Menteri Kerajaan Putuskan Tarik Balik Ruu Ipcmc


Kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 susulan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan digantikan dengan RUU baru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan. Beliau berkata RUU baru itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.
“IPCMC ditarik balik dan akan digantikan dengan satu RUU baru yang mempunyai maksud yang sama (berkaitan salah laku polis) tetapi diubah suai dan diberikan nama yang berbeza.
“Keputusan (tarik balik) dibuat oleh kerajaan semasa. Sesetengah isi kandungan dalam RUU itu (IPCMC) tidak dipersetujui oleh anggota polis, jadi kerajaan, KDN (Kementerian Dalam Negeri), memutuskan untuk perkenalkan yang (RUU) baru,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Putrajaya, hari ini.
Takiyuddin berkata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan RUU baru itu pada Rabu bagi bacaan pertama dan bacaan kedua pula pada keesokan harinya (27 Ogos).
Menurutnya, mesyuarat Kabinet sudah bersetuju dengan pembentangan RUU yang baru itu serta menegaskan EAIC akan terus dikekalkan.
RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai tahun lepas bertujuan menggantikan EAIC bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia dan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
Takiyuddin dalam ucapannya sebelum itu berkata fungsi EAIC bukan hanya tertumpu pada menjalankan siasatan aduan salah laku sahaja, sebaliknya juga berperanan membuat pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan, termasuklah lawatan ke premis seperti depot tahanan dan lokap polis.
“Hasil daripada perjalanan fungsi ini, EAIC akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah dan usaha penambahbaikan yang perlu diambil bagi memantapkan mutu perkhidmatan agensi-agensi penguatkuasaan tersebut.
“Usaha penubuhan EAIC oleh kerajaan sejak dari 2011 bukanlah untuk mencari kesalahan dan keaiban seseorang pegawai atau sesuatu agensi penguatkuasaan semata-mata.
“Suruhanjaya ini juga sebenarnya adalah perisai kepada agensi penguatkuasaan dan medium atau platform untuk membantu agensi penguatkuasaan persekutuan memantapkan lagi kualiti integriti tenaga kerja mereka, justeru membantu kerajaan dalam memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menyarankan agar orang awam lebih bijak memilih saluran aduan bagi mengelakkan risiko ancaman keselamatan dan perlindungan kepada mereka selaku pemberi maklumat.
“Saya lihat seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ramai kini yang cenderung untuk menularkan kes-kes salah laku atau ketirisan disiplin melalui pelbagai aplikasi di media baru seperti WhatsApp, Telegram, media sosial dan juga blog.
“Meskipun medium ‘penyampaian berita’ ini begitu pantas dan hanya terletak di hujung jari, kita perlu juga tahu terdapat kejadian-kejadian yang ditularkan turut mengundang pelbagai implikasi lain kepada pelbagai pihak termasuk kepada pengadu itu sendiri,” katanya.
Pada majlis itu, Takiyuddin menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi dan pesuruhjaya EAIC yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Bekas Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai pengerusi EAIC manakala bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.
Suruhanjaya itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur John Louis O’hara dan Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
–Bernama
The post Menteri: Kerajaan putuskan tarik balik RUU IPCMC appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/19/menteri-kerajaan-putuskan-tarik-balik-ruu-ipcmc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

Kerajaan Akan Bentang Ruu Ipcc Ganti Ipcmc Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 301 hits
Kerajaan akan membentangkan rang undang undang Suruhanjaya Bebas Aduan Polis di Dewan Rakyat bagi menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang ditangguhkan tahun lepas kata Hamzah Zainuddin Menteri Dalam Negeri itu berkata...
Pn Tarik Balik Dua Ruu Termasuk Ipcmc

Pn Tarik Balik Dua Ruu Termasuk Ipcmc

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 255 hits
MALAYSIAKINI PARLIMEN l Dua rang undang undang iaitu Rang Undang Undang Perlembagaan berkaitan perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ditarik balik daripada dibentang untuk bacaan kali...
Ipcmc Ditarik Balik Diganti Ruu Baharu Takiyuddin

Ipcmc Ditarik Balik Diganti Ruu Baharu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 218 hits
M Update 26 8 2020 Rang Undang Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ditarik balik daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini Keputusan itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan...
Polis Tarik Balik Syarat Memburu 3 500 Lesen Senjata Api

Polis Tarik Balik Syarat Memburu 3 500 Lesen Senjata Api

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 365 hits
DENGKIL 19 OGOS Kebenaran memburu bagi 3 500 pemegang lesen senjata api ditarik balik kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau berkata penarikan semula lesen berkenaan dibuat bagi menghentikan kegiatan pemburuan haram yang d...
Sugu Pavithra Nak Tarik Balik Laporan Terhadap Suami Tapi Mengejutkan Bila Mahkamah Ada Minta Sesuatu Ini

Sugu Pavithra Nak Tarik Balik Laporan Terhadap Suami Tapi Mengejutkan Bila Mahkamah Ada Minta Sesuatu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 508 hits
Hampir sebulan yang lalu kisah membabitkan suami S Pavithra di tahn poIis selepas berlaku perbalahan di tempat letak kereta Hospital Raja Bainun Ipoh menarik perhatian ramai M Sugu dikatakan berada dalam keadaan tidak sedar kerana minum ket...
Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

Menteri Balik Dari Turki Tak Payah Kuarantin Dia Kebal

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 541 hits
Nama lagi kerajaan tebuk atap Menteri tak perlu kuarantin apabila balik dari luar negara Rakyat perlu Jika tidak boleh di kompaun RM1000 00 Menteri Kerajaan Tanpa mandat rakyat mana ada rasa bersalah mereka semua betul
Gesa Kpm Tarik Balik Lulusan Uec Masuk Ipg Kemudian Haramkan

Gesa Kpm Tarik Balik Lulusan Uec Masuk Ipg Kemudian Haramkan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 277 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 23 Zulhijjah 1441H Khamis Kementerian Pendidikan digesa menarik balik kemasukan graduan Sijil Peperiksaan Bersepadu bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Gur
Bukan Salah Kerajaan Pn Rundingan Ambil Alih Sesb Tertangguh Kata Bekas Pembantu Menteri Sabah

Bukan Salah Kerajaan Pn Rundingan Ambil Alih Sesb Tertangguh Kata Bekas Pembantu Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 514 hits
KOTA KINABALU Bekas anggota pentadbiran negeri Sabah mendakwa kerajaan negeri harus dipertanggungjawabkan atas terhentinya rundingan pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd daripada Tenaga Nasional Bhd Bekas pembantu menteri kewangan Saba...
Saya Ada Hantar Surat Lain Untuk Tarik Balik Sokongan

Saya Ada Hantar Surat Lain Untuk Tarik Balik Sokongan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 374 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz mendakwa dia ada menghantar surat lain untuk meminta pembatalan surat sokongan yang dibuat sebelumnya berhubung cadangan agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Syarikat Pharma...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi