Sabah Fc Kini Setanding Jdt


Sabah FC kini setanding JDT. Foto Sabah Football Club Facebook
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Sabah FC setanding JDT - Trucha Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan Sabah FC kini berada pada tahap yang setanding dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain Sabah FC, Darren Lok (dua kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Kelantan United FC, Ahmad Asyraaf Omar pada minit ke-22 dalam perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Likas malam tadii. - Foto Mohd Adam Arinin
Ketua Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan Sabah FC kini berada pada tahap yang setanding dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Beliau berkata, hanya Sabah FC yang dapat menyaingi pasukan Harimau Selatan itu dan pasti ramai mahu melihat pertemuan kedua-dua pasukan berkenaan dalam saingan Liga Super.

"Bagi saya hanya Sabah FC mampu bersaing dengan JDT. Ia sudah berada pada tahap itu dan sudah tentu pertemuan JDT dengan Sabah FC nanti sesuatu yang menarik.

"Berbanding Selangor, Kedah, Terengganu, Pahang dan lain-lain saya fikir Sabah sekarang pada tahap teratas (top level)," katanya pada sidang media selepas aksi kedua Liga Super Sabah FC menentang Kelantan United FC di Stadium Likas, di sini, malam tadi.


Skuad Sang Badak menewaskan Kelantan United 3-1 hasil jaringan Darren Lok, Park Taesu dan Telmo Castanheira masing-masing pada minit ke-22, 26 dan 46, manakala Indra Putra menjaringkan satu gol sagu hati untuk pasukan pelawat pada minit ke-92.

Mengulas kekalahan pasukannya, Trucha berkata beliau tidak berpuas hati selepas sekali lagi gagal mencapai sasaran mengutip mata selepas tewas tipis 1-0 di tangan Selangor pada Ahad lalu.

Beliau turut menyatakan kekecewaannya apabila gawang Kelantan United dibolosi sejurus perlawanan babak kedua bermula dan mengakui masih banyak perlu dibaiki untuk pasukannya bagi meneruskan aksi Liga Super.

Sementara itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berterus terang beliau juga tidak berpuas hati terhadap kelekaan anak buahnya yang menyebabkan gawang pasukan dibolosi pada minit tambahan permainan setelah mengekalkan tiga jaringan tanpa balas sepanjang 90 minit.

Jelasnya walaupun sasaran mengutip tiga mata tercapai, corak permainan pasukan perlu diperbaiki lagi agar kelemahan yang disebabkan kelekaan pemain terutama selepas mendahului perlawanan tidak lagi berulang.

"Yang penting kita dapat lagi tiga mata tetapi selepas mendahului sudah tentu saya tidak puas hati dengn corak permainan kita di mana kita dibolosi pada minit-minit terakhir.

"Saya percaya ini satu kelekaan daripada pemain di mana kita harus tahu walaupun mendahului kita harus pastikan kita tidak dibolosi.

"Tiga mata penuh penting untuk ke perlawanan seterusnya tetapi kita harus memperbaiki lagi permainan pasukan," katanya.

Mengulas prestasi pemain selepas mengharungi dua perlawanan Liga Super 2023, Kim Swee berkata masih terlalu awal membuat penilaian, namun menegaskan beliau tidak mahu melihat anak buahnya hanya menyinar dalam dua tiga perlawanan.

"Masih terlalu awal untuk kita menilai pemain tapi bagi saya dua perlawanan setelah mendapat enam mata, saya percaya bukan Darren Lok saja, semua pemain melakukan tugas yang baik dan penting di sini untuk mereka kekal konsisten.

"Saya tidak ingin melihat pemain hanya bersinar dua tiga perlawanan tetapi selepas itu mereka tidak boleh bermain dengan baik. Bagi saya semua pemain perlu kekal konsisten tidak kira Darren Lok atau pemain mana sekalipun," katanya.

Kim Swee berkata, selepas ini pemain Sabah FC perlu mengukuhkan lagi corak permainan terutama apabila bertandang ke gelanggang lawan yang disifatkannya berbeza berbanding perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

Sabah FC akan berdepan Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada 6 Mac ini.

SOURCE: BH

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2023/03/sabah-fc-kini-setanding-jdt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Belasah Pdrm Kini Di Puncak Liga Super

Sabah Belasah Pdrm Kini Di Puncak Liga Super

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 220 hits
Pemain Sabah FC Saddil Ramdani menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang PDRM FC dalam saingan pertama Liga Super 2023 di Stadium Likas malam ini NSTP MOHD ADAM ARININ Sabah belasah PDRM FT SABAH 4 PDRM 0 Sabah FC membuka kempen ...
Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera

Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 266 hits
Jawatan Kosong Perkeso Kini Dibuka Mac 2023 Mohon Segera Makluman Perkeso berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaa...
Pharmaniaga Kini Syarikat Bermasalah

Pharmaniaga Kini Syarikat Bermasalah

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 136 hits
Pharmaniaga kini syarikat bermasalah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9 43PM
Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

Restoran Mtr 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 300 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Jarang sebenarnya untuk Maha mencuba makanan daripada negara India yang original Tapi semua orang tahu bahawa makanan India ba...
Permohonan Jawatan Kosong Airasia Mac 2023 Kini Dibuka

Permohonan Jawatan Kosong Airasia Mac 2023 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 255 hits
Permohonan Jawatan Kosong AirAsia Mac 2023 Kini Dibuka Makluman terkini buat seluruh warganegara Malaysia kini syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dengan sebuah syarikat penerbangan tiket yang murah iaitu AirAsia Berhad telah mem...
Deretan Foto Terbaru Bams Eks Samsons Kini Tampil Plontos Bikin Pangling

Deretan Foto Terbaru Bams Eks Samsons Kini Tampil Plontos Bikin Pangling

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 263 hits
Nama Bams sudah tidak asing lagi di dunia musik tanah air Namanya dikenal saat masih bersama band Samsons Lama tak terdengar kabarnya Bams Eks Samsons hadir dengan penampilan baru Bams mencukur rambutnya menjadi plontos Penampilannya bikin ...
Tinggi Dan Ganteng Ini 6 Potret Bjorka Anak Ringgo Agus Rahman Kini Menginjak 7 Tahun

Tinggi Dan Ganteng Ini 6 Potret Bjorka Anak Ringgo Agus Rahman Kini Menginjak 7 Tahun

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 226 hits
Bjorka anak dari Ringgo Agus Rahman dan Sabai Morscheck kini tumbuh besar Tak terasa Bjorka kini menginjak usia 7 tahun Penampilan Bjorka mencuri perhatian Apalagi Bjorka memiliki paras tampan Ini deretan fotonya
Dikecam Seksi Serupa P Rnstar Sajat Dedah Kini Founder Lingerie Yang Penting Saya Bukan Penyondol

Dikecam Seksi Serupa P Rnstar Sajat Dedah Kini Founder Lingerie Yang Penting Saya Bukan Penyondol

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 159 hits
Sebelum ini usahawan sensasi iaitu Nur Sajat mengundang kontroversi apabila memuat naik video memaparkan dirinya menggayakan beberapa pakaian dalam wanita atau lingerie Susulan itu perkongsian video tersebut telah mendatangkan rasa kurang s...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu