Rumah Baru Beli Banyak Rosak Ini 10 Benda Anda Wajib Buat


Rumah Baru Beli Banyak Rosak, Ini 10 Benda Anda Wajib Buat
Memiliki rumah merupakan impian setiap orang, terutama sekali buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Ia merupakan perkara asas bagi memastikan kita mempunyai tempat berteduh dan berehat.
Namun harga rumah bukannya murah, ia boleh mencecah sehingga ratusan ribu. Untuk membeli sebuah rumah ini, kita perlu membuat pinjaman dengan pihak bank dan perlu membayarnya puluhan tahun. Namun jika rumah yang baru dibeli mempunyai kerosakan pasti kita berasa marah dan tidak berpuas hati.
Siapa yang perlu bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara sebegini dan apa yang perlu anda lakukan?
Justeru, SK ingin berkongsi 10 langkah yang perlu dibuat bagi menyelesaikan perkara tersebut. Ikuti perkongsian peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor di bawah ini.
10 Langkah Yang Perlu Dibuat Pasti ramai yang seronok bila terima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu kini akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki.
Tetapi masuk sahaja dalam rumah, anda dapati terlalu banyak kerosakan dan kecacatan pada rumah tersebut. Tidak seperti yang anda harapkan.
Jika anda menghadapi masalah tersebut diatas, apakah yang patut anda lakukan?
Disini saya kongsikan apakah yang patut anda lakukan apabila mendapati rumah baru anda banyak rosak.
Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.
Ertinya, dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, untuk membaiki segala kerosakan tersebut.
Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar telefon pejabat Pemaju begitu sahaja? Kalau Pemaju lambat atau enggan baiki, macam mana cara yang patut anda buat? Sila Ikuti Cara Ini:
1.Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kepada Peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.
2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemaju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam..
3. Beri tempoh 30 HARI kepada Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.
4. Sekiranya Pemaju tidak baiki kerosakan dalam tempoh 30 HARI, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.
5. Dapatkan sebut harga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos baiki kerosakan tersebut.
6. Serahkan secara rasmi sebut harga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC sebut harga tersebut kepada Peguam dan beri peluang lagi kepada Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.
7. Jika Pemaju masih tidak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.
8. Selepas sudah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada Peguam.
9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh Peguam.
10. Kalau Pemaju dan Peguam tidak beri kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.
Walaupun semua perkara yang disebut diatas dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli, saya percaya masih ramai pembeli diluar sana yang belum mengetahui tentang hak mereka.
Sumber: Salkhukhairi Abd Sukor
BACA: KTMB Sahkan Insiden Komuter Terlajak Di Platform 4 Stesen Butterworth
BACA: Siri Animasi Cherita Angkat Penyu Terengganu Jadi Wira
The post Rumah Baru Beli Banyak Rosak, Ini 10 Benda Anda Wajib Buat appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/08/rumah-baru-beli-banyak-rosak-ini-10-benda-anda-wajib-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap

Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 117 hits
Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap Di Malaysia penghawa dingin atau aircond sudah menjadi satu keperluan di kebanyakan rumah Jika dulu ia dianggap sebagai kemewahan sekarang boleh dikatakan hampir seti...
Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 144 hits
Apabila sudah menginjak dunia pekerjaan antara persoalan popular yang kerap kali timbul adalah mana yang lebih bagus Beli rumah atau sewa rumah Bagi yang belum berkahwin jawapan untuk persoalan ini mungkin lebih mudah kerana sudah semestiny...
Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 197 hits
Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama Cara Bijak Miliki Rumah Impian Ramai rakyat Malaysia impikan rumah sendiri tapi tak tahu bagaimana nak mula Tahun 2025 bakal jadi tahun penting bagi pembeli rumah pertama dengan pelbagai skim kerajaan kada...
Lebih 60 Rumah Rosak 13 Kejadian Pokok Tumbang Berlaku Sekitar Bandaraya Kuantan Akibat Ribut Melanda Malam Tadi

Lebih 60 Rumah Rosak 13 Kejadian Pokok Tumbang Berlaku Sekitar Bandaraya Kuantan Akibat Ribut Melanda Malam Tadi

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 65 hits
KUANTAN Lebih 60 rumah rosak dan 13 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini susulan ribut yang melanda malam tadi Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Kuantan Mejar Zahidi Zainudin berkata ribut yang berlaku sekitar...
Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 148 hits
Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu Powerbank kini menjadi keperluan harian bagi pengguna telefon pintar terutamanya ketika travel kerja luar atau menghadapi gangguan elektrik Namun tak semua powerbank adala...
Cara Beli Motor Secondhand Tanpa Rugi Panduan Lengkap 2025

Cara Beli Motor Secondhand Tanpa Rugi Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 179 hits
Cara Beli Motor Secondhand Tanpa Rugi Panduan Lengkap 2025 Ramai penunggang baru atau penggemar motor di Malaysia lebih suka motor secondhand kerana harganya jauh lebih murah dan mudah dimiliki Tapi sayangnya ramai juga yang terkena beli mo...
Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah

Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 127 hits
Wanita Ditemui Maut Di Parkir Pusat Beli Belah KUCHING 30 Okt Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20 an ditemui maut di dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di sini semalam Ketua Polis Daerah ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat