Rukun Bacaan Dalam Solat Jenazah
Rukun pelaksanaan solat jenazah merupakan antara rukun solat yang berbeza dengan solat fardhu atau solat sunat yang lain.
Solat ini merupakan fardhu kifayah dan merupakan satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia lain.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang cara pelaksanaan solat jenazah dan bacaan-bacaan di dalamnya, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu Solat Jenazah?
Berbeza dengan solat fardhu dan solat sunat yang lain, solat jenazah merupakan satu-satunya solat yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia yang lain. Solat ini dilakukan ke atas jenazah seseorang umat islam sebelum mereka dikebumikan.
Solat jenazah ini merupakan fardhu kifayah, di mana jika tidak ada seorang pun dalam sesuatu kelompok masyarakat di dalamnya melaksanakan perbuatan tersebut, akan jatuh dosa tersebut ke atas kesemua manusia dalam kelompok tersebut.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita sangat digalakkan untuk mengetahui dan mempelajari cara melaksanakan solat jenazah ini.
Rukun & Panduan Solat Jenazah
Seperti yang dinyatakan pada bahagian-bahagian sebelum ini, rukun solat jenazah ini berbeza dengan solat fardhu dan solat sunat yang lain. Perbezaan ini boleh anda lihat di bawah:
Berdiri (bagi yang mampu) dan lafazkan niat.
Takbiratul Ihram (Takbir Pertama)
Membaca Al-Fatihah.
Takbir Kedua.
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Takbir Ketiga.
Berdoa untuk jenazah
Jenazah lelaki.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
Jenazah perempuan.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Makna: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.
Takbir Keempat
Berdoa untuk jenazah:
Jenazah lelaki.
للَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
Jenazah perempuan.
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhan kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.
Memberi salam.
Niat Solat
Bagi solat jenazah ini, niat yang perlu anda baca adalah bergantung pada jantina jenazah tersebut. Berikut adalah lafaz niat beserta bacaan rumi niat solat jenazah sebagai panduan anda:
Niat Jenazah Lelaki
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
Niat Jenazah Perempuan
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazihil-Mayyitati Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.
Niat Jenazah Kanak-Kanak Lelaki
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala
Niat Jenazah Kanak-Kanak Perempuan
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyitati al-Tifli Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala
Niat Solat Jenazah Yang Tidak Diketahui Statusnya
Apabila berlakunya situasi di mana kita sebagai makmum tidak mengetahui status jantina dan usia jenazah tersebut, kita boleh mulakan solat jenazah dengan niat di bawah:
أُصَلَّى عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ الْإِمَامُ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى
Usolli ‘Ala Hazal-Mayyiti Man Solla ‘Alayhil Imamu Arba’a Takbiratin Fardol Kifayati Makmuman Lillahi Taala
Maksud: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat yang disolatkan oleh imam empat takbir fardu kifayah, makmum kerana Allah Taala
Baca juga: Rukun Wuduk, Niat & Doa Selepas Wuduk
Doa Selepas Solat
Setelah selesai memberi salam kita boleh menadah tangan membacakan doa di bawah buat jenazah:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلَ مُحَمَّدٍ أَلَا تُعَذِّبَ هَذَا الْمَيِّتِ *(الْمَيِّتَةِ). اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ *(قَبْرَهَا) رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ وَلَا تَجْعَل قَبْرَهُ *(قَبْرَهَا) حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil ‘Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajmain.Allahumma Bihaqqi Muhammadin Wa Ali Muhammadin Ala Tuazziba Hazal Mayyiti *(Mayyitati). Allahummaj-‘Al Qobrohu *(Qobraha) Raudhotan Min Riyadhil Jannati Walaa Taj’al Qobrohu *(Qobraha) Hufratan Min Hufarinniirani. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wa Ashaabihi Ajmain Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Maksud Doa:
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia rasul dan ke atas kaum keluarga serta para Sahabat sekalian. Ya Allah, dengan kemuliaan Nabi Muhammad dan ahli keluarganya, janganlah Engkau siksa jenazah ini. Ya Allah jadikan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga dan janganlah Engkau jadikan kuburnya sebagai lubang daripada lubang neraka. Selawat dan salam Allah ke atas Junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Kedudukan Jenazah
Menurut Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, kedudukan jenazah perlu diletakkan di hadapan imam tidak kira di mana pun jenazah tersebut disembahyangkan. Namun begitu setiap jenazah ini lebih afdhal diletakkan mengikut kedudukan berikut:
Jenazah Lelaki
Kedudukkan kepala jenazah di bahagian belah kiri imam dan kedudukkan bahagian kakinya di bahagian belah kanan imam
Jenazah Perempuan dan Khunsa
Kedudukkan kepala jenazah di bahagian belah kanan imam dan kedudukkan kakinya di bahagian belah kiri imam
NOTA: Namun begitu, selagi mana jenazah berada di hadapan imam dengan kedudukannya menghadap kiblat, solat jenazah yang dilakukan masih sah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/rukun-solat-jenazah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rukun-solat-jenazah