Kerajaan Baru Penyokong Anwar Adakan Majlis Salat Hajat Doa Selamat



Faiz Zainudin
Penyokong Anwar pada majlis salat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di kediamannya di Segambut malam di sebalik cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan baru.
KUALA LUMPUR: Di sebalik desas-desus akan berlakunya rombakan besar Kabinet dan penjajaran baru politik tersebar luas, presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama kumpulan penyokongnya mengadakan majlis salat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bermula selepas maghrib di kediamannya di Segambut, di sini.

Sebelum majlis bermula petang tadi, beberapa pemimpin kanan PKR dilihat hadir, antaranya setiausaha agung, Saifuddin Nasution Ismail; pengarah komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Nik Nazmi Nik Ahmad, Lee Boon Chye, Dr Xavier Jayakumar, Abdullah Sani, Wong Cheng.Mereka kemudian keluar meninggalkan kediaman Anwar kira-kira jam 6 petang.

Sementara itu, seorang penyokong Anwar ketika ditemui berkata, majlis salat hajat dan doa selamat itu diadakan setiap minggu, dan bukanlah sesuatu yang baru.

“Majlis macam ini ada setiap minggu pada hari Ahad. Cuma malam ini rasa lain macam sebab macam-macam cerita kita dengar. Kata nak tukar kerajaan dan sebagainya,” kata beliau yang mahu dikenali sebagai Razak.

Hadir sama ialah, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, seorang lagi penyokong Anwar berkata, beberapa pemimpin PKR yang menyokong Anwar dikatakan akan mengadakan mesyuarat kira-kira jam 11 malam ini.

“Malam nanti saya difahamkan, mereka akan buat mesyuarat, saya tak boleh cerita lebih,” katanya yang enggan dinamakan.

FMT bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan perkara itu dan sedang mendapatkan pengesahan daripada pimpinan PKR.

Lebih 100 penyokong Anwar hadir pada majlis itu.

Pihak media yang berkumpul di pekarangan kediaman tersebut sejak jam 3 petang tidak dibenarkan masuk dan diminta menunggu di luar.

“Malam ini tiada sidang media daripada Anwar,” kata seorang pembantu beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memaklumkan tentang perubahan dalam kerajaan gabungan pimpinan beliau.

Berpuluh-puluh kenderaan yang diringi kawalan polis dilihat memasuki pekarangan istana di sini sejak jam 5.30 petang, sementara pemberita berkumpul di luar pintu utama.

Ini merupakan kunjungan kali kedua Mahathir ke Istana Negara bagi memaklumkan tentang perubahan kerajaan persekutuan selepas beliau menunggu beberapa jam pada Mei 2018 untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.

Dalam pada itu, di ibu pejabat Umno di PWTC, FMT difahamkan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk pergi ke istana.

Sejak awal pagi, Lembah Klang ‘sibuk’ dengan cakap-cakap bahawa Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menendang keluar DAP daripada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya merampas kuasa kerajaan berikutan kemenangan bersejarah gabungan politik itu pada pilihan raya umum Mei 2018.

Pagi ini pemimpin tertinggi PPBM mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Yayasan Selangor, Petaling Jaya, sementara penyokong timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat berasingan di hotel Sheraton yang berdekatan.

Perubahan politik di Putrajaya akan menamatkan penglibatan DAP dalam kerajaan persekutuan, sementara parti berteraskan orang Melayu dijangka memainkan peranan dominan dalam gabungan baru politik yang bakal muncul.

Ketegangan semakin memuncak dalam Pakatan Harapan (PH) ketika PKR, DAP, dan Amanah terus menekan Mahathir supaya menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Perkembangan hari ini berlaku kurang 48 jam selepas sidang media pada tengah malam Jumaat, yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan bahawa beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi dia mahu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kerajaan-baru-penyokong-anwar-adakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sakj Ibnu Sina

Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sakj Ibnu Sina

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 413 hits
Ambik gambar sekeping dua je masa majlis pada 20 2 2020 yang lalu Segan pulaks Alhamdulillah syukur yang amat sangat Sekolah yang kami bina bermula dari belukar kecil dan gaung Akhirnya telah selamat digunakan Tetamu semua makan dalam dulan...
Majlis Akad Nikah Tasha Shila Atiq Dengan Sekali Lafaz Tasha Jadi Isteri Selamat Pengantin Baru

Majlis Akad Nikah Tasha Shila Atiq Dengan Sekali Lafaz Tasha Jadi Isteri Selamat Pengantin Baru

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 1513 hits
Dengan sekali lafaz pelakon Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris seorang pakar kewangan pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jam 10 pagi di tanggal 27 Febuari https instagram co...
Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 564 hits
Ambillah peluang ini dalam situasi sekarang secara sah daripada sebok tuding sana sini PRU14 PH menang jadi kerajaan atas FAKTOR Anwar Buktikanlah sekarang Kemaskini Tindakan Anwar Wan Azizah Matsabu dan limguaeng ke PMO pagi ini sangat tep...
Ummah Selangor Menyokong Kerajaan Baru Yang Sejahtera

Ummah Selangor Menyokong Kerajaan Baru Yang Sejahtera

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 368 hits
1 UMMAH Selangor mengucapkan tahniah diatas perlantikan semula Tun Dr Mahadir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia2 Ia seiring dengan sokongan yang diberikan oleh UMMAH Pusat kepada Tun Dr Mahadir Mohamad3 Kami amat mengharapkan pembent...
Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 654 hits
ZIKRI KAMARULZAMAN Umno Johor yakin akan ada kerajaan negeri yang baru susulan pembelotan oleh pemimpin dan wakil rakyat PKR Dengan keputusan Bersatu yang bertindak keluar dari Pakatan Harapan jumlah kerusi dewan undangan negeri kini tergan...
Dun Melaka Serahkan Kepada Rakyat Untuk Tentukan Kerajaan Baru

Dun Melaka Serahkan Kepada Rakyat Untuk Tentukan Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 337 hits
PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu Walaupun tempoh itu singkat saya telah berusaha memberikan yang ...
Doa Apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baru

Doa Apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baru

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 308 hits
Maksudnya Sekiranya rosak semoga Allah menggantikannya Maksudnya Pakailah pakaian baru baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid
Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

Annuar Musa Jawab Kenapa Umno Sokong Kerajaan Gabungan Baru Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 611 hits
Kita ada pilihan sama ada nak membakarnya atau hulur tangan bina baru TS Anuar MusaBaca dan fahamkan mengapa Umno bertindak menyokong Tun M dibawah TS SAnnuarMusa Segalanya bermula dari dlm PH sendiri Apabila kami di beri bayangan 14 15 Ahl...
Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1396 hits
SOURCE appeared first on Berita terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020 selepas Tun Mahathir jumpa Ahong Sebenarnya apa yang berlaku dikala tampak tenang di Malaysia pada hujung minggu yang lalu rakyat Malaysia sibuk dengan keluarga masing masi...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025