Ini Salah Satu Sebab Doa Susah Nak Makbul
Ini salah satu sebab doa susah nak makbul | Assalamualikum dan salam sejahtera. Mesti ada di antara kita yang selalu memanjatkan doa kepada yang maha esa. Tak kisahlah apa pun doanya. Dan pasti ada daripada kita yang selalu tertanya-tanya, aku ni solat tak tinggal, doa tu selalu, tapi Kenapa Doa Tak Makbul juga? Apa Sebab Doa Tidak Makbul ni?
Aku bukanlah pakar ugama. Tapi baru baru ini, alhamdulilah, digerakkan Allah untuk tengok 1 video dekat youtube. Tajuk ceramah ustaz itu adalah apakah Punca Doa Tidak Makbul? Banyak juga yang dikupas cumanya aku tertarik dengan 1 point daripada ustaz ni. Kiranya terkesan jugalah sebab selalu juga buat benda tu.
Sebab Sebab Doa Tidak Makbul.
Kita ni dah elok dah solat tak tinggal. Berdoa selalu. Itu bagus tu. Tapi kenapa Allah tak juga makbulkan doa kita. Allah tak sayang kita ke? Atau doa aku ni terlalu besar? Bukan, bukan macam tu. Allah sayang semua hamba hambanya. Dan tiada apa yang mustahil bagi Allah. Dia tuhan sekalian alam.
Oklah, Mengapa Doa Tidak Makbul? Yang pertama sekali, cuba tengok diri kita. Penampilan kita, pergaulan kita, dan tutur kata kita. Semua ok ke? Atau kita rasa ok walhal tak ok sebenarnya? Ha, benda inilah yang selalu buat kita terlepas pandang.
Di antara Punca Doa Tidak Makbul adalah Bahasa/perkataan yang kita guna atau keluarkan setiap hari atau masa. Cuba tengok balik, dalam 1 hari tu, kita ada cakap yang buruk pasal orang lain tak? Kita ada menuduh orang lain tanpa ada bukti yang kukuh tak? Atau sepanjang hari kita mengata yang tidak elok pasal orang lain?
Kata ustaz, ketahuilah di antara sebab Kenapa Doa Tidak Makbul adalah kerana hitamnya hati kita ni. Hitamnya datang daripada mulut kita yang kerap/selalu berkata yang tidak elok tentang orang lain. Makin banyak yang kita cakapkan, makin hitamlah hati kita ni.
Kalau hati dah hitam, macamana doa nak mudah makbul kan? Cuba bayangkan, dah berapa lama kita hidup, pasti dah macam-macam benda kita kata kat orang kan? Allahurabbi.
Jadi bermula hari ini, jom kita sama sama beringat. Berhentilah berkata yang tidak elok pada orang lain. Rugi sebenarnya ruang dalam otak kita jika kita habiskan banyak masa dengan berkata pasal orang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2019/10/sebab-doa-susah-nak-makbul.html