Kartel Bekas Pemimpin Pkr Dalangi Usaha Gulingkan Mb Kata Sumber


Minderjeet KaurMenurut sumber, Aminuddin Harun mahu digantikan dengan salah seorang ADUN PKR yang hadir pada sidang media semalam.PETALING Jaya: Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Negeri Sembilan kini cuba merampas kuasa dalam parti dengan mengambil langkah menggulingkan pengerusi negeri, Aminuddin Harun, yang juga menteri besar.
Satu sumber berkata, usaha menggantikan menteri besar itu tidak akan berjaya kerana ADUN yang terlibat tidak mendapat sokongan anggota cawangan.
“Beberapa ketua cawangan mengadakan sidang media sendiri. Namun ramai antara kami mahu Aminuddin kekal sebagai menteri besar,” katanya kepada FMT.
Tambahnya, beberapa individu di sebalik percubaan merampas kuasa itu terbabit dengan “kartel” pemimpin yang meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu dalam “Langkah Sheraton” pada Februari tahun lepas.
Katanya, mereka cuba menggantikan Aminuddin dengan salah seorang ADUN PKR yang hadir pada sidang media semalam.
Menurut laporan media, mereka yang hadir pada sidang media semalam antara lain adalah empat ketua cawangan dari Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga ahli jawatankuasa dari Rembau, Rasah dan Port Dickson; dua timbalan ketua cawangan dari Seremban dan Rembau; serta ketua sayap wanita, Amni Idris dan timbalannya Rusnani Saring.
Sumber itu berkata, ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan membuat aduan kepada ibu pejabat PKR di Petaling Jaya kerana tidak ada pertemuan atau persetujuan dibuat mengenai perkara itu.
“Kami sedang melihat kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa ini kerana ia bukan keputusan yang dibuat secara sepakat,” tambahnya.
FMT telah menghubungi Aminuddin untuk mendapatkan komen.
Menurut Sinar Harian, Ketua Penerangan Negeri PKR Yusuf Tapar berkata, perubahan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal relevan, dengan mendakwa ketua negeri gagal melaksanakan rancangan untuk menarik pengundi.
Yusuf berkata, Aminuddin juga gagal menyelesaikan isu yang sedang dihadapi oleh cawangan terbabit dan beberapa keputusannya bercanggah dengan perlembagaan parti.
Terdapat 36 ADUN di Negeri Sembilan, dengan Pakatan Harapan mempunyai 20 ahli, iaitu 11 daripada DAP, enam PKR dan tiga Amanah.
Pihak pembangkang mempunyai 16 wakil, iaitu 15 daripada Umno dan seorang MIC.
Pembangkang hanya memerlukan empat ADUN yang beralih arah untuk mencetuskan perubahan dalam kerajaan negeri dan melantik menteri besar baharu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kartel-bekas-pemimpin-pkr-dalangi-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pemimpin Politik Malaysia Dapat Bantuan Luar Kata Bekas Kp Perisikan

Ada Pemimpin Politik Malaysia Dapat Bantuan Luar Kata Bekas Kp Perisikan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 192 hits
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara terutama Amerika Syarikat dalam me...
Siapa Kata Orang Muda Tak Layak Jadi Pemimpin

Siapa Kata Orang Muda Tak Layak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 439 hits
Berikut adalah nama 9 ketua negara yang sedang berkhidmat umur negara 1 Sebastian Kurz 35 Austria 2 Sanna Marin 36 Finland 3 Mahamat Deby 37 Chad4 Assimi Goita 38 Mali 5 Irakli Garibashvili 39 Georgia6 Nayib Bukele 40 El Salvador7 Jacinda A...
Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 208 hits
Dennis Ignatius berkata mereka yang menghalang keinginan Dr Mahathir Mohamad akan ditukarkan PETALING JAYA Kemerosotan dalam sektor perkhidmatan awam bermula ketika Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertugas sebagai perdana menteri dan sejak...
Siasat Rm3 Bilion Dibelanjakan Untuk 1bestarinet Kata Pemimpin Bn

Siasat Rm3 Bilion Dibelanjakan Untuk 1bestarinet Kata Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 169 hits
September 7 2021 Sejumlah RM3 bilion dibelanjakan untuk projek 1BestariNet bagi menyediakan sambungan internet dan platform pembelajaran PETALING JAYA Barisan Nasional menggesa siasatan dijalankan terhadap projek 1BestariNet yang sebelum in...
Azmin Bakal Jadi Tpm Kata Sumber Bersatu Dan Umno

Azmin Bakal Jadi Tpm Kata Sumber Bersatu Dan Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 278 hits
MalaysiakiniAnggota parlimen Gombak Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri kata sumber sumber Bersatu dan Umno Sumber Bersatu yang rapat dengan Azmin memberitahu Malaysiakini besar kemungkinan bekas menteri kanan itu akan ...
Pemimpin Pembangkang Lebih Sibuk Berpolitik Antara Punca Membantutkan Usaha Kerajaan Tangani Pandemik

Pemimpin Pembangkang Lebih Sibuk Berpolitik Antara Punca Membantutkan Usaha Kerajaan Tangani Pandemik

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 326 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahanan Masidi Manjun KOTA KINABALU Pemimpin pemimpin pembangkang yang lebih sibuk berpolitik untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional dan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memba...
Sabah Dalam Keadaan Kritikal Kata Bekas Menteri

Sabah Dalam Keadaan Kritikal Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 242 hits
Darell Leiking mahu kerajaan Sabah memperuntukkan dana kecemasan untuk membeli vaksin dan peralatan perubatan KOTA KINABALU Kerajaan negeri Sabah mesti memperuntukkan dana kecemasan bagi menangani kes Covid 19 di negeri itu yang semakin mer...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 247 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid