Ruu Baru Beza Sikit Dari Ipcmc Hanya Siasat Aduan Sumber


Suatu rang undang-undang yang “sedikit berbeza” daripada RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kemungkinan akan berusaha untuk menubuhkan badan yang hanya menyiasat aduan, kata sumber.
RUU baru itu, yang dilapor namanya sebagai Suruhanjaya Pengaduan Polis Bebas (IPCC), tidak akan memiliki kuasa untuk menjatuhkan hukuman.
Sebaliknya, seorang ahli parlimen Perikatan Nasional yang mengetahui mengenai rang undang-undang itu, memberitahu Malaysiakini bahawa IPCC yang dicadangkan hanya akan membuat cadangan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Ia hanya akan menyiasat dan membuat cadangan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis. Saya telah bertanya polis, dan mereka menyambut baik hal itu,” kata penggubal undang-undang itu.
Malaysiakini telah menghubungi Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk mendapatkan pengesahan dan ulasan lanjut.
Jika benar, ini bermaksud IPCC akan mempunyai kuasa terbatas yang sama dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang hanya dapat menyiasat tetapi tidak boleh menghukum.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai IPCMC, berkata had kuasa IPCC yang baru itu menimbulkan perdebatan.
 
“Saya ingin melihat rang undang-undang tersebut sebelum mengulas lebih lanjut, tetapi tiada gunanya IPCC jika mereka tidak memberikannya kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.
Rang undang-undang IPCC dijangka akan dibentangkan dalam beberapa hari lagi.
IPCMC pertama kali dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2005, ketika pentadbiran perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Ia kemudian, diredakan menjadi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selepas bantahan keras oleh pasukan polis di bawah ketua polis negara pada waktu itu, Musa Hassan.
IPCMC, seperti yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan tahun lalu, akan memberi kuasa kepada suruhanjaya itu untuk mengambil tindakan, termasuk amaran, pemotongan gaji atau pemecatan terhadap pegawai yang didapati melakukan kesalahan.
Walau bagaimanapun, ahli parlimen PN mendakwa bahawa IPCMC memangsakan polis secara tidak adil.
Dipercayai penentangan PN terhadap suruhanjaya itu berkait dengan bagaimana polis akan mengundi dalam pilihan raya.
The post RUU baru ‘beza sikit’ dari IPCMC hanya siasat aduan – Sumber appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/23/ruu-baru-beza-sikit-dari-ipcmc-hanya-siasat-aduan-sumber/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Defisit Anggaran Parah Pan Cari Sumber Pendapatan Baru Tapi Jangan Tambah Utang

Defisit Anggaran Parah Pan Cari Sumber Pendapatan Baru Tapi Jangan Tambah Utang

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 403 hits
Fleksibilitas pelonggaan defisit anggaran APBN di atas 3 persen yang diakomodasi UU 2 2020 atau UU Corona jangan dijadikan sebagai kesempatan emas bagi pemerintah untuk menambah utang baru Begitu tegas anggota Komisi XI DPR RI Fraksi PAN Jo...
Ruu Mkn Baru Menyekat Kuasa Perdana Menteri

Ruu Mkn Baru Menyekat Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 349 hits
Kerajaan membentangkan Rang Undang Undang Majlis Keselamatan Negara 2020 bagi menyekat Perdana Menteri dari menggunakan kuasanya mengisytiharkan kawasan tertentu sebagai kawasan keselamatan RUU dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menter...
Wang Tak Dituntut Sebagai Sumber Baru Kerajaan

Wang Tak Dituntut Sebagai Sumber Baru Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 432 hits
ULASAN Mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik Covid 19 apabila kerajaan digesa untuk meningkatkan perbelanjaan berbanding sebelum ini untuk tujuan pengekalan pekerjaan subsidi upah dan insentif ke...
Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 411 hits
Kerajaan akan membentangkan rang undang undang Suruhanjaya Bebas Aduan Polis di Dewan Rakyat bagi menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang ditangguhkan tahun lepas kata Hamzah Zainuddin Menteri Dalam Negeri itu berkata...
Rm6 6b Hanya Rm500 Juta Projek Baru Yang Lain Zaman Bn

Rm6 6b Hanya Rm500 Juta Projek Baru Yang Lain Zaman Bn

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 328 hits
Via WhatsApp No 4 rm4 44 bilion ni projek anugerah zaman BN Kerajaan PH re nego harga dan jimat rm800 juta So tak ada isu So rm6 61bil tolak RM 4 44 bil baki RM 2 17 bil No 5 6 7 dan 8 oleh Airod Airod ni memang syarikat terkenal dalam pemb...
Menteri Kerajaan Putuskan Tarik Balik Ruu Ipcmc

Menteri Kerajaan Putuskan Tarik Balik Ruu Ipcmc

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 769 hits
Kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2019 susulan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan digantikan dengan RUU baru kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin...
Ipcmc Ditarik Balik Diganti Ruu Baharu Takiyuddin

Ipcmc Ditarik Balik Diganti Ruu Baharu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 297 hits
M Update 26 8 2020 Rang Undang Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ditarik balik daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini Keputusan itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan...
Pn Tarik Balik Dua Ruu Termasuk Ipcmc

Pn Tarik Balik Dua Ruu Termasuk Ipcmc

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 338 hits
MALAYSIAKINI PARLIMEN l Dua rang undang undang iaitu Rang Undang Undang Perlembagaan berkaitan perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ditarik balik daripada dibentang untuk bacaan kali...
Blt Covid 19 Disunat Pemerintah Desa Seharusnya Rp 600 Ribu Ada Yang Hanya Terima Rp 100 Ribu

Blt Covid 19 Disunat Pemerintah Desa Seharusnya Rp 600 Ribu Ada Yang Hanya Terima Rp 100 Ribu

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 391 hits
Warga Dusun Gunung Watu Desa Kalijirak Tasikmadu Karanganyar resah karena jatah bantuan sosial Covid 19 berupa Bantuan Langsung Tunai mereka diduga dipotong oleh pemdes setempat Sesuai data dari pendataan pusat jatah BLT sebesar Rp 600 000 ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto