Hukum Wanita Dengan Darah Istihadah Solat Secara Berjemaah
Hukum Wanita dengan Darah Istihadah Solat Secara Berjemaah 21
Adakah anda kurang pasti dengan hukum wanita dengan darah istihadah untuk solat berjemaah? Artikel kali ini menerangkan apakah itu darah istihadah, hukum wanita istihadah untuk solat secara berjemaah, dalil berkaitan darah istihadah, dan tertib mensucikan diri bagi wanita istihadah sebelum solat berjemaah.
Apakah itu Darah Istihadah?
Istihadah adalah darah yang keluar dari faraj wanita bukan pada tempoh masa haid dan nifas.
Manakala dari segi perubatan Istihadah dinamakan sebagai Menorrhagia. Menorrhagia merupakan satu keadaan yang berlaku apabila pengeluaran darah haid terlalu banyak dari kebiasaan.
Istihadah menurut syarak ialah darah penyakit wanita yang keluar daripada hujung urat yang berada di bawah rahim yang dikenali sebagai ( العاذل) selepas tempoh sebanyak-banyak haid atau selepas tempoh sebanyak-banyak nifas atau darah keluar berterusan selepas hari kebiasaan haid.
Hukum Wanita dengan Darah Istihadah Solat Secara Berjemaah 22
Dalil-dalil Berkaitan Darah Istihadah
Berikut merupakan dalil berkaitan hukum wanita berdarah istihadah untuk solat dan beribadah.
Berkata Imam al-Nawawi:
الْمُسْتَحَاضَةَ كَالطَّاهِرِ فِي الصَّلَاةِ وَالصَّوْمِ وَالِاعْتِكَافِ وَالْقِرَاءَةِ وَغَيْرِهَا
'Orang yang sedang istihadah seperti (mengambil hukum) orang yang suci dalam (hukum) solat, puasa, iktikaf, membaca al-quran dan lain-lain (Lihat al-Majmu’)
Perintah kewajipan melakukan solat bagi perempuan yang sedang beristihadah berdasarkan riwayat Aisyah R.Anha, Fatimah binti Abu Hubaish menemui Rasulullah SAW kemudian dia bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى امْرَأَةٌ أُسْتَحَاضُ فَلاَ أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلاَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ إِنَّمَا ذَلِكِ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِحَيْضَةِ فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَةُ فاترُكي الصَّلاَةَ فإِذَا ذَهَبَ قدرها فَاغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى
Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Aku perempuan yang mengalami darah istihadah dan masih belum bersuci, adakah aku perlu meninggalkan solat? Jawab Baginda SAW: Tidak,, kerana darah itu daripada urat (darah penyakit) bukannya darah haid. Maka ketika kedatangan haid tinggalkanlah solat dan apabila tempohnya habis haid (kadar adatnya). Maka kamu mandilah , dan dirikanlah solat.” (Riwayat al-Bukhari, 306 dan Muslim, 333)
Hukum Wanita dengan Darah Istihadah Solat Secara Berjemaah 23
Hukum Wanita Istihadah Solat Berjemaah
Wanita istihadah dihukumkan seperti wanita suci. Maka, wanita istihadah boleh melakukan solat, puasa dan semua ibadah. Wanita istihadah boleh solat berjemaah sama ada menjadi makmum mahupun imam.
Imam Nawawi menyatakan bahawa makmum wanita dibenarkan solat berimamkan wanita istihadah yang kekal dalam hadas dan sah solat mereka.
Imam Ibn Hajar menjelaskan alasan solat makmum wanita sah yang berimamkan mustahadah adalah kerana wanita istihadah solatnya sah.
Sekiranya barisan makmum wanita turut mengalami istihadah, maka sah juga solat jemaahnya tanpa ada perselisihan pendapat (Lihat Tuhfah al-Muhtaj (2/289; Lihat Nihayah al-Muhtaj (2/172).
Tempoh Darah Istihadah
Majoriti fuqaha berpendapat sekurang-kurang tempoh suci di antara dua haid ialah 15 hari.
Mereka membahagikan satu bulan kepada dua bahagian iaitu 15 hari untuk tempoh suci yang hakiki dan 15 hari lagi ialah maksimum haid.
Ini bermaksud maksimum tempoh haid pada 1hb hingga 15 hb (15 hari), manakala 16 hb hingga 30 hb dikira tempoh suci (15 hari), jika ada darah keluar, ia dikira darah istihadah, dan diwajibkan solat.
Untuk mengira permulaan haid yang seterusnya, maka perlulah meneliti perbezaan warna darah tersebut sama ada darah tersebut darah istihadah ataupun darah haid.
Jika tidak dapat dibezakan darah tersebut, maka kiraan tempoh haid boleh diambil kira berdasarkan tempoh kebiasaan haid iaitu maksimum tempoh suci (15 hari) dan pada hari ke 16 tersebut adalah permulaan haid yang seterusnya.
Sekiranya perkara tersebut tidak dapat dibezakan, maka adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan pakar perubatan untuk mendapatkan kepastian akan darah yang dialami.
Hukum Wanita dengan Darah Istihadah Solat Secara Berjemaah 24
Cara Mensucikan Darah Istihadah
Berikut merupakan cara dan tertib wanita berdarah istihadah sebelum mendirikan solat seperti berikut:
Tertib bersuci sebelum mendirikan solat bagi wanita istihadah1. Membasuh faraj dengan bersih2. Wajib menukar balutan tuala wanita baru dan bersih bagi menahan darah (sumbat faraj dengan kapas/tampon sekiranya tidak sakit) setiap kali sebelum masuk waktu solat3. Berwuduk setelah masuk waktu iaitu satu wuduk untuk satu solat fardu dan beberapa sunat4. Niat wuduk untuk mengharuskan solat 5. Jangan melengah-lengah solat atau segerakan solat kecuali disebabkan kemaslahatan solat seperti menutup aurat dan menunggu jemaah
Soalan FAQs Berkenaan Darah Istihadah
Apakah itu darah istihadah?
Istihadah adalah darah yang keluar dari faraj wanita bukan pada tempoh masa haid dan nifas
Bilakah tempoh darah istihadah mengikut syarak?
15 hari dalam satu kitaran haid.
Adakah tempoh istihadah sama dengan tempoh suci?
Benar, wajibkan solat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/darah-istihadah.html