Suami Selalu Sebut Nama Bff Isteri Setiap Kali Bersembang Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga


Kedua-duanya kita sayang. Suami pun kita cinta, sahabat pun kita kasih. Dengan kasih sayang serta kepercayaan yang kita berikan, siapa sangka suami rupanya berhubungan dengan teman yang kita anggap seperti ahli keluarga sendiri. Betapa remuknya rasa hati.
Melalui perkongsian suami ini, Akhtar Syamir ada berkongsi beberapa tanda yang boleh isteri perhatikan jika si suami mungkin ada menjalinkan hubungan istimewa dengan sahabat baik kita sendiri.

Saban hari kita mendengar kes suami kahwin lain. Yang paling menyedihkan apabila ianya berlaku ketika si isteri sedang sarat mengandung.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Sama-Sama Angau, Macam Zaman Bercinta. Amalkan Doa Ini]
Saya tidak mahu ulas mengenai poligami. Saya cuma mahu berikan sedikit panduan untuk mengelakkan suami dirampas wanita lain.
Fokus kita kali ini ialah “bakal madu” yang dikenali. Mula-mula sekali kita kena kesan kehadiran dia. Mata tu kena buka luas-luas. Jangan jadi pembaris sangat. Jangan mudah diperbodohkan dengan kebaikan diri sendiri.
Apabila mata sudah terbuka, semak ada atau tidak tanda-tanda kehadiran si dia.
Suami selalu sebut nama si dia. Lelaki ni ada yang terlepas, ada yang tak pandai berahsia dan ada yang sengaja beri petunjuk halus. Jika nama itu keluar berkali-kali, ambil peduli.
Anda terlalu baik dengan kawan wanita itu sampai suami anda pun jadi baik dengan dia.
Kawan anda selalu sebut nama suami anda. Sama ada memuji atau sekadar memasukkan nama di dalam percakapannya dengan anda. Ini pun ada 2 kebarangkalian, mungkin dia sedang suka dan tak pandai berahsia atau dia sengaja beri petunjuk kepada anda.

Ada mesej yang banyak dari si dia. Ini kena semak betul-betul, jangan main serbu sahaja. Jika ianya berkenaan kerja sahaja jangan dicipta benda yang tiada. Nanti elok-elok tak ada apa-apa, jadi pergaduhan pulak.
Ambil peduli jika ada kawan-kawan menegur atau memberitahu apa-apa berkenaan suami anda. Jangan telan bulat-bulat, anda orang memang sengaja nak membinasakan rumah tangga orang, tetapi ada juga kawan yang mengambil berat dan tidak sanggup untuk menutup mata mereka. Bila dah tahu, berhati-hatilah dan siasat. Jangan duduk diam je.
Kemudian kita tengok pula cara bagaimana untuk elakkan dari suami dirampas orang lain yang dikenali atau tidak dikenali. 1. Jangan rapatkan suami anda dengan kawan-kawan anda. Tidak kiralah yang sudah berkahwin atau belum. Dari tak kenal, jadi kenal. Rupanya anda yang jadi pencantum tali percintaan. Cukup sekadar suami tahu siapa kawan-kawan. Tak perlu terperinci sangat dan tak perlu sentiasa sebut. Kang sebut selalu, nama tu tersimpan pulak dalam hati suami.
2. Jangan bawa kawan perempuan ke rumah apabila suami ada. Cari masa apabila suami tiada dan minta izin terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan “cinta pandang pertama” di rumah sendiri.
3. Cantas sebelum ianya terjadi. Jika ada kemesraan yang baru berputik, potong terus. Bukan potong tu, tapi putuskan komunikasi mereka. Pantau alat komunikasi suami dan pastikan orang itu tidak lagi menghubungi suami anda.
4. Jangan jadi terlalu baik hingga orang ambil kesempatan. Mungkin niat untuk membantu kawan yang di dalam masalah. Tetapi akhirnya anda yang dilanda masalah.

5. Jangan positif tidak bertempat. Walaupun segala tanda-tanda dah di hadapan mata, anda masih berserah, positif dan tidak melakukan apa-apa. Fikirkan masa depan anda dahulu.
6. Tak perlu keluar dengan suami bawa kawan yang solo. Fokus masa dengan suami, jangan kongsi masa itu dengan orang lain. Nanti orang lain tu nak kongsi kasih, anda yang merana.
7. Cantikkan diri, jangan tuakan diri dengan tidak menjaga penampilan. Kekalkan juga kebersihan diri di tahap yang terbaik.
8. Kurangkan membebel yang melampau. Apabila pulang sahaja rumah dan disambut dengan bebelan yang tiada henti, rumah tidak lagi menjadi tempat yang tenang. Itu antara sebab kenapa suami mencari ketenangan di tempat lain. Perlu tahu perbezaan antara bercakap dan menegur dengan membebel.
Artikel Menarik: [Minta Maaf Lepas Solat Bersama. Buat Suami Isteri Sedar, Saling Memerlukan]
9. Hadkan pergaulan suami dengan adik-beradik perempuan anda. Mereka bukan adik-beradik, tidak perlu terlalu mesra. Aurat juga perlu dijaga.
10. Buang mentaliti “Buat la apa pun, kalau dia nak curang, dia akan curang jugak”. Jika anda bersikap sebegini, anda memang layak dikhianati. Pokok yang tidak dijaga pun akan mati, inikan pula hati. Kena jaga hati suami dan kekalkan fokus dia kepada anda. Ambil tahu pergerakan dia di media sosial. Ambil tahu isi kandungan telefon dia. Curiga itu tidak salah, ambil tahu itu tidak salah. Tuduhan melulu itu yang salah. Jadi, ketahui perbezaannya.
11. Jangan canang sangat kehebatan suami depan kawan-kawan. Karang, dari tak minat, terus jadi berminat. Dari tiada apa-apa, terus terbayang-bayang “kalaulah aku yang dilayan begitu oleh suami dia kan best?”. Ada juga yang sengaja nak cuba rampas kebahagiaan itu kerana nak tengok kehidupan anda musnah. Kawan pun boleh makan kawan.

12. Jangan terlebih makan budi kawan. Nanti kawan tuntut dengan suami, jenuh.
13. Orang putih kata “over confident”. Jangan yakin sangat. “Takkanlah dengan kawan aku, suami aku baik”.
14. Akhir sekali, jadilah yang terbaik buat suami semampu yang boleh. Kalau anda tidak pedulikan suami, anda seperti memberi peluang untuk orang lain rampas suami anda.
Artikel Menarik: [Selalu Sangat Bergaduh, Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk!]
Jika anda ada cara lain untuk elakkan dari dirampas ini, sila kongsi di komen.
Semoga kita semua dijauhkan dari gejala ini. Kurangkan kadar suami dirampas kawan dengan berkongsi penulisan ini.
The post Suami Selalu Sebut Nama BFF Isteri Setiap Kali Bersembang, Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-selalu-sebut-nama-bff-isteri-setiap-kali-bersembang-kita-kena-ada-sikit-rasa-curiga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kalau Nak Isteri Rajin Berhias Kenalah Sponsor Sikit

Suami Kalau Nak Isteri Rajin Berhias Kenalah Sponsor Sikit

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 479 hits
Gambar sekadar hiasanSiapa sahaja tak suka isteri cantik dan lawa bukan Namun itu bukanlah sebab utama untuk anda berkahwin Jika sudah berkahwin isteri automatik akan menjadi cantik dan akan berhias diri hanya untuk anda Tapi suami jangan n...
Bekas Kekasih Awek Cendol Kini Bergelar Suami Dua Kali Lafaz Gara Gara Tersasul Sebut Mas Kahwin Rm3

Bekas Kekasih Awek Cendol Kini Bergelar Suami Dua Kali Lafaz Gara Gara Tersasul Sebut Mas Kahwin Rm3

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1283 hits
Tular di media sosial awal tahun ini apabila video gadis manja yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik dengan kekasihnya Bekas Kekasih Awek Cendol Kini Bergelar Suami ...
Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

Selain Dapat Pahala Suami Yang Selalu Pakai Cincin Kahwin Rupanya Boleh Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 1141 hits
Biasanya lelaki akan memakai cincin kahwin ketika awal awal perkahwinan Namun selepas beberapa bulan tak ramai yang meneruskan pemakaian cincin kahwin kerana rasa kurang selesa Namun tahukah anda dengan memakai cincin kahwin rupanya boleh b...
Tak Sangka Itu Kali Terakhir Sambut Anniversary Isteri Kongsi Memori Kehilangan Suami Tercinta

Tak Sangka Itu Kali Terakhir Sambut Anniversary Isteri Kongsi Memori Kehilangan Suami Tercinta

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 354 hits
Tahun 2019 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi Terdapat memori pahit dan manis yang seseorang itu alami sepanjang tahun Ada juga yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang Begitulah seperti kisah yang dikongsikan o...
Selalu Sangat Bergaduh Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk

Selalu Sangat Bergaduh Suami Isteri Cenderung Jadi Gemuk

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 403 hits
Sesekali berselisihan faham dengan pasangan adalah normal Itulah yang menjadi kekuatan kepada sesebuah hubungann tetapi jika terlalu kerap bertengkar akan membawa keburukan dalam perhubungan dan KESIHATAN Artikel Menarik Menurut kajian pasa...
Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

Hargailah Isteri Yang Selalu Membebel Tanpa Dia Sunyilah Hidup Suami

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 427 hits
Selalunya banyak rungutan diterima oleh suami isteri suka membebel Memang betul bila isteri membebel beri rasa tak senang tapi ingat ya isteri membebel bukan saja saja Ada sebabnya Orang lelaki pun kena faham jika ada sesuatu perkara yang i...
Suami Isteri Selalu Bermanja Saling Bercinta Rahsia Kurus Paling Mudah

Suami Isteri Selalu Bermanja Saling Bercinta Rahsia Kurus Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 468 hits
Jangan segan silu untuk berkongsi kasih sayang serta memanjakan antara satu sama lain Macam mana sibuk sekali pun dengan urusan lain amat penting untuk suami isteri saling menjaga dan ambil berat akan keadaan pasangan anda carilah masa dan ...
Suami Isteri Pergilah Mengerjakan Haji Bersama Di Sana Nanti Akan Rasa Bagai Bercinta Semula

Suami Isteri Pergilah Mengerjakan Haji Bersama Di Sana Nanti Akan Rasa Bagai Bercinta Semula

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 309 hits
Gambar sekadar hiasanBagi yang belum pernah mengerjakan haji pasti tertanya tanya bagaimanakah perasaan bila berada di sana Tambahan pula andai pergi bersama suami apa pula pengalaman menarik yang sering dirasai oleh jemaah haji sepanjang b...
Punca Rezeki Suami Berkurang Dan Selalu Tak Cukup Kerana Berhutang Nafkah Dengan Isteri

Punca Rezeki Suami Berkurang Dan Selalu Tak Cukup Kerana Berhutang Nafkah Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 454 hits
Menjadi tanggungjawab suami isteri dalam menguruskan hal rumahtangga dan tidak meletakkan sesuatu beban itu kepada sebelah pihak sahaja kerana ini juga adalah salah satu punca rezeki tersekat Punca rezeki tersekat itu boleh terjadi apabila ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti