Sabah Belasah Pdrm Kini Di Puncak Liga Super
Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani (tengah) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang PDRM FC dalam saingan pertama Liga Super 2023 di Stadium Likas malam ini. NSTP/MOHD ADAM ARININ
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Sabah belasah PDRM - FT SABAH 4 PDRM 0 Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.
PASUKAN Sabah FC memulakan kempen Liga Super 2023 dengan rentak kemenangan apabila menewaskan PDRM FC 4-0 sekaligus merampas seketika kedudukan teratas liga dari Johor Darul Ta’zim.
Pengendali, Datuk Ong Kim Swee menurunkan tujuh muka baharu dalam kesebelasan utama dengan empat lagi pemain senior yang dilihat berjaya mempamerkan aksi yang mantap sejak dari wisel permulaan.
Saddil Ramdhani menyumbang dua gol buat skuad Badak pada minit ke-12 dan 71 manakala kapten pasukan, Park Tae-su dan Stuart Wilkin masing-masing menambah satu lagi gol untuk memberikan kekalahan pertama kepada pendatang baharu Liga Super itu.
Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Gol berganda Saddil Ramdani dalam babak berbeza selain masing-masing satu jaringan daripada Park Tae-su dan Stuart Wilkin, menunjukkan betapa pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu berada di satu tahap berbeza berbanding pelawat.
Penyerang import dari Indonesia, Saddil, membuka jaringan seawal minit ke-13 dengan melakukan larian dari sebelah kanan sebelum meledakkan rembatan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Pasukan Negeri di Bawah Bayu itu kian selesa menjelang ke bilik persalinan apabila ketua pasukan, Tae-Su, menanduk masuk lintangan Saddil pada minit ke-38 untuk Sabah menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol.
PDRM cuba memberikan tentangan lebih baik dalam babak kedua tetapi perjuangan mereka dimatikan Saddil, yang menemui jaringan kedua peribadinya pada minit ke-71, kali ini dengan menyudahkan gerakan serangan balas yang dimulakan dirinya sendiri.
Ketika perlawanan itu kelihatan akan berakhir dengan keputusan 3-0, pemain tengah negara, Stuart Wilkin, menambah satu lagi gol buat Sabah dalam waktu kecederaan dengan menyudahkan hantaran 'cut back' Rizal Ghazali.3
Sabah seterusnya akan menantikan kunjungan Kelantan United pada Rabu depan sambil PDRM pula akan melayani tandangan Perak FC sehari sebelumnya.
Sabah FC memulakan kempen Liga Super 2023 dengan kemenangan besar di laman sendiri.#LigaSuper2023 pic.twitter.com/cNLCz9Ajat
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 25, 2023 Sabah ternyata menguasai keseluruhan permainan dengan pergerakan bola yang pantas dan berjaya mengambil kesempatan dengan serangan balas yang memerangkap pertahanan PDRM.
Tidak banyak yang mampu dilakukan barisan PDRM untuk menyekat gerakan Sabah mahupun mencipta gerakan dan akhirnya terpaksa mengakui kehebatan Sabah dan kini perlu memperbaiki persembahan untuk perlawanan seterusnya menentang Perak di laman sendiri.
Kemenangan ini pula sudah tentu memberikan semangat buat Sabah untuk memburu kemenangan kedua apabila sekali lagi bertemu pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke Liga Super, Kelantan United. Keputusan lain:
KELANTAN 1 KUCHING CITY 2
PERAK 1 KEDAH DARUL AMAN 4
KUALA LUMPUR CITY 2 PENANG 2
SOURCE: stadiumastro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/02/sabah-belasah-pdrm-kini-di-puncak-liga.html