Sabah Catat 1 247 Kes Dengan 141 Lokaliti Di Bawah Pkpd
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun
Sabah mencatatkan 11 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin, dengan tiga di Tawau, dua masing-masing di Tuaran dan Papar, dan satu masing-masing di Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Penampang.
Pada 7 Ogos, Sabah juga mencatatkan angka tinggi kematian Covid-19 dengan 13.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun tiada kluster baharu dikesan pada Isnin, 87 kes baharu disumbangkan oleh 12 kluster sedia ada di 11 daerah di seluruh Sabah.
Beliau berkata Kluster Lahat-Lahat di Tawau menyumbangkan jumlah tertinggi dengan 21 kes baharu, diikuti oleh 20 dalam Kluster Pauh di Kinabatangan.
Sabah mencatatkan sejumlah 1,247 kes baharu pada Isnin di mana Kota Kinabalu mengatasi senarai dengan 310 kes, diikuti oleh Tawau (207) dan Penampang (127).
Masidi berkata saringan kontak rapat menyumbangkan jumlah tertinggi iaitu 770, diikuti oleh saringan bergejala (295) dan saringan kluster (87).
Sepanjang 24 jam lepas, Sipitang mencatatkan tambahan 65 kes baharu, diikuti oleh Tawau (46 kes) dan Beaufort (38).
Mengenai jumlah kes pada Isnin, Masidi berkata ia membabitkan 1,094 rakyat Malaysia dan 153 warga asing. Daripada angka itu, 325 tidak layak untuk vaksinasi, 567 belum divaksinasi, 254 telah menerima dos pertama dan 101 telah lengkap vaksin.
Mereka yang berumur antara 18 dan 59 tahun menyumbangkan angka tertinggi dengan 836 kes, diikuti mereka yang berumur antara enam dan 17 tahun (233) dan 60 tahun ke atas (86).
Seramai 858 pesakit Covid-19 dibenar pulang dari hospital, sementara 1,064 masih dirawat di hospital, 3,409 dikuarantin di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), 79 dikuarantin di pusat tahanan sementara atau penjara dan lima dikuaranin di premis persendirian.
Seramai 141 pesakit dirawat di Unit Jagaan Rapi, dengan 59 memerlukan bantuan pernafasan.
Setakat Isnin, Masidi berkata, sebanyak 141 lokaliti di 20 daerah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di mana Kota Kinabalu mendahulu senarai dengan 24 lokaliti, diikuti Penampang (18) dan Tawau (17).
5 lokaliti baharu diletakkan di bawah PKPD selama 14 hari bermula Rabu (11 Ogos), iaitu PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan (Tawau), Kem 2 Tolokoson (Tenom), Kg Kota Tuaran (Tuaran) dan Kg Sarikan (Nabawan).
PKPD di Taman Kinarut Ria Papar dilanjutkan sehingga 24 Ogos, sementara PKPD di beberapa lokaliti di tujuh daerah akan ditamatkan mengikut jadual.
Mengenai vaksinasi, bagi Dos Pertama Fasa Dua sebanyak 27,486 suntikan baharu dibuat, menjadikan jumlahnya 1,058,596.Bagi Dos Kedua Fasa Dua, 11,470 suntikan baharu dibuat, menjadikan jumlahnya 416,364.
Seramai 13,630 mendaftar untuk vaksin pada Isnin, menjadikan jumlahnya 1,286,364 orang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/sabah-catat-1247-kes-dengan-141.html