Roti Jala Lembut Dan Kuah Kari Ayam Sedap




Assalamualaikum semua. Hari ini kita telah berada pada hari ketiga Syawal. Taqaballallaahu Minna Wa Minkum.  Alhamdulillah. Sebelum masuk bab resipi, jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Terima kasih. 
Pagi pagi hari raya kedua, saya bangun untuk menyiapkan kuah kari ayam untuk dimakan dengan roti jala. Pada saya yang jarang jarang memasak kari ayam untuk dimakan dengan roti jala adalah sesuatu yang mencabar juga. 
Pertama, kerana saya tidak pernah menyediakannya. Biasanya Nana yang akan menyediakan kuah untuk roti jala ini. Kedua, memang susah untuk mendapat kuah roti jala yang sedap, elok kepekatannya dan cantik terbit minyak. 
Memang susah dan jarang saya jumpa kuah kari yang sedap jika dimakan di kedai kedai atau di majlis majlis rumah terbuka selama ini. Itu sebab saya bukan penggemar roti jala. Roti jala disediakan di rumah kami kerana anak anak suka makan roti jala.
Alhamdulillah kerana kuah roti jala saya hari ini sangat sedap dan secukup sahaja kepekatannya. Kuah juga terbit minyak dengan cantik. Jadi kalau kuah belum terbit minyak, kena pandai pandai main dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kuah yang pekat akan terbit minyak.  



Hahaha berulang kali sambil makan sambil saya memuji kuah kari ayam saya hari ini. Terasa sangat berpuas hati bila apa yang dimasak sedap dan cantik kejadiannya. 
Jadi jom apa tunggu lagi, meh lah cuba resipi ini. Insya Allah akan menjadi dengan sedap. Lagi pun, cuti raya kali ini agak panjang kerana bersambung dengan sabtu dan ahad. 
Dengan PKP ni, kita kena memasak sendiri untuk keluarga kerana pastinya kita semua akan berada di rumah sahaja. Bila di rumah, apa lagi selain dari menonton TV, makan lah. 
Jom kita layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Roti Jala Lembut Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 ¼ cawan susu segar3 cawan tepung gandumSecubit garamSedikit pewarna kuning1 biji telur telur2 ½ sudu besar minyak masak
Cara cara:Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati. Nota: Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
Lenser kuali dengan sedikit minyak dan jala adunan.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. 


Kari Ayam Kuah Roti Jala Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam - potong kecil1 biji kelapa - santan segar10 biji bawang merah5 ulas bawang putih3 inci halia3 sekawan2-3 sudu besar asam jawa - bancuh dengan air2-3 biji ubi kentang - potong dadu8 sudu besar rempah kari2 tangkai daun kari3 sudu besar gula1 sudu besar garam kasar¾ cawan minyak masak
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 sekawan sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan kacau rata. Kemudian masukkan air dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan ubi kentang dan daun kari. Masukkan air secukupnya untuk ayam dan ubi kentang empuk. Masak sehingga terbit minyak.


Setelah ubi kentang masak dan kuah mulai terbit minyak, masukkan santan.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Renih sehingga kuah terbit minyak. Jika belum, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbit minyak.

Nota:Bila sejuk, kuah akan jadi pekat. Jadi jangan kuah terlalu pekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/05/roti-jala-lembut-dan-kuah-kari-ayam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sate Ayam Seekor Bersama Kuah Kacang Cukup Rasa Dan Puas Makan

Resipi Sate Ayam Seekor Bersama Kuah Kacang Cukup Rasa Dan Puas Makan

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 481 hits
Ada yang rajin nak buat sate Sate yang dibeli belum tentu rasanya mencapai citarasa sendiri Mungkin hari ni kita tak sempat membuatnya boleh simpan resipi ni untuk buat hujung minggu nanti SATE AYAM SEEKORBAHAN BAHAN Ayam seekor BAHAN KISAR...
Ayam Sedap Baq Hang Is Truly Delicious And Flavorful

Ayam Sedap Baq Hang Is Truly Delicious And Flavorful

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 483 hits
Ayam Sedap Baq Hang Is Truly Delicious and Flavorful Whenever I feel like I m missing my mum s cooking I will always look around for the halal chinese dishes And more often than not I will always end up at The Chicken Rice Shop because my m...
Sedap Weh Rasa Pizza Kari Raya Terbaru Dari Pizza Hut

Sedap Weh Rasa Pizza Kari Raya Terbaru Dari Pizza Hut

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 1017 hits
Beberapa hari yang lepas aku berpeluang untuk rasa sendiri pizza Kari Raya yang terbaru daripada Pizza Hut yang katanya menampilkan kelainan persembahan dan pastinya rasa yang unik Kita sedia maklum umat Islam seluruh negara sekali lagi aka...
Resipi Mi Kuah Istimewa Air Tangan Arwah Abah Tak Perlu Garam Perasa Dah Cukup Sedap

Resipi Mi Kuah Istimewa Air Tangan Arwah Abah Tak Perlu Garam Perasa Dah Cukup Sedap

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 381 hits
Orang kata air tangan suami atau ayah kita sememangnya cukup istimewa Sekali sekala turun ke dapur lain macam sedapnya Resipi yang dikongsikan oleh ini memang lain macam sedapnya Resipi istimewa air tangan arwah ayahnya ini menjadi santapan...
Ayam Masak Merah Ala Mamak Pun Sedap Jadi Lauk Raya

Ayam Masak Merah Ala Mamak Pun Sedap Jadi Lauk Raya

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 409 hits
Macam mana nak masak Lebih kurang je dengan masak ayam masak merah biasa cuba ada sedikit tambahan bahan dan rasa juga sedikit berbeza ia lebih peras dan kaya dengan rasa rempah ratusnya namun rasanya tetap sedap dan sesuai sangat dengan Na...
3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap Jimat Boleh Cuba Ni

3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap Jimat Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 520 hits
Ayam antara menu mudah diolah dan tidak perlu dimasak lama dan boleh dipelbagaikan menu yang boleh dimakan bersama nasi impit ketupat lemang mahu pun aneka nasi bertumis seperti Nasi Briani atau Nasi Minyak Untuk anda berikut disertakan tig...
Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

Paling Sedap Resipi Kuah Kacang Daging Ni Anda Kena Cuba Raya Nanti

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 570 hits
Sedapnya Kuah Kacang Daging ni Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya Kalau nak tahu resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate Hirisan daging dalam kuah menaikkan la...
Resipi Ayam Percik Viral Terpaling Sedap Dan Mudah Katanya Lah

Resipi Ayam Percik Viral Terpaling Sedap Dan Mudah Katanya Lah

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 873 hits
Ayam percik masakan ayam kegemaran saya tapi tak pernah lagi masak sendiri Tak tahu lah kenapa tak rasa nak buat sendiri Mungkin lepas ni kena cuba masak sendiri guna resepi ayam percik mudah dan sedap viral di facebook yang saya jumpa dala...
Rahsia Ayam Goreng Berempah Sedap Serdak Tak Hangus Patutlah Nasi Kukus Bukan Main Sedap

Rahsia Ayam Goreng Berempah Sedap Serdak Tak Hangus Patutlah Nasi Kukus Bukan Main Sedap

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 788 hits
Selain kuah nasi kukus yang sedap berlemak tidak dinafikan ayam berempah menjadi kekuatan utama sedapnya resipi Nasi Kukus Tersalah cara nasi kukus boleh terasa tidak nikmat Rupanya ini cara masak Ayam Berempah yang sedap Jom cuba resipi pe...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan