Semua Daerah Di Sabah Catat Pertambahan Kes


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sebanyak 500 kes atau 54.82 peratus daripada keseluruhan 913 kes harian dicatat di Sabah pada Rabu dikesan melalui saringan kontak rapat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata situasi itu amat membimbangkan kerana ia memberi gambaran masih terdapat kebarangkalian tinggi berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan walaupun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah adalah amat tinggi pada hari ini iaitu 913 kes dengan peningkatan sebanyak 172 kes berbanding 741 kes yang dicatatkan semalam (27 Julai), malah Kota Kinabalu sahaja mencatatkan 234 kes baharu termasuk 27 kes adalah daripada Penjara Kepayan.

“Semua daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat, sekali gus menunjukkan trend yang terus melonjak dan membimbangkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 negeri Sabah berkata tiga kluster baharu direkodkan pada Rabu yang semuanya dikesan di Keningau iaitu Kluster Bayangan dan Kluster Bariawa Laut kedua-duanya kluster komuniti serta Kluster Menawo Baitah membabitkan kluster tempat kerja.

“Kluster Bayangan melibatkan penularan di Mukim Bingkor dan Luagan disyaki berpunca daripada perkumpulan keluarga dari luar daerah dengan 21 kes kumulatif, Kluster Bariawa Laut juga berkaitan perkumpulan keluarga mencatat 13 kes kumulatif.

“Kluster Menawo Baitah pula disyaki berpunca daripada pergaulan sesama keluarga yang akhirnya tersebar kepada rakan-rakan melibatkan 16 kes kumulatif,” katanya.

Sementara itu di Keningau, penduduk kawasan pedalaman, luar bandar, pulau dan ladang di seluruh negeri akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin CanSino yang dijangka tiba di Sabah bulan depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini kerana vaksin CanSino hanya memerlukan satu dos suntikan.

“Ia memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses pemberian vaksin di kawasan-kawasan berkenaan.

“Sekiranya berjalan lancar, kita dijangka mencapai imuniti berkelompok sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kompleks Sukan Keningau, Selasa lepas.

Tambah beliau, sebanyak 1.8 juta dos vaksin jenis CanSino dipohon daripada Kerajaan Persekutuan di samping satu juta dos vaksin Pfizer yang dijangka tiba awal bulan depan.

Dalam pada itu, Hajiji turut menjelaskan seramai 303,120 penduduk Sabah telah menerima bantuan tunai secara sekali bayar setakat 26 Julai iaitu anggaran 84 peratus daripada jumlah penerima yang layak.

“Selain itu, sebanyak 356,639 bakul makanan juga sudah diagihkan kepada masyarakat terjejas dan layak terutamanya yang menjalani kuarantin di rumah, penerima bantuan e-kasih serta golongan B40.

“Dengan bantuan yang disampaikan, kita berharap ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19,” tambahnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/semua-daerah-di-sabah-catat-pertambahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
949 Kes Jangkitan Hari Ini Semua Daerah Catat Kes Baharu

949 Kes Jangkitan Hari Ini Semua Daerah Catat Kes Baharu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 219 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu hari ini menjumlahkan penambahan keseluruhan 949 kes COVID 19 di negeri ini Menteri Kerajaan Tempatan dan P...
Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 270 hits
Bilangan kes melebihi 300 dalam tempoh dua hari lalu dalam pada pihak berkuasa Sabah meningkatkan saringan dalam komuniti dan ujian dalam kluster sedia ada KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID 19 Sabah hari ini amat tinggi dengan sejumlah ...
Mengapa Menyalahkan Pulau Gaya Untuk Semua Kes Di Sabah

Mengapa Menyalahkan Pulau Gaya Untuk Semua Kes Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 300 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Penduduk kampung di Pulau Gaya telah mengkritik anggota parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin kerana menyalahkan pulau itu sebagai penyebab lonjakan mendadak Sabah dalam kes Covid 19 ...
Covid 19 Johor Kedah Pula Catat Kes Empat Digit

Covid 19 Johor Kedah Pula Catat Kes Empat Digit

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 182 hits
Jika semalam kes positif harian baharu Covid 19 mencecah lebih 17 000 namun hari ini bilangannya berkurangan dengan 14 516 kes dilaporkan Gambar hiasan KUALA LUMPUR Jika semalam kes positif harian baharu Covid 19 mencecah lebih 17 000 namun...
741 Kes Dan 4 Kluster Baharu Di Sabah

741 Kes Dan 4 Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 169 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 741 kes COVID 19 bersama empat kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi M...
Malaysia Pecah Rekod Catat 17 405 Kes Hari Ini

Malaysia Pecah Rekod Catat 17 405 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 209 hits
17 405 kes hari ini PUTRAJAYA Kes jangkitan Covid 19 hari ini pecan rekod lagi selepas mencatatkan 17 405 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid 19 sebanyak 1 061 476 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor His...
Meningkat Tinggi 818 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

Meningkat Tinggi 818 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 228 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID bagi Sabah hari ini meningkat tinggi sebanyak 818 dengan pertambahan 106 kes berbanding semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan D...
Awani Borneo 25 07 2021 Sampaikan Aspirasi Rakyat Kes Di Sabah Meningkat Ppv Pedalaman

Awani Borneo 25 07 2021 Sampaikan Aspirasi Rakyat Kes Di Sabah Meningkat Ppv Pedalaman

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 214 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 25 Julai 2021 Mesyuarat Khas Parlimen bermula esok Negara catat jumlah kes COVID 19 tertinggi dengan angka melebihi 17 000 kes 1 8
Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 259 hits
PUTRAJAYA Kes harian menurun kepada 15 764 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 1 146 186 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan sebanyak 6 067 kes diikuti oleh Kuala...
Catatan Hujung Minggu

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Jengah Kebun Melihat Tanaman

3 Top Rated Things To Do In Jakarta



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei