Sabah Akan Beli Vaksin Sendiri Kata Masidi


Masidi ketika hadir menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk Sabah di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Februari lalu.


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli vaksin Covid-19 sendiri bagi menampung kekurangan sementara bekalan itu di negeri berkenaan.

Katanya, keputusan itu juga dibuat sebagai persediaan kepada sebarang gangguan bekalan vaksin yang boleh menjejas usaha negeri itu untuk mencapai imuniti kelompok.

Beliau berkata, Kabinet negeri mengambil maklum bahawa mengikut sumber-sumber yang sahih, ada kemungkinan bekalan vaksin Pfizer akan mengalami gangguan pengeluaran yang memberi impak kepada negara-negara yang menggunakan vaksin berkenaan dan Malaysia juga tidak terkecuali.

“Kerajaan negeri akan meminta syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menggunakan sebahagian daripada keuntungan perniagaan mereka bagi membeli vaksin untuk kakitangan dan pekerja mereka dan selebihnya didermakan secara percuma kepada rakyat jelata yang layak.

“Inisiatif ini akan mempertingkatkan program imunisasi dan mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua penduduk di Sabah, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun “Kerajaan melalui GLC bersedia membeli vaksin sekiranya terdapat kekurangan bekalan bagi memastikan semua penduduk memperoleh vaksin dengan kadar segera dan perbelanjaan pembelian vaksin ini akan ditolak daripada jumlah dividen tahunan yang lazim dibayar oleh GLC kepada kerajaan negeri setiap tahun.”

Masidi yang juga jurucakap negeri Covid-19 berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan kadar pemberian vaksin harian yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

Katanya, sehingga semalam 42% penduduk negeri Sabah telah memperolehi satu dos dan 18.4% penduduk melengkapi dua dos.

“Kabinet negeri mengambil maklum bahawa pencapaian pemberian vaksin di setiap daerah adalah berbeza-beza.

“Sebagai contoh di daerah Beaufort 50.7% penduduk telah melengkapi pengambilan dua dos vaksin, tetapi ada juga beberapa daerah di mana pencapaian mereka kurang daripada 12%. Kabinet telah mengarah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) menyiasat punca prestasi imunisasi yang rendah ini seterusnya mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya.

“Pengerusi CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) di setiap daerah telah diarah melaksanakan gerakan imunisasi untuk mencapai kuota imunisasi harian yang telah ditetapkan dan ini penting agar pencapaian imunisasi negeri Sabah tidak terjejas dengan kegagalan beberapa daerah mencapai ‘target’ pemberian dos dalam setiap hari,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bekalan vaksin yang dihantar ke Sabah adalah mencukupi.

Katanya, mengikut perancangan JKNS dan makluman daripada CITF Kebangsaan, Sabah akan menerima 1.5 juta dos vaksin pada bulan Ogos ini, yang sudah mula diterima sejak minggu lalu. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/sabah-akan-beli-vaksin-sendiri-kata_11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

Peningkatan Ketara Pemberian Vaksin Di Sabah Sejak 10 Hari Lalu Masidi

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 225 hits
Pukulan berbeza Inan inan saling menghibur di pusat vaksinasi orang tua meninsini moginggat sementara menunggu vaksinasi mereka KUALA LUMPUR Program vaksinasi di Sabah dilihat berada pada landasan yang tepat walaupun masih di tangga terenda...
Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 300 hits
Syarikat swasta dan sektor perindustrian boleh membeli vaksin Pfizer Sinovac dan Astrazeneca untuk pekerja mereka Sabah benar syarikat swasta beli vaksin sendiri KOTA KINABALU Kerajaan Sabah kini membenarkan syarikat swasta dan sektor perin...
Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

Kotakan Janji Tambah Bekalan Vaksin Beri Prioriti Kepada Sabah Kata Salleh

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 209 hits
Salleh Said Keruak berkata peningkatan kes di Sabah sejak beberapa hari lalu membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan PETALING JAYA Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak menggesa vaksinasi di Sabah dipercepatkan...
Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

Qhazanah Sabah Bakal Beli 250 000 Dos Vaksin Daripada Pharmaniaga

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 244 hits
Pengarah Eksekutif WH Medicare Rudy Jalgul dan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad Zulkarnain Md Eusope bertukar tukar dokumen selepas menandatangani perjanjian pebelian vaksin Turut hadir Masidi Manjun dan Salleh Said Keruak KOTA K...
Vaksinasi Rendah Punca Lonjakan Kes Di Sabah Kata Masidi

Vaksinasi Rendah Punca Lonjakan Kes Di Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 186 hits
Hanya 17 6 penduduk atau 485 880 individu yang mendapat vaksin lengkap Covid 19 di Sabah kata Masidi Manjun KOTA KINABALU Jumlah kes Covid 19 di Sabah dijangka berterusan melonjak melainkan lebih banyak vaksinasi dilaksanakan kata Menteri K...
Tidak Perlu Uji Sendiri Keberkesanan Vaksin Covid 19 Kata Khairy

Tidak Perlu Uji Sendiri Keberkesanan Vaksin Covid 19 Kata Khairy

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 235 hits
AGENDA DAILY Tiada garis panduan klinikal dikeluarkan setakat ini untuk ujian antibodi mana yang boleh hasilkan keputusan tepat Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan ujian terhadap antibodi vaksin Covid 19 bagi menentukan tahap kebe...
Sabah Bakal Umum Polisi Baharu Tangani Peningkatan Kes Positif Masidi

Sabah Bakal Umum Polisi Baharu Tangani Peningkatan Kes Positif Masidi

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 261 hits
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID 19 Datuk Seri Masidi Manjun KUALA LUMPUR Kerajaan Sabah akan mengumumkan polisi baharu dalam usaha menangani peningkatan kes COVID 19 Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID 19 Datuk Seri Masidi Man...
Hanya 17 6 Rakyat Sabah Terima Vaksin 2 Dos Lengkap

Hanya 17 6 Rakyat Sabah Terima Vaksin 2 Dos Lengkap

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 277 hits
Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun Hanya 17 6 sahaja daripada jumlah penduduk dewasa di Sabah yang direkodkan sudah melengkapkan suntikan vaksin dua dos lengkap setakat semalam Jurucakap perkembangan harian Cov...
Kami Seolah Perlu Rayu Untuk Tingkat Vaksinasi Rakyat Sendiri Kata Sultan Johor

Kami Seolah Perlu Rayu Untuk Tingkat Vaksinasi Rakyat Sendiri Kata Sultan Johor

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 164 hits
August 5 2021 Sultan Iskandar Sultan Ibrahim mengharapkan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin di Johor malah di seluruh negara supaya kesannya kepada kehidupan seharian semua lapisan rakyat dapat pulih PETALING JAYA Sultan Johor ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih