Ruu355 Permulaan Kepada Negara Taliban Kata Bekas Ketua Badan Pemikir Sabah


Johan Ariffin Samad (kiri) mengatakan tidak ada rasional memperkenalkan RUU355, tetapi Darell Leiking berpandangan ia boleh diterima sekiranya hanya berkaitan dengan mahkamah syariah.

KOTA KINABALU: Bekas ketua pegawai eksekutif badan pemikir Sabah berpendapat bahawa dengan meluluskan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU355, ia akan menjadi permulaan kepada sebuah negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

Johan Ariffin Samad, yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dua tahun lalu berkata, tidak ada rasional memperkenalkan undang-undang syariah baharu kerana perundangan sedia ada telah mencukupi dan jika dilaksanakan, Malaysia akan menjadi satu lagi negara Taliban.


“Kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan mana-mana agama. Rang Undang-Undang itu telah didebatkan secara mendalam dan dihujah dari segenap sudut, malah ia menyebabkan perpecahan dalam negara. Terdapat juga kebimbangan yang ia mungkin menjejaskan orang bukan Islam,” kata Johan kepada FMT.

Beliau berkata, pada 2017, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil di Sabah dan Sarawak telah memprotes pelaksanaan untuk meningkatkan hukuman yang dicadangkan di bawah rang undang-undang itu kerana merasakan tidak ada rasionalnya bagi melakukan perubahan.

Johan berkata negeri-negeri Borneo itu percaya terhadap kebebasan beragama seperti yang dijamin ketika pembentukan Malaysia pada 1963.



RUU355 adalah Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentang Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam Parlimen Rabu lalu menjelaskan bahawa kerajaan akan menggiatkan usaha untuk melakukan draf rang undang-undang sebelum dibentangkan di Parlimen selepas melakukan rundingan dengan kerajaan-kerajaan negeri.


Cadangan untuk meminda rang undang-undang itu mencetuskan kekecohan di kalangan pelbagai kumpulan yang menuduh kerajaan persekutuan berusaha untuk membenarkan pelaksanaan hukum hudud sebagai sebahagian daripada Kanun Keseksaan Islam.

Johan berkata kerajaan persekutuan tidak sepatutnya membazir masa “mencampuri” urusan agama yang menjadi urusan kerajaan negeri.

“Usaha untuk melaksanakan RUU355 ini akan mencetuskan satu lagi pusingan ketidakstabilan dan kemungkinan satu lagi perubahan kerajaan memandangkan Sabah dan Sarawak kemungkinan besar akan menolaknya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking berkata draf rang undang-undang itu tidak sepatutnya menyentuh hak-hak orang bukan Islam.


Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh diterima sekiranya pindaan RUU355 hanya untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

“Sebarang pindaan yang menyekat pergerakan orang bukan Islam adalah tidak wajar.”

Leiking berkata ketika ini terdapat undang-undang sedia ada yang melarang penyebaran mana-mana agama kepada orang Islam dan kedudukan Islam juga diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang tambahan selanjutnya (menyekat penyebaran) adalah keterlaluan dan saya menganggap sekatan tambahan ini mungkin memberi kesan terhadap hak kebebasan beragama dalam perlembagaan.

“Tidak ada masalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi jangan menyekat amalan orang bukan Islam.” – FMT

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/ruu355-permulaan-kepada-negara-taliban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

Istana Bertindak Di Luar Perlembagaan Beri Persepsi Campur Tangan Politik Kata Bekas Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 197 hits
MALAYSIA NOW Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad menyenaraikan kejadian sepanjang setahun lalu yang menurut beliau menunjukkan istana melampaui kuasa Perlembagaan Ismail Sabri membaca sumpah pelantikannya sebagai perdana menteri di...
Ruu355 Is Prelude To Taliban Country Says Ex Sabah Think Tank Head

Ruu355 Is Prelude To Taliban Country Says Ex Sabah Think Tank Head

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 257 hits
A former CEO of a Sabah think tank contends that the passing of the Shariah Courts Act 1965 amendment bill better known as RUU355 is the beginning of an Islamic state and implementation of hudud laws If implemented Malaysia will be like ano...
Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

Ahli Politik Takut Ipcmc Beri Alasan Menyedihkan Kata Bekas Kp Sprm

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 220 hits
MOHD FADLIAbu Kassim Mohamed berkata komitmen tinggi daripada pemimpin tertinggi negara iaitu perdana menteri sehingga rakyat diperlukan untuk mengubah negara menjadi benar benar bebas rasuah PETALING JAYA Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah ...
Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 233 hits
Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Gapar Gurrohu meninggal dunia akibat jangkitan paru paru selamat dikebumikan di Kampung Bentong Kluang Johor NSTP Mohamad Fahd Rahmat KLUANG Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Gapar Gurrohu m...
Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

Reformasi Parlimen Tingkat Perwakilan Sabah Sarawak Kata Madius

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 263 hits
Wilfred Madius Tangau mendesak kerajaan persekutuan melakukan reformasi Parlimen bagi memastikan ia memberikan sumbangan yang berkesan demi pembangunan negara KOTA KINABALU Pengerusi Eksekutif Yayasan Wisdom Wilfred Madius Tangau menyeru ke...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 509 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 349 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

Calon Timbalan Speaker Perlu Beretika Dan Adil Kata Majlis Profesor Negara

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 307 hits
Faiz Zainudin September 12 2021Shamsul Amri Baharuddin berkata individu yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh memihak kepada pihak yang menyokong pelantikannya kelak atas dasar terhutang budi PETALING...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur