Royalti Minyak Antara Tiga Permohonan Kelantan Dipertimbang


HARAKAH DAILYFoto daripada Facebook Mustapa Mohamed. TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju dengan permohonan Kerajaan Kelantan untuk membincangkan tiga perkara iaitu hal-hal mengenai minyak, pembangunan negeri dan bekalan air.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara tersebut diputuskan selepas pertemuan antara Perdana Menteri bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad, yang diadakan minggu lepas.

“Semasa pertemuan tersebut, Menteri Besar ada menyerahkan satu surat dan kini telah diselaraskan serta kita sedang berbincang di peringkat persekutuan. Ada tiga perkara dibangkitkan dalam surat tersebut iaitu hal-hal minyak, pembangunan dan bekalan air negeri.
“Perdana Menteri sudah mengarahkan segera diadakan pertemuan dalam kalangan kita dan dalam proses tiga perkara yang disebut (dalam surat) sekarang dalam pertimbangan kerajaan pusat,” katanya selepas lawatan kerja ke Kampung Kelong Hujung, di sini hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat Khamis lalu, Tengku Zafrul berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.
Sementara itu di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya akan meminta penjelasan lanjut secara bertulis mengenai perkara tersebut daripada Tengku Zafrul, kerana kenyataan beliau itu seolah-olah sudah tiada royalti atau bayaran tunai petroleum dan dilihat tidak selari dengan kenyataan kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Untuk rekod, kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 memutuskan bahawa Program Wang Ehsan dimansuhkan dan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
“Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Okt 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),” katanya selepas Pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/royalti-minyak-antara-tiga-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Minta Penjelasan Mansuh Bayaran Tunai Royalti

Kelantan Minta Penjelasan Mansuh Bayaran Tunai Royalti

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 241 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Kerajaan Kelantan meminta penjelasan Menteri Kewangan berhubung pemansuhan bayaran tunai royalti kepada negeri ini Menteri Besar Dato Bentara Kanan Ustaz Dato Ahmad Yakob berkata penjelasan itu perlu bagi meyelesaik...
Royalti Kelantan Terkejut Kenyataan Menteri Kewangan

Royalti Kelantan Terkejut Kenyataan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 213 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Kerajaan Kelantan melahirkan perasaan terkejut terhadap kenyataan Menteri Kewangan di mana Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana mana negeri di Semenanjung Tinbalan Menteri Besar Dato Mohd Am...
Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan Hanya Wang Ehsan

Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan Hanya Wang Ehsan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 247 hits
Kerajaan membuat bayaran royalti tunai kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz PETALING JAYA Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana mana negeri di Semenanjung termasuk Ke...
Jom Pekena Kopi Kita Sambil Isi Minyak Di Shell Batu 31 Machang Kelantan

Jom Pekena Kopi Kita Sambil Isi Minyak Di Shell Batu 31 Machang Kelantan

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 365 hits
Jom Pekena Kopi Kita sambil Isi Minyak di Shell Batu 31 Machang Kelantan Selain korang juga boleh singgah di Kopi Kita untuk mencuba sendiri minuman berasaskan kopi Kalau tak silap aku Kopi Kita mula beroperasi pada tahun 2020 Kiranya masih...
Rakyat Kelantan Kecewa Kena Game Isu Royalti Petroleum

Rakyat Kelantan Kecewa Kena Game Isu Royalti Petroleum

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 216 hits
KOTA BHARU Rata rata rakyat di Kelantan mendakwa kecewa terhadap kenyataan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung tuntutan royalti petroleum untuk negeri itu Seorang pesara kakitangan kerajaan Azni Zai...
Benarkah Kelantan Tidak Layak Dibayar Royalti

Benarkah Kelantan Tidak Layak Dibayar Royalti

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 315 hits
Oleh NAZRI DERAMANFoto hiasan KEDAULATAN Kelantan boleh dibuktikan melalui sejarah panjang penubuhannya yang lebih awal daripada pembentukan Malaysia Secara ringkasnya Kelantan adalah sebuah entiti atau negara berdaulat yang mempunyai keraj...
Royalti Kelantan Rompakan Sahabat

Royalti Kelantan Rompakan Sahabat

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 200 hits
Semasa Pakatan Harapan memerintah menteri kewangan ketika itu mengiktiraf pemberian royalti minyak secara terus kepada Terengganu dan Kelantan mengikut formula yang dipersetujui dahulu Balasan kepada sikap baik kerajaan PH ketika itu bagaim...
Royalti Kelantan Hak Rakyat Diperlekehkan Sekali Lagi

Royalti Kelantan Hak Rakyat Diperlekehkan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 329 hits
1 Shahir Adnan KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berhubung royalti Kelantan didakwa tidak selari dengan kenyataan kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini Bahkan hak rakyat Kelantan didakwa sea...
Royalti Minyak Bakal Ubah Politik Pantai Timur

Royalti Minyak Bakal Ubah Politik Pantai Timur

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 326 hits
Saya amat bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh Zaid Ibrahim tentang isu royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu Perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan persekutuan dengan negeri negeri pengeluar minyak dan gas pada 1975 mesti d...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah