Royalti Minyak Bakal Ubah Politik Pantai Timur


 

Saya amat bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh Zaid Ibrahim (FMT 30 Nov 21) tentang isu royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu.
Perjanjian yang dimeterai oleh kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas pada 1975 mesti ditunaikan. Bayaran royalti minyak dan gas mesti dijelaskan.
Jangan diadakan alasan demi alasan untuk tidak menunaikan janji dan tidak membayar apa yang telah lama dipersetujui.
Lihatlah contoh di negara maju seperti United Kingdom, misalnya. Tidak ada sebarang rungutan atau pertikaian mengenai pampasan untuk Scotland bagi hak menerokai hasil minyak dan gas di wilayah itu.
Wakil rakyat Scotland dan kerajaan pusat di London tidak pernah bertengkar mengenai isu ini.
Hasil minyak dan gas di UK terdapat cuma di Scotland, tetapi pemimpin mereka lebih matang untuk menerima apa yang boleh dikongsi dan yang patut dibahagi.
Perkembangan industri minyak dan gas
Perkembangan dan pembangunan industri minyak dan gas juga dibina keseluruhannya di Scotland.
Tidak terdapat ahli politik dari England atau Wales atau Northern Ireland yang merebut peluang untuk mengadakan kemudahan aktiviti-aktiviti hiliran seperti kilang penapisan atau kilang pencairan gas di wilayah lain di UK.
Berbeza dengan keadaan di Malaysia. Sekian lama ada kalangan pemimpin kita yang tidak jujur dan tidak berlaku adil.
Petronas dipulas sekian lama oleh kerajaan pusat dengan berbagai keputusan yang merugikan negeri dan negara.
Fahaman politik berlainan turut menjadi jurang pemisah. Perbezaan ini menjurus kepada kepimpinan yang cetek, berat sebelah, dan siri penipuan serta rampasan hak rakyat.
Terdapat pelbagai contoh keputusan-keputusan mencurigakan. Umpamanya, minyak dan gas dari Terengganu diangkut ke Melaka untuk ditapis.
Gas dari Kelantan pula disalurkan ke negara jiran di Thailand. Kenapa tidak di Kelantan sendiri supaya kepentingan ekonomi dan peluang pekerjaan itu terbina di Kelantan?
Sekarang, berbagai projek minyak dan gas diasaskan di Johor walaupun hasil hulunya datang dari Terengganu dan Kelantan.
Kenapa Universiti Teknikal Petronas didirikan di Perak, tidak di Sarawak, tempat pertamanya hasil minyak ditemui di Malaysia.
Pelbagai alasan tidak logik dikemukakan di sebalik keputusan-keputusan ini, termasuk, kesesuaian Melaka dan Pengerang sebagai lokasi paling sesuai untuk dibangunkan industri berkenaan.
Antara lain ia dikatakan lebih dekat dengan pasaran namun keputusan-keputusan demikian turut diselubungi dengan pelbagai dakwaan dan spekulasi di luar kepentingan nasional.
Kerajaan PAS
Mereka lupa bahawa kawasan produksi hiliran itu seharusnya dekat dengan daerah produksi. Oleh kerana permintaan minyak dan gas yang tinggi, keuntungannya juga tinggi. Ia menjadikan kos penghantaran bahan hiliran menjadi jauh lebih murah dari kos mengangkut bahan asli.
Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama lebih 30 tahun dan Kerajaan PAS Terengganu pada 2004 tidak cekap.
Mereka tidak menjadikan isu royalti 5% ini sebagai satu wacana politik yang ketara sepertimana kerajaan Sarawak dan Sabah yang mahukan hasil minyak dan gas mereka dikongsi pada kadar 20%.
Di Sarawak dan Sabah, kerajaan persekutuan dilihat sebagai tidak adil, rakus dalam pembahagian hasil sumber alam ini, dan tidak telus dalam pembahagian belanjawan.
Dalam hal royalti ini, pihak Perdana Menterilah yang dipersalahkan kerana Petronas dilihat sebagai bawah bidang kuasa beliau.
Putrajaya sekarang ini ternyata memerlukan sokongan dari parti-parti kecil yang menjadi rakan pemerintah di Sabah dan Sarawak.
Di sinilah terserlahnya kepandaian dan kecekapan pemimpin-pemimpin parti kecil dari Sabah dan Sarawak, yang tegas lagi berani untuk menuntut hak-hak mereka.
Ahli politik PAS di Terengganu dan Kelantan tidak bersifat sedemikian. Mereka kurang dari segi pengetahuan, apa lagi untuk berhujah tentang hal-hal teknikal terutama tentang perkara berkaitan produksi dan pemasaran minyak dan gas.
Dana kekayaan berdaulat
Sekarang bayaran pampasan 5% telah berganda jumlahnya kerana tidak dibayar mengikut jadual asal. Kerajaan persekutuan banyak berhutang dengan kerajaan Terengganu dan Kelantan.
Sudah lebih dua dekad Kelantan tidak menerimanya. Terengganu tidak menerima wang royalti sejak 2004 tetapi selepas BN menang semula pada 2008, ia bertukar menjadi ‘wang ehsan’ yang disalurkan untuk membiayai kejohanan ‘Monsoon Cup’. Ini dilihat sebagai pembaziran dan menarik spekulasi mengenai siapa yang mengaut keuntungan berlipat ganda daripada penganjuran acara yang tidak langsung memberi impak kepada rakyat Terengganu.
Kemudian, terbentuk pula ‘Terengganu Investment Authority’ atau TIA yang kononnya mahu dijadikan ‘Sovereign Wealth Fund” atau Dana Kekayaan Berdaulat yang mengutip hasil dari royalti minyak dan gas Terengganu.
Seperti yang kita tahu, TIA juga dirundung kontroversi dan dikaitkan dengan Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu ahli perniagaan yang dikehendaki polis kerana skandal 1MDB.
Royalti 5%
Namun wang royalti 5% yang termaktub dalam perjanjian tidak pernah dikota. Putrajaya sengaja tidak mahu melunaskannya walaupun ada perjanjian yang nyata, jelas, dan terang.
Tentunya tindak-tanduk kerajaan dalam menguruskan isu royalti ini bakal mengundang reaksi setimpal daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Pengundi juga akan menilai ahli politik dari Kelantan dan Terengganu yang tidak berani bersuara kerana kelangsungan politik sempit parti dan diri mereka sendiri.
Saya kira masanya telah tiba untuk rakyat sedar pentingnya melantik pemimpin politik yang jujur dan bijaksana untuk mencari jalan penyelesaian. Royalti 5% minyak dan gas ini milik rakyat Terengganu dan Kelantan.
Kerajaan pusat mesti bertindak adil untuk mengisi agenda Islam dan Keluarga Malaysia yang ditawarkan kepada rakyat.
Apa maknanya semua slogan ini dicanang di segenap pelusuk negara kalau janji lama pun belum dikota? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/royalti-minyak-bakal-ubah-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Minyak Antara Tiga Permohonan Kelantan Dipertimbang

Royalti Minyak Antara Tiga Permohonan Kelantan Dipertimbang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 188 hits
HARAKAH DAILYFoto daripada Facebook Mustapa Mohamed TUMPAT Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju dengan permohonan Kerajaan Kelantan untuk membincangkan tiga perkara iaitu hal hal mengenai minyak pembangunan negeri ...
Dua Filem Seram Back To Back Karya Pengarah Pantai Timur Akan Menemui Korang

Dua Filem Seram Back To Back Karya Pengarah Pantai Timur Akan Menemui Korang

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 280 hits
Nampaknya kebangkitan pengarah dari Pantai Timur semakin menjadi jadi Selepas kejayaan filem Mael Totey The Movie arahan Syahmi Syazli muncul pula Khaenak Serangan Pocong yang juga diarahkan oleh pengarah dari Kelantan Emma Kasmuri Kini mun...
Konsep Politik Pn Longgar Shahrir Samad

Konsep Politik Pn Longgar Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 128 hits
MALAYSIA POST HATI hatilah berkawan dengan PN kata veteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad Beliau mendakwa konsep politik gabungan dalam PN sangat longgar dan ditubuhkan semata mata kerana keegoan serta cita cita besar Pengerusinya Tan Sri...
Biarlah Orang Tua Bergaduh Pasal Politik Cabaran Kita Orang Muda Berbeza Netizen

Biarlah Orang Tua Bergaduh Pasal Politik Cabaran Kita Orang Muda Berbeza Netizen

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 343 hits
Tidak dinafikan yang tinggal untuk berjuang bermati matian kerana parti politik cuma tinggal saki baki orang orang tua sahaja Bagi generasi muda yang berpendidikan mereka melihat politik sebagai satu tempat sampah kerana di situlah kekotora...
Task Force Ini Utk Kepentingan Rakyat Atau Utk Kepentingan Politik

Task Force Ini Utk Kepentingan Rakyat Atau Utk Kepentingan Politik

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 224 hits
Apakah sudah tidak ada lagi isu korup dan penyelewengan yang menjejaskan rakyat atau rakyat jadi mangsa yang perlu di siasat
100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

100 Hari Ismail Sabri Tak Ubah Macam Malaysia Tiada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 287 hits
Hari ini genap 100 hari Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos lalu Dalam penegasan kepada barisan kabinetnya beberapa hari kemudian Ismail Sabri mahu para menterinya membuktikan pe...
Ubah Strategi Pasca Prn Melaka Bukan Tunding Jadi Cari Salah Mpn Johor

Ubah Strategi Pasca Prn Melaka Bukan Tunding Jadi Cari Salah Mpn Johor

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 191 hits
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor kesal dengan sikap sesetengah pemimpin parti komponen Pakatan Harapan yang menunding jari menyalahkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Kata ...
Syor Ubah Jadual Spm Elak Jumaat Hingga Ahad

Syor Ubah Jadual Spm Elak Jumaat Hingga Ahad

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 209 hits
Foto hiasan Kota Kinabalu Kementerian Pendidikan diminta mengkaji semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 terutama kertas peperiksaan yang diadakan pada Jumaat dan Ahad Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau menyifatkan ja...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran