Cerita Syahdu Pengalaman Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam




Nama saya  Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu. Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya

Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu. 
Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam

Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya

Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…
Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya…
Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan

Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”
Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya  baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya

Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala. Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya. 
Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita jahil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT. 
Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan. 
Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya garang

Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya. 
Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis. Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya. 
Saya dipukul dengan sangat teruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya

Saya kata, “Tak boleh bang.”
Dia kata, “Kenapa tak boleh?”
“Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. Mati hidup saya dengan Islam.”
“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!”
“Kenapa marah saya masuk Islam.”
“Kerana Islam tak betul.”
Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.”
“Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”
“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”
“Oh kau menjawab ye….”  Dia terus pukul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang tajam

Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang. Kepala saya terkoyak. Darah laju mengalir. Saya kena 6-7 jahitan

Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody…. 
Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita. Betul dak

Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak minta maaf.”
Mak kata, “Kenapa?” 
“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”
Mak kata, takpe, takpe. 
Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”
Mak kata,  “Kenapa?”
Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita  semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.” 
Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya. 
“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.” 
Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.” 
Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”
Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.” 
“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”
Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”
Mak kata, “Jangan la hari ini.”
Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”
Hari yang sama saya Islamkan mak saya. 
Mak masuk Islam bulan tiga (Mac).  Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meninggal. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah uzur masa tu. 
Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah. 
Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan

Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”
“Abang?”
“Ya, ini Devadas la…”
Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya. 
“Ye bang ada apa bang

“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”
“Jalan lurus?”
Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang. “Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”
“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.”
Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga

Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la

Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.”
Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat. 
“Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa.  Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”
Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin. 
Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”
Saya kata, “Apa dia?”
Dia kata, “Abang Ustaz dah meninggal!”
Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah

Allah…

FB Jemaah Usaha Atas Iman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/09/cerita-syahdu-pengalaman-ustaz-farid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seramai 3 928 Orang Asli Di Pahang Memeluk Agama Islam

Seramai 3 928 Orang Asli Di Pahang Memeluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 302 hits
KUANTAN Seramai 3 928 orang asli di negeri ini memeluk agama Islam hasil dakwah pembantu penggerak daripada lulusan Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli Yayasan Pahang sejak 2008 hingga Julai lalu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan ...
Penyanyi Nothing Compares 2u Akhirnya Memeluk Islam Undur Dari Industri Muzik

Penyanyi Nothing Compares 2u Akhirnya Memeluk Islam Undur Dari Industri Muzik

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 342 hits
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2 U dan The Pogues Rainy Night in Soho Gambar Twitter RTEOne HALAMAN HIBURANMengejutkan Penyanyi Nothing Compares 2U Akhirnya Memeluk Islam Be...
Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir Isteri Tidur Di Lapangan Terbang Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar

Travel Backpacker Biarkan Anak Baru Lahir Isteri Tidur Di Lapangan Terbang Ustaz Tampil Cerita Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 655 hits
SOSMED Kalau takde duit tu tak payahlah nak backpacker sampai menyusahkan anak sendiri yang masih baby lagi tu demikianlah antara kritikan netizens terutamanya dari kalangan kaum hawa yang rata ratanya tidak berpuas hati dengan cerita trave...
Selain Michael Ang Rupanya 10 Selebriti Terkenal Tanah Air Ini Juga Telah Memeluk Islam Yang Ramai Tak Tahu

Selain Michael Ang Rupanya 10 Selebriti Terkenal Tanah Air Ini Juga Telah Memeluk Islam Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 275 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita Michael Ang yang rupanya telah memeluk agama Islam lebih dari setahun Selain Michael Ang Rupanya 10 Selebriti Terkenal Tanah Air Ini Juga Telah Memeluk Islam Yang Ramai Tak Tahu
Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

Ph Tak Mampu Jadi Lebih Melayu Islam Dari Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 306 hits
PAKATAN Harapan tidak akan mampu menjadi lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Aminuddin Yahaya Ini katanya kerana dasar PH adalah meliberalkan dasar negara tidak kira dari segi agama...
Kritikan Dr Tajuddin Rasdi Ke Atas Islam Dan Umat Islam Di Gereja

Kritikan Dr Tajuddin Rasdi Ke Atas Islam Dan Umat Islam Di Gereja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 349 hits
Dr Kamarul Yusoff Ramai rakan yang bertanya saya mengenai perkara perkara yang dikritik oleh Dr Tajuddin Rasdi di hadapan penganut Kristian dalam forum Naratif Malaysia Baharu di Mega Chinese Methodist Church Kota Damansara Selangor pada 14...
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 495 hits
6 Tanda Yang Dia Bukan Jodoh Anda Dalam Islam Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh Jodoh datang tanpa diduga baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahw...
Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

Arahan Polis Thai Risik Pelajar Islam Cetuskan Kemarahan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 229 hits
BANGKOK Sebuah kumpulan pelajar Muslim Thai pada Rabu menggesa polis supaya menggugurkan arahan yang meminta pihak universiti menyerahkan maklumat risikan mengenai pelajar Muslim dan kegiatan mereka di negara yang majoriti penduduknya berag...
Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 191 hits
Kasus pembunuhan Hameed bukan hanya meninggalkan luka mendalam di hati keluarga dan rekan sejawatnya tetapi juga kekhawatiran bagi para pengajar Kematian Hameed dikaitkan dengan kampanye menentang kebebasan pendidikan gerakan yang ditolak o...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai