Rakyat Kelantan Kecewa Kena Game Isu Royalti Petroleum
KOTA BHARU – Rata-rata rakyat di Kelantan mendakwa kecewa terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung tuntutan royalti petroleum untuk negeri itu.
Seorang pesara kakitangan kerajaan, Azni Zainal Abidin, 67, berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan berhubung perjuangan menuntut royalti yang sudah sekian lama diperjuangkan oleh kerajaan negeri Kelantan.
“Tuntutan royalti ini bukan perkara baharu dan sepatutnya sudah boleh diselesaikan. Saya, sebagai rakyat harap semua urusan tuntutan ini dipermudahkan. Apa yang penting Kelantan dapat hak itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Seorang pekerja swasta, Siti Adha Farahani Mohd Nawi, 34, pula berkata, isu royalti minyak tersebut seharusnya menjadi kayu ukur sejauh mana keikhlasan kerajaan kepada rakyat.
Katanya, seharusnya menteri dan ahli Parlimen di Kelantan bersiap sedia mengadakan rundingan damai dengan kerajaan Pusat dalam soal tuntutan royalti itu.
“Jika perkara tersebut mengelirukan, mohon ia diperjelaskan kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Wan Norma Wan Yusoff, 54, berkata, hasrat kerajaan Persekutuan menukar wang royalti berkenaan menjadi wang ihsan, perlu diperincikan terlebih dahulu.
“Kerajaan negeri kena perincikan supaya kami sebagai rakyat tahu hala tuju wang ihsan berkenaan. Rakyat berhak mengetahuinya. Perbincangan dan makluman kepada rakyat penting,” kata peniaga pasar malam itu.
Tengku Zafrul menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis memaklumkan Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.
Menurutnya, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.
Bagaimanapun katanya, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.
Rakyat Kelantan kecewa ‘Kena Game’ isu royalti petroleum
Baca Artikel Menarik:
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa?
Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman
Aishah bercerai lagi?
Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO]
Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO]
Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan
Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail
Gempar mayat bogel bangun berjalan
Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi
Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO]
Ramai sedih lihat budak jual gam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan
The post Rakyat Kelantan kecewa ‘Kena Game’ isu royalti petroleum appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/28/rakyat-kelantan-kecewa-kena-game-isu-royalti-petroleum/