Kelantan Minta Penjelasan Mansuh Bayaran Tunai Royalti


HARAKAH DAILY  KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta penjelasan Menteri Kewangan berhubung pemansuhan bayaran tunai royalti kepada negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, penjelasan itu perlu bagi meyelesaikan persoalan yang timbul ekoran jawapan Menteri Kewangan itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 24 November lalu.
“Oleh itu, kita meminta penjelasan lebih lanjut daripada Kerajaan Persekutuan ekoran jawapan tersebut yang dilihat tidak selari dengan kenyataan-kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Untuk rekod sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
“Malah, bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi Negeri Kelantan telah diperakui oleh Kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), maknanya sudah tiga kali ada kenyataan daripada kerajaan persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai melancarkan Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 peringkat Negeri Kelantan bertempat di Dewan Bunga Teratai Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, Kelantan juga berpendirian bahawa bayaran tunai adalah kaedah yang tepat dan terbaik berdasarkan peruntukan yang jelas dalam perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas.
Katanya, ia juga adalah selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Kerajaan negeri percaya pendirian ini adalah berlandaskan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.
“Saya sendiri juga telah membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri pada 16 November lepas dan saya telah memberi jawapan menteri di Parlimen bahawa Kerajaan Kelantan berhak mendapat tunai royalti.
“Malah jawapan yang dijawab ialah Sabah, Serawak, Terengganu dan Kelantan diberi tunai petroleum, itu jawapan maka saya berhasrat supaya diberi secara tunai,” ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya tindakan susulan berhubung penjelasan yang dimaksudkan Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Menteri Kewangan secepat mungkin.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 24 November beliau berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/kelantan-minta-penjelasan-mansuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Pas Kelantan Dedah Kerajaan Ph Sudah Mansuhkan Wang Ehsan Dan Diganti Dengan Bayaran Tunai Petroleum

Mb Pas Kelantan Dedah Kerajaan Ph Sudah Mansuhkan Wang Ehsan Dan Diganti Dengan Bayaran Tunai Petroleum

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 481 hits
November 29 2021 Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Y8 Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dalarn persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2021 dan rn...
Royalti Kelantan Hak Rakyat Diperlekehkan Sekali Lagi

Royalti Kelantan Hak Rakyat Diperlekehkan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 371 hits
1 Shahir Adnan KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berhubung royalti Kelantan didakwa tidak selari dengan kenyataan kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini Bahkan hak rakyat Kelantan didakwa sea...
Rakyat Kelantan Kecewa Kena Game Isu Royalti Petroleum

Rakyat Kelantan Kecewa Kena Game Isu Royalti Petroleum

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 261 hits
KOTA BHARU Rata rata rakyat di Kelantan mendakwa kecewa terhadap kenyataan Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung tuntutan royalti petroleum untuk negeri itu Seorang pesara kakitangan kerajaan Azni Zai...
Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan Hanya Wang Ehsan

Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan Hanya Wang Ehsan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 287 hits
Kerajaan membuat bayaran royalti tunai kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz PETALING JAYA Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana mana negeri di Semenanjung termasuk Ke...
Royalti Kelantan Terkejut Kenyataan Menteri Kewangan

Royalti Kelantan Terkejut Kenyataan Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 270 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Kerajaan Kelantan melahirkan perasaan terkejut terhadap kenyataan Menteri Kewangan di mana Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana mana negeri di Semenanjung Tinbalan Menteri Besar Dato Mohd Am...
Royalti Minyak Antara Tiga Permohonan Kelantan Dipertimbang

Royalti Minyak Antara Tiga Permohonan Kelantan Dipertimbang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 244 hits
HARAKAH DAILYFoto daripada Facebook Mustapa Mohamed TUMPAT Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju dengan permohonan Kerajaan Kelantan untuk membincangkan tiga perkara iaitu hal hal mengenai minyak pembangunan negeri ...
Royalti Kelantan Rompakan Sahabat

Royalti Kelantan Rompakan Sahabat

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 232 hits
Semasa Pakatan Harapan memerintah menteri kewangan ketika itu mengiktiraf pemberian royalti minyak secara terus kepada Terengganu dan Kelantan mengikut formula yang dipersetujui dahulu Balasan kepada sikap baik kerajaan PH ketika itu bagaim...
Benarkah Kelantan Tidak Layak Dibayar Royalti

Benarkah Kelantan Tidak Layak Dibayar Royalti

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 421 hits
Oleh NAZRI DERAMANFoto hiasan KEDAULATAN Kelantan boleh dibuktikan melalui sejarah panjang penubuhannya yang lebih awal daripada pembentukan Malaysia Secara ringkasnya Kelantan adalah sebuah entiti atau negara berdaulat yang mempunyai keraj...
Penjelasan Pilot Garuda Indonesia Soal Kabar Pengalihan Ke Citilink

Penjelasan Pilot Garuda Indonesia Soal Kabar Pengalihan Ke Citilink

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 250 hits
Asosiasi Pilot Garuda Indonesia atau APG angkat suara terkait rencana pengalihan tugas pilot Garuda ke Citilink dilakukan manajemen APG memastikan proses pengalihan tugas ini hanya bersifat sementara saja bukan permanen
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan