Rupanya Dah Sebulan Bayi Tak Bernyawa Hannah Delisha Sedih Trauma Lalui Pengalaman Keguguran
Pelakon, Hannah Delisha reda bila mana belum masih punya rezeki untuk menimang cahaya mata pertama selepas mengalami keguguran baru-baru ini.
Malah melalui sebuah video, Hannah berkongsi kisah kegugurannya apabila dimaklumkan janin dalam kandungan sudah tidak lagi bernyawa.
Hannah berkata kegugurannya diklasifikasikan sebagai ‘missed miscarriage’ yang berlaku ketika usia tiga bulan.
Kata Hannah, dia terkilan kerana tidak menyedari bayi yang dikandung sudah sebulan tidak bernadi sehinggalah dimaklumkan pada hari imbasan kali kedua.
“Waktu gugur itu bayi dalam kandungan saya berusia tiga bulan.
“Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit. Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage,” luahnya berkongsi cerita.
Berkongsi momen itu kata Hannah, suaminya orang yang gembira kerana teruja untuk melihat imbasan yang sedang dilakukan oleh doktor.
Suasana bertukar hiba kerana doktor memberitahu bahawa janin sudah tidak lagi bernyawa.
“Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.
“Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.
“Doktor buat kesimpulan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan. Apa membuatkan saya down, rupanya sudah sebulan bayi saya sudah tidak bernyawa,” luahnya sayu.
Tambahnya lagi, dia menerima ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT namun rasa trauma tetap segar di fikiran.
“Saya rasa kebahagiaan (hamil) only a minute kemudian bertukar ke sedih. Saya menangis bukan sebab tak terima kenyataan.
“Saya terima ketentuan Allah. Cuma sebelum ini tak pernah masuk hospital, tak pernah ditahan di wad, tak pernah jalani pembedahan.
“Kejadian itu memang membuatkan saya trauma tetapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih dan masih berpantang.
“Saya berpantang juga. Sepatutnya dua minggu tetapi bila fikir balik, ‘tak boleh ni.’ (tuntutan kerja). Saya sempat buat seminggu saja. Tetapi masih berjaga dalam pemakanan. Hari ini hari ke-11.
“Imam sangat supportive, dia ada untuk saya. Imam sedih sebab dia tengok keadaan saya. Dia tak nak tengok saya lagi dalam kondisi seperti itu.
“Saya mungkin merancang selepas ini. Tapi akan lebih berjaga-jaga sekiranya Allah memberi peluang untuk hamil lagi,” kongsinya.
Terdahulu, Hannah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah lima tahun mereka menjalin hubungan bersama.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh, Masuk Trimester Kedua, Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi
Comelnya Gaya Fatima Jadi Influencer, Buat Tutorial Make Up Pun Cute!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post “Rupanya Dah Sebulan Bayi Tak Bernyawa” Hannah Delisha Sedih, Trauma Lalui Pengalaman Keguguran! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/rupanya-dah-sebulan-bayi-tak-bernyawa-hannah-delisha-sedih-trauma-lalui-pengalaman-keguguran/