantikan dengan salah seorang ADUN PKR yang hadir pada sidang media semalam PETALING Jaya Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri PKR Negeri Sembilan kini cuba merampas kuasa dalam parti dengan mengambil la...
Menteri Agama Jangan Duduk Diam Pelacur Banyak Kata Pengarah Imigresen

Menteri Agama Jangan Duduk Diam Pelacur Banyak Kata Pengarah Imigresen

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 191 hits
Gempar Pengarah Imigresen dedah Malaysia jadi negara pilihan pelacurSeptember 8 2021 Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan Difahamkan per...
Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 235 hits
Dennis Ignatius berkata mereka yang menghalang keinginan Dr Mahathir Mohamad akan ditukarkan PETALING JAYA Kemerosotan dalam sektor perkhidmatan awam bermula ketika Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertugas sebagai perdana menteri dan sejak...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja