Rusuhan Kuil Pakar Ingatkan Pemimpin Jangan Jadi Penghasut
  Faiz ZainudinFMTNovember 28, 2018 

 KUALA  LUMPUR: Pakar terorisme mengingatkan semua pihak bertindak secara  rasional dan mengawal emosi dalam mendepani isu rusuhan di kuil Subang  Jaya.
Ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri, Dr Mohd  Mizan Mohammad Aslam turut mengingatkan pemimpin supaya tidak menjadi  penghasut sehingga menyemarakkan lagi api perkauman.

Mohd Mizan Mohammad Aslam mengesa pemimpin menjadi ‘pil penenang’ bagi meredakan suasana panas.“Semua pihak mestilah melihat isu ini dengan rasional dan mengawal emosi sebaiknya.“Pemimpin adalah keutamaan dan teladan, mereka tidak boleh  mengeluarkan kenyataan provokasi atau yang berunsur hasutan sehingga  menjadi pemangkin kepada konflik perkauman, sebaliknya mestilah menjadi  ‘pil penenang’ meredakan suasana panas,” katanya kepada FMT.       Sebelum ini beberapa pemimpin dikecam susulan kekecohan yang tercetus di kuil Sri Maha Mariamman.Antaranya, Adun Kota Kemuning V Gabanatirau yang mendakwa “Muslim  group” atau kumpulan orang Islam menyerang kuil itu pada awal pagi 26  November.Exco kerajaan Selangor itu kemudian menyatakan sanggup meminta maaf  atas kenyataannya jika itu yang diperlukan untuk menenangkan semua  pihak.
Antara pemimpin lain yang turut dikecam, termasuklah Menteri di  Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang menyalahkan pihak polis  susulan berlakunya kekecohan itu.
Mengulas lanjut, Mizan menggesa kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan di sekolah dalam pembentukan perpaduan kaum.“Tangkapan mesti dilakukan, pencetus dan penjenayah perlu dihadapkan  ke mahkamah. Kita telah hilang rasional kerana kununnya berdiri atas  prinsip hak asasi dan demokrasi.
“Telah sampai masanya kajian yang lebih spesifik dan semakan semula  sistem sekolah dan satu sistem diwujudkan. Keluarga sebagai sel terkecil  dan sekolah sebagai asas pembentukan keharmonian kaum harus  diperbetulkan. Kita sebenarnya terpisah dalam kesatuan.”Tak perlu bantuan tentera
Mizan turut menjelaskan kekecohan yang berlaku di kuil Subang Jaya  itu masih mampu dikawal pihak polis tanpa bantuan pihak tentera.“Saya berpandangan tidak perlu melibatkan tentera lagi buat masa ini,  kerana pendekatan polis dan tentera sangat berbeza, selagi pihak polis  boleh mengawal keadaan maka lebih baik dikekalkan.
“Di kebanyakan kawasan konflik, apabila tentera mengambil peranan,  natijahnya amat berbeza seperti apa yang berlaku di Mindanao dan selatan  Thailand termasuk Indonesia.
“Saya merasakan konflik ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan  operasi ketenteraan, tindakan pantas dan cekap oleh pihak polis terbukti  berjaya mengawal keadaan, malah jika tidak saya merasakan ada kematian  di dalam rusuhan itu,” katanya.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata  untuk mengelakkan rusuhan yang sudah berlarutan daripada menjadi tidak  terkawal, Majlis Keselamatan Negara harus mengisytiharkan perintah  berkurung.Tujuannya bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan  itu kerana langkah itu berkesan dalam menangani kejadian tersebut
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://idahsalam.blogspot.com/2018/11/rusuhan-kuil-pakar-ingatkan-pemimpin.html