Runtuhnya Sebuah Kerajaan Faktor Faktornya Fikir Fikirkanlah 9775



LANGSUNG: Serah Dewan Rakyat tentukan Dr M jadi PM - Marzuki
Wartawan Malaysiakini Diterbitkan 24 Feb 2020, 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 12:54 pagi
Baca: Game Over 
LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung Malaysiakini

Sekian liputan kami mengenai keruntuhan kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu. Terus ikuti kami untuk perkembangan penjajaran baru politik negara esok. Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.

LANGSUNG

12.20 malam - Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya menafikan terdapat anggota parlimen atau pimpinan Bersatu yang di war-warkan keluar parti. Ini selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Bersatu tengah hari tadi. Menurut Marzuki keputusan Bersatu keluar PH dibuat sebulat suara oleh MT parti. Ketika ditanya pemberita, beliau juga menafikan kemungkinan wujudnya kerjasama Pakatan Nasional. Menjelaskan lanjut, kata Marzuki tindakan Dr Mahathir itu "menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan beliau sebagai PM Malaysia. "Tidak timbul soal Umno, PAS atau mana-mana pihak. Ini terserah MP untuk sokong Tun (Dr Mahathir Mohamad) sebagai PM," katanya.

11.40 malam: Hampir 100 penyokong Bersatu berkumpul di luar ibu pejabat parti itu sementara menunggu para pemimpin mereka yang bermesyuarat malam ini. Apabila Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman keluar dari bangunan itu, beliau dikerumuni para penyokongnya yang mula berteriak dan menolak pemberita bagi memberi laluan kepada Saddiq berjalan ke arah keretanya, yang menyebabkan sedikit keadaan sedikit kecoh. Walaupun cubaan dibuat untuk menyoal mengenai isi pertemuan malam ini, beliau mengunci mulutnya. Para penyokong memasuki lagu parti sejurus selepas dia pergi. Mereka juga melaungkan slogan "hidup Tun" sambil menanti mesyuarat berakhir. Pada suatu ketika mereka berseloroh menjeritkan "hidup PD" dipercayai merujuk kepada MP Port Dickson Anwar Ibrahim. Kira-kira setengah jam kemudian, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meninggalkan bangunan itu ketika para penyokong yang berkumpul menyanyikan lagu parti. Ketika ditanya pemberita, Muhyiddin berkata Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. 

11:30 malam - Kebanyakan pemimpin BN dan PAS telah meninggalkan Cafe Riverside di PWTC. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula beredar tanpa dapat dikesan. MP Umno dari Kuala Krau Umno, Ismail Said membayangkan terdapat arahan untuk pergi ke Istana Negara esok. "Kami datang (malam ini) untuk berbincang. Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman hints the same. "Kalau kami dapat arahan, kami akan pergi," katanya kepada media. Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkata demikian. "Mungkin," katanya ringkas ketika ditanya sekiranya MP Umno akan pergi ke istana negara. "Bukan sahaja (MP) Umno," katanya. Sementara itu, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata beliau menghadiri mesyuarat malam ini untuk mengikuti perkembangan politik. "Saya hanya boleh mengesahkan saya di sini untuk memantau apa yang sebenarnya berlaku. Kita tidak tahu. Keadaan ini sangat tak boleh dijangka [...] "Sekiranya diadakan pilihan raya, kami bersedia untuk itu," katanya. 

Baca: Ahli Politik Melayu

11.25 malam: Majlis Tertinggi Bersatu yang bermesyuarat malam ini menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti, menurut sumber. Mereka juga memutuskan untuk menyokong sepenuhnya Mahathir sebagai perdana menteri, dan untuk para anggota parlimen untuk menyuarakan sokongan itu apabila bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong esok. Difahamkan mereka tidak membincangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim. Ketika ditemui selepas mesyuarat itu, anggota MT Bersatu Rafiq Naizamohideen mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir ditolak, dan para pemimpin parti akan bertemu dengan perdana menteri interim esok. "Esok pagi, akan ada pertemuan peribadi antara majlis tertinggi dan Tun di rumahnya ... Kami akan cuba mengaturnya," katanya. Katanya, Bersatu mahu Mahathir terus memimpin parti dan negara ke tahap yang lebih gemilang. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan mengapa perdana menteri interim meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu. "Itu sangat peribadi, kami tidak boleh mendedahkannya," jelas Rafiq.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990

Baca: Special Bulan Rejab.

LANGSUNG: Hadi beredar dari PWTC

Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:54 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:57 malam
LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG
10:10 malam: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikawal unit keselamatan ketika meninggalkan Riverside Cafe, PWTC di Kuala Lumpur. "Mari kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya," kata beliau ringkas ketika didekati pemberita. Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz juga dilihat meninggalkan tempat itu. Beliau juga enggan mengulas tujuan pertemuan dengan pemimpin Umno malam ini. Bekas presiden Umno Naib Razak juga muncul kemudiannya. Beliau cuma tersenyum lebar apabila dihujani soalan daripada pemberita. "Saya tidak akan beri sebarang kenyataan hari ini," kata bekas perdana menteri itu. Timbalan presiden MIC M Saravanan ketika hendak beredar juga ditanya tujuan kehadirannya malam ini. "Kami serahkan kepada presiden BN (untuk mengumumkan) "Kami hanya bersiap sedia untuk esok," katanya. Tajuddin menolak untuk menjawab soalan pemberita apabila ditanya berhubung pertemuan malam ini. 
Media tidak dibenarkan masuk ke dalam restoran yang menjadi tempat pertemuan itu diadakan. Pengawal peribadi dan anggota keselamatan dilihat menjaga pintu masuk.
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990

Paling kurang 3 negeri PH boleh runtuh
News  |  Diterbitkan 24 Feb 2020, 8:26 malam  |  Dikemaskini 24 Feb 2020, 9:16 malam


Sekurang-kurangnya tiga kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan akan runtuh apabila mengambil kira gabungan baru yang dipimpin MP Gombak Azmin Ali melibatkan anggota parlimen daripada PKR, Bersatu, BN, PAS, Warisan dan GPS
Kerajaan negeri yang berisiko ialah Perak, Melaka dan Kedah
Johor juga bakal menyaksikan DUN tergantung
Kerajaan pimpinan Warisan akan mengekalkan Sabah tetapi DAP dan PKR akan disingkir daripada gabungan kerajaan negeri
Iklan
Bagaimanapun, Pakatan Harapan mungkin akan mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor
Di Perak, pada masa ini, PH mempunyai 30 kerusi, terdiri daripada 18 DAP, enam Amanah, empat PKR dan dua Bersatu
Pada ketika ini, pembangkang mempunyai 28 kerusi, 25 daripada Umno dan tiga PAS serta terdapat juga seorang Adun bebas
Apabila sokongan Bersatu beralih daripada PH, maka Umno, PAS dan Bersatu akan secara kolektif mengawal 30 kerusi daripada 58 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak sehingga membentuk kerajaan baru dengan majoriti dua kerusi
DUN Johor boleh tergantungDi Melaka pula, PH mempunyai 15 Adun yang terdiri daripada lapan wakil DAP, tiga wakil PKR dan dua lagi Bersatu dan Amanah
Pembangkang di negeri ini memiliki 13 kerusi DUN, semuanya daripada Umno
Sekiranya Adun Bersatu menukar sokongannya, keadaan akan sama dengan Perak, di mana Umno dan Bersatu boleh membentuk kerajaan majoriti dua kerusi kerana gabungan itu bakal mengawal 15 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri
Di Kedah, gabungan PH sekarang mempunyai 19 kerusi DUN yang terdiri daripada tujuh wakil PKR, enam wakil Bersatu, empat wakil Amanah dan dua wakil DAP
Ini berlawanan dengan pembangkang yang mempunyai 17 kerusi, terdiri daripada 15 wakil PAS dan dua wakil Umno
Bagaimanapun, jika Bersatu menukar sokongannya, pakatan baru itu akan mengawal 23 daripada 36 kerusi DUN, cuma satu kerusi saja lagi bagi mencapai majoriti dua pertiga
Sementara itu, di Johor, situasi DUN boleh tergantung
Pada masa ini, PH mempunyai 39 kerusi daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor yang terdiri daripada 14 wakil DAP, 11 wakil Bersatu, sembilan wakil Amanah dan lima wakil PKR
Pembangkang mempunyai 17 kerusi yang terdiri daripada 14 wakil Umno, dua wakil MIC dan satu wakil PAS
Peralihan sokongan Bersatu boleh menyebabkan kedua-dua PH dan gabungan baru tersebut menguasai 28 kerusi masing-masing, membawa kepada DUN yang digantung
Tidak jelas jika MP Gombak Azmin Ali mendapat sokongan daripada lima Adun PKR di Johor. Beliau cuma memerlukan seorang sahaja Adun PKR untuk berpaling tadah dan kerajaan negeri akan runtuh

Di Negeri Sembilan, PH berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana Bersatu tidak menyumbang mana-mana 20 kerusi yang dikuasainya dalam DUN
Wakil PH di negeri itu terdiri daripada 11 kerusi DAP, enam wakil PKR dan tiga wakil Amanah
Pembangkang mempunyai 16 kerusi dengan 15 wakil Umno, manakala satu wakil MIC
Bagaimanapun, sama seperti situasi di Johor, kelangsungan kerajaan PH di Negeri Sembilan juga bergantung terhadap Adun PKR supaya tidak berpaling tadah kepada Azmin
Tiga Adun berpaling tadah akan mencukupi untuk meruntuhkan kerajaan PH di Negeri Sembilan
Di Selangor, pangkalan kuasa PKR, PH menguasai 50 daripada 56 kerusi DUN
Gabungan parti pemerintah negeri ini terdiri daripada PKR dengan 21 kerusi, 16 wakil DAP, lapan wakil Amanah dan lima wakil Bersatu
Terdapat enam kerusi pembangkang yang terdiri daripada lima wakil Umno dan satu wakil PAS

Kerajaan PH di Selangor agak selamat walaupun Bersatu mengalih sokongannya. Jika gabungan Umno-PAS-Bersatu tersebut dibentuk di negeri itu, ia cuma dapat mengawal 11 daripada 56 kerusi
Malah jika sejumlah besar Adun PKR yang menyokong Azmin berpaling tadah sekalipun, gabungan itu mungkin dapat bertahan di Selangor
Ini kerana DAP dan Amanah sudah mengawal hampir 43 peratus daripada kerusi DUN dan hanya memerlukan lima Adun PKR untuk mengekalkan kerajaan negeri
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkemungkinan dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya lima orang Adun yang setia kepada daripada wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor
Sumber parti juga membayangkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari, sekutu Azmin, belum lagi berhasrat untuk meninggalkan PH buat masa ini
Tak semua Adun PKR sejajar Azmin Di Pulau Pinang, kerajaan negeri PH kekal dalam kedudukan yang selesa tanpa mengira jika gabungan baru dibentuk
Ini kerana DAP dan Amanah sahaja mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri
Oleh itu walaupun semua anggota PKR berpaling tadah, tidak banyak perubahan yang berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mungkin berlaku kerana tidak semua Adun PKR sejajar dengan gabungan pimpinan Azmin
Pada masa ini, gabungan parti pemerintah di negeri itu mempunyai 37 kerusi, terdiri daripada 19 Adun DAP, 14 wakil PKR, dua wakil Amanah dan dua wakil Bersatu
Pembangkang mempunyai tiga kerusi DUN, iaitu dua daripada Umno dan satu wakil PAS
Di Sabah, kerajaan negeri diketuai oleh Warisan dan PH cuma sekadar rakan kongsi kecil

Oleh itu jika Warisan menyertai gabungan baru, apa yang perlu dilakukannya adalah dengan menyingkirkan PH daripada kerajaan negeri dan meneruskan urusan pentadbiran seperti biasa
Gabungan parti pemerintah di negeri itu sekarang menguasai 52 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri
Mereka terdiri daripada 31 Adun Warisan, sembilan wakil Bersatu, enam wakil DAP, empat wakil Upko dan dua wakil PKR
Pembangkang mempunyai tujuh Adun, terdiri daripada empat wakil GBS dan tiga wakil Star
Ini tidak termasuk lima Adun yang dilantik, satu ciri unik Dewan Undangan Negeri Sabah
Warisan sahaja dengan bersendirian mempunyai wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dan memilih mana-mana rakan kongsi mengikut budi bicara parti itu
Imbangan kuasa dalam DUN selepas Bersatu keluar Harapan
PERAK (Majoriti = 30)
Property overhang in Malaysia in Q2 2019Johor has the most unsold completed units at 6,195 units. The value of unsold properties in Johor is also the highest, at RM4.7 billion.
Harapan
Umno + PAS + Bersatu + Bebas
0
5
10
15
20
25
30
28
29
2
seats
DAP + PKR + Amanah
Umno + PAS + Independent
Bersatu

MELAKA (Majoriti = 15)

Property overhang in Malaysia in Q2 2019Johor has the most unsold completed units at 6,195 units. The value of unsold properties in Johor is also the highest, at RM4.7 billion.
Harapan
Umno + Bersatu
0
2
4
6
8
10
12
14
13
13
2
seats
DAP + Amanah + PKR
Umno
Bersatu

KEDAH (Majoriti = 14)
Property overhang in Malaysia in Q2 2019Johor has the most unsold completed units at 6,195 units. The value of unsold properties in Johor is also the highest, at RM4.7 billion.
Harapan
Umno + PAS + Bersatu
0
2
4
6
8
10
12
14
13
8
6
seats
DAP + PKR + Amanah
Umno + PAS
Bersatu


JOHOR (Majoriti = 29)
Property overhang in Malaysia in Q2 2019Johor has the most unsold completed units at 6,195 units. The value of unsold properties in Johor is also the highest, at RM4.7 billion.
Harapan
Umno + PAS + Bersatu + MIC
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
22
24
26
28
28
17
11
seats
DAP + PKR + Amanah
Umno + PAS + MIC
Bersatu

[Baca berita asal]

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512088

Luah kemarahan pada MP paling tadah - NGO
News  |  Diterbitkan 24 Feb 2020, 6:53 petang  |  Dikemaskini 24 Feb 2020, 6:53 petang
Kumpulan masyarakat sivil menggesa orang ramai menyuarakan kemarahan kepada anggota parlimen yang telah mengkhianati undi rakyat dengan berpaling tadahDalam satu kenyataan bersama, mereka berkata "semua anggota parlimen PH yang menang atas tiket PH tetapi telah menukar ikatan parti meletak jawatan dengan serta-merta kerana mereka tidak lagi menikmati mandat rakyat."Mereka menjelaskan jika MP berkenaan gagal berbuat demikian, maka parlimen perlu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum baru diadakan
Mereka juga "memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk memperkenankan pembubaran.""Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk meluahkan kemarahan dan kehampaan dan, bersama-sama dengan masyarakat sivil, menyuarakan kedua-dua tuntutan di atas terhadap pengkhianatan dan penguguran mandat yang diberikan kepada Kerajaan PH
"Malaysia boleh meluahkan suara mereka melalui media sosial, surat kepada ahli-ahli parlimen mereka dan mengorganisasikan perhimpunan aman di mana jua mereka berada
"Pembentukan sebarang kerajaan pintu belakang tidak boleh ditoleransi langsung dan tidak akan berlaku tanpa bantahan awam
"Bersih 2.0, sebagai penganjur utama kenyataan ini, akan menganjurkan Bersih 6 jika kedua-dua tuntutan kami di atas tidak dipenuhi," kata mereka lagi
Kenyataan itu ditandatangani 34 pertubuhan, termasuk Bersih, Suaram dan Amnesty International Malaysia
Kenyataan gabungan NGO ini mengulas tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya yang mempunyai 26 MP keluar daripada PH dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengaturkan 11 MP PKR untuk berpaling tadah

Semalam, Muhyiddin, Azmin, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden GPS Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran baru
Bagaimanapun, Azmin mendedahkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan
Dr Mahathir Mohamad kelihatan tidak merestui langkah itu dan meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu
Kumpulan masyarakat sivil itu pada hari ini turut berkata, sebarang percubaan untuk membentuk "kerajaan pintu belakang" adalah tidak demokratik
"Kami memandang percubaan untuk membentuk sebuah kerajaan pintu belakang sebagai tindakan yang melanggar demokrasi dan mengkhianati pengundi yang telah memangkah untuk perubahan
"Rakyat telah memilih Pakatan Harapan dan parti-parti sepakatnya atas janji-janji dan dasar-dasar dalam manifesto masing-masing
"Penyusunan semula komponen-komponen gabungan pemerintah di pertengahan penggal melalui lompat gabungan dan parti telah menggagalkan manifesto pilihan raya PH, iaitu Buku Harapan
"Sebagai pengundi, kami berasa amat jelik dengan percaturan oleh ahli-ahli parlimen dalam gabungan pemerintah dan pembangkang yang melanggar norma demokrasi dalam politik parti yang bertanggungjawab," tegas kenyataan itu
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512077

Tok Mat teringat pesanan Gus Dur
News  |  Diterbitkan 24 Feb 2020, 8:16 malam  |  Dikemaskini 24 Feb 2020, 8:16 malam

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyuarakan pandangannya yang tersendiri terhadap perkembangan politik negara masa kini
Katanya, dalam keadaan sekarang, dia teringat pada pesanan yang pernah diberikan presiden Indonesia keempat, Gus Dur- atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid
“Yang lebih penting dari politik dan segalanya, adalah kemanusiaan,” kongsinya di Facebooknya
Kata Adun Rantau itu, perkembangan yang berlaku beberapa hari lalu mendatangkan dampak yang besar kepada Malaysia
“Dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, semoga pemenangnya adalah rakyat, tanah air kita Malaysia dan demokrasi,” kongsinya lagi


Kerajaan PH tumbang selepas Bersatu dan 11 ahli parlimen PKR termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali meninggalkan gabungan itu
Bermula daripada “perjumpaan khas” oleh Bersatu dan sebahagian pemimpin PKR yang menyebelahi Mohamed Azmin Ali semalam, khabar angin yang sudah lama bertiup, semakin kencang bahawa gerakan untuk menukar kerajaan sudah hampir pasti berlaku
Kemuncaknya semalam, apabila anggota-anggota parlimen dari Bersatu, BN, PAS dan PKR dari kem Azmin, bertemu dalam satu majlis makan malam di Hotel Sheraton, menguatkan lagi spekulasi itu
Setelah beberapa kumpulan pemimpin politik keluar masuk ke Istana Negara semalam dan hari ini, Dr Mahathir Mohamad pula secara mengejut meletakkan jawatannya selaku perdana menteri dan pengerusi Bersatu
Anwar menafikan penglibatan Mahathir dalam menjatuhkan PH dan mendakwa Dr Mahathir meletakkan jawatan kerana kecewa dikaitkan akan bekerjasama dengan "perasuah"
Pada masa sama DAP dan Amanah pula menyatakan sokongan agar Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri setelah melakukan pertemuan dengannya di kediamannya hari ini
Mengulas lanjut mengenai situasi yang berlaku dalam dua hari ini, Mohamad berpesan pada rakan-rakan politiknya, bahawa mempunyai cita-cita dan aspirasi politik itu wajar, selagi seseorang ahli politik itu “pandai menginsafi” batasan etika dan nilai
“Semoga Allah SWT memelihara dan memberikan kesejukan kepada bangsa dan negara ini
“Sesungguhnya kekuasaan penuh berada dalam ketentuan Allah SWT jua. Dialah yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mencabut kekuasaan daripada sesiapa yang kehendaki-Nya,” kongsinya lagi
Dalam perkembangan terkini, berdasarkan kenyataan terbaru daripada Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima pelantikan Dr Mahathir selaku perdana menteri interim sementara menunggu perdana menteri baru dilantik mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512086

Pelantikan menteri dibatalkan - KSN
News  |  Diterbitkan 24 Feb 2020, 9:38 malam  |  Dikemaskini 24 Feb 2020, 9:53 malam

Ketua Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH
"(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri.""Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," kata beliau pada suatu kenyataan hari ini
Terdahulu, Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim
Ini selepas Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Katanya, pelantikan itu sementara menunggu seorang perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Sementara itu, menurut sumber yang rapat dengan isu perlembagaaan berkata, Seri Paduka mungkin mengambil masa sehingga 10 hari untuk menentukan pihak mana yang mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru
Hari ini, Dr Mahathir membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu
Beliau dikatakan berbuat demikian kerana tidak merestui tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan partinya yang mempunyai 26 MP keluar daripada PH dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengaturkan 11 MP PKR untuk berpaling tadah
Semalam, Muhyiddin, Azmin, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden GPS Abang Johari Openg dan Presiden Warisan Shafie Apdal telah bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan campuran baru
Bagaimanapun, Azmin mendedahkan baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan
Pagi tadi, pemimpin PH, selepas pertemuan dengan Mahathir mendakwa perdana menteri kecewa dengan gabungan baru itu kerana dirinya tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Bagaimanapun, Mahathir belum menjelaskan perkara itu secara terbuka dengan mengadakan sidang media
Peletakan jawatan Mahathir mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini beliau berkali-kali mangatakan bahawa beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selesai Malaysia menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Apec November ini
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512089

Antara rahsia Allah Subhanahu Wa Ta'ala
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=613662712816164&id=100025173215240

Al Quran
Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/runtuhnya-sebuah-kerajaan-faktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Agong Mempertimbangkan Gabungan Politik Tubuh Kerajaan Baharu Tun M Sumber

Terkini Agong Mempertimbangkan Gabungan Politik Tubuh Kerajaan Baharu Tun M Sumber

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 629 hits
KUALA LUMPUR 23 Feb 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah masih mempertimbangkan perkenan dengan pelan gabungan parti politik baharu dan senarai pentadbiran baharu yang diusulkan oleh YAB Perdana ...
Kerajaan Pintu Belakang Ph Gagalkan Ph

Kerajaan Pintu Belakang Ph Gagalkan Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 327 hits
Lanskap politik negara dijangka mengalami perubahan yang besar dengan suhu politik semakin memanas Saya ingin menyentuh ringkas kononnya bakal tercetus kerajaan pintu belakang yang membawa konotasi pengkhianatan terhadap mandat yang diberi ...
Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1398 hits
PETALING JAYA Penyusunan semula politik yang melibatkan pembentukan sebuah kerajaan baru dijangka berlaku tidak lama lagi berikutan sokongan lebih banyak kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Tun Dr Mahathir Mohamad Difahamkan bahawa bilanga...
Mufti Titip Doa Ketika Desas Desus Pertukaran Kerajaan

Mufti Titip Doa Ketika Desas Desus Pertukaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 504 hits
MALAYSIAKINI Ketika pelbagai spekulasi dan kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan persekutuan serta pensejajaran baru parti politik Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad menitipkan doa khusus buat Malaysia Me...
Kerajaan Baru Penyokong Anwar Adakan Majlis Salat Hajat Doa Selamat

Kerajaan Baru Penyokong Anwar Adakan Majlis Salat Hajat Doa Selamat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 407 hits
Penyokong Anwar pada majlis salat hajat bacaan Yasin dan doa selamat di kediamannya di Segambut malam di sebalik cakap cakap mengenai pembentukan kerajaan baru KUALA LUMPUR Di sebalik desas desus akan berlakunya rombakan besar Kabinet dan p...
Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 307 hits
Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Mahathir biar pun diberi masa hampir dua tahun tetapi tidak mahu melaksanakan reformasi menyeluruh sebagaimana dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Hal ini kerana kerajaan yang dipimpinnya...
Tmj Boleh Istihar Join Politik Dan Ketuai Kerajaan Baru

Tmj Boleh Istihar Join Politik Dan Ketuai Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 417 hits
Satu langkah yang lebih kehadapan Tun lepas jawatan Pengerusi Bersatu
Kerajaan Sementara Mungkin Dibentuk Ag

Kerajaan Sementara Mungkin Dibentuk Ag

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 443 hits
MALAYSIAKINI Pejabat Peguam Negara dijangka mengeluarkan butiran mengenai kerajaan sementara di tengah tengah kegalauan politik ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan Ya saya sedang sediakan kenyataan media Berkenaan kandungan sila tungg...
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 573 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya