Roti Canai Terbang Sambutan Bulan Kemerdekaan Di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia Bertukar Riuh


ROTI canai terbang menggamatkan suasana majlis sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-63 di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, di Semenyih, Selangor. Aksi yang menjadi tumpuan warga emas.
Tetamu dan beberapa ahli persatuan sukaralewan yang hadir bagi memeriahkan majlis itu ditunjukkan oleh penasihat pusat jagaan berkenaan, Mohiadin Bahado yang mempunyai kepakaran membuat dan menebar roti canai. : KitaReporters
Aksi beliau itu sememangnya dinanti-nantikan mereka yang hadir selepas diuar-uarkan dalam group WhatsApp dijemput menghadiri majlis berkenaan sebagai salah satu gimik memeriahkan sambutan bulan Kemerdekaan bersama-sama penghuni pusat jagaan itu.

Gaya tersendiri Mohiadin menebar, mengoreng serta melambung roti canai itu ke udara seperti piring terbang dan disambut beliau sebelum menepuk beberapa kali mendapat tepukan gemuruh tetamu.
Beliau juga berjaya menunjukkan aksi membaling roti canai itu seperti piring terbang di udara kemudian jatuh tepat ke dalam pinggan yang dipegang tetamu menambahkan lagi suasana riuh rendah majlis berkenaan.
Menurut Mohiadin, ketika remaja dahulu dia terpaksa mencari wang saku sendiri dan bekerja di restoran menyediakan menu roti canai yang secara tidak langsung memberi peluang kepadanya mempelajari cara membuat makanan itu.
Mohiadin menunjukkan cara menerbangkan roti canai ke dalam pinggan pelanggan.

Katanya, selepas mendapat kepercayaan pemilik restoran itu, dia menjadi penebar roti canai dan mula membuat pelbagai aksi menebar dan melemparkan ke udara seperti piring terbang sebagai daya tarikan kepada pelanggan.
“Aksi itu mendapat tepukan dan sorakan daripada pelanggan yang berkunjung ke restoran tempat saya bekerja sebelum berhenti untuk menumpukan perhatian kepada kerja di agensi kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti.

“Bagaimanapun saya akan menunjukkan kemahiran itu apabila diminta menjadikannya salah satu gimik bagi memeriahkan majlis yang diadakan termasuk di agensi kerajaan tempat saya bertugas sebelum bersara beberapa tahun lalu,” katanya.
Beberapa penghuni memulakan majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dengan menyampaikan lagu Negaraku.

Sementara itu majlis sambutan berkenaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku oleh beberapa penghuni pusat jagaan itu yang kemudiannya disusuli beberapa lagu patriotik yang mendapat bimbingan daripada sukarelawan paramedik Pathama Vathy Arumugan.
Pada majlis itu juga, warga emas Alias Othman, 64, dipilih untuk menerima Anugerah Penghuni Terbaik 2020 manakala Abu Talib Borhan, 66, menerima Anugerah Terbaik Fisio dengan Rehabilitasi.
Pathma Vathy berkata, kedua-dua warga emas berkenaan walaupun tersisih di pusat jagaan itu sejak beberapa tahun lalu dan mengalami masalah kesihatan tetapi mereka tetap aktif serta rajin membantu rakan-rakan menjalankan aktiviti di situ.
Pengerusi pusat jagaan itu, Roslan Saidin, berkata sambutan bulan Kemerdekaan sering dianjurkan di pusat berkenaan sebagai salah satu aktiviti memupuk semangat patriotik dalam kalangan penghuni supaya mereka tidak berasa tersisih.
Hamidah Osman (kanan) dan Siti Khalijah Saat bersemangat memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Katanya, aksi roti canai terbang itu sebagai gimik untuk menghiburkan hati penghuni pusat jagaan berkenaan, di samping menunjukkan sikap ambil peduli pelbagai pihak khusus sukarelawan yang hadir bagi bersama-sama mereka meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
Majlis itu dihadiri lebih 50 sukarelawan dari h0spital Kajang, h0spital Ampang, Mama Yati Harimau Malaya dari Sungai Buluh, Green Charity Nilai, Negeri Sembilan, Pasukan RnT Entertainment dan penduduk sekitar. – KitaReporters
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: Kisah Benar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2020/08/roti-canai-terbang-sambutan-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Senarai Roti Canai Popular Di Kedai Mamak Malaysia Mesti Cuba

30 Senarai Roti Canai Popular Di Kedai Mamak Malaysia Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1492 hits
ROTI canai memang tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini malah ia turut diminati pelancong asing Jika dahulu roti canai menjadi menu sarapan namun peredaran zaman dan masa menjadikan makanan ini dinikmati tanpa mengira waktu Tidak s...
Tanpa Zuraida Pun Pkr Terus Hidup Amk Ampang Anjur Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tanpa Zuraida Pun Pkr Terus Hidup Amk Ampang Anjur Sambutan Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 409 hits
Angkatan Muda KEADILAN Ampang bersama Pertubuhan Pembangunan Intelektual Insan menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan di Pangsapuri Ampang Saujana Ampang baru baru ini Program tersebut turut mengundang wakil dari Jabatan Bomba dan pihak Ma...
Vivo Malaysia Meriahkan Sambutan Kemerdekaan Dengan Filem Kita

Vivo Malaysia Meriahkan Sambutan Kemerdekaan Dengan Filem Kita

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 528 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteravivo Malaysia Meriahkan Sambutan Kemerdekaan dengan Filem Kita Apa khabar buat para pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku berpeluang untuk menonton sebuah filem menarik yang diha...
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke 50

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke 50

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 481 hits
No Ruj 08 20 07 27 Aug 2020 Embargo Untuk Siaran Segera Bank Negara Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke 50 Duit syiling peringa...
Habib Meraikan Sambutan Merdeka Bersama Finalis Miss Universe Malaysia 2020

Habib Meraikan Sambutan Merdeka Bersama Finalis Miss Universe Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 604 hits
Hi Korang Jenama barangan kemas tempatan HABIB meraikan sambutan merdeka bersama dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63 Sebagai syarikat tempatan yang bertapak sejak negara ini mencapai kemerdekaan HABIB menyambut bulan patriotik ini de...
Kemerdekaan Ke 63 Soalan Terjah Buat Rakyat Malaysia Video

Kemerdekaan Ke 63 Soalan Terjah Buat Rakyat Malaysia Video

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 491 hits
Soalan Terjah Buat Rakyat Malaysia Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 63 ini kami challenge rakyat Malaysia untuk jawab beberapa soalan berkaitan dengan negara tercinta kita Malaysia Ada yang boleh jawab ada yang lupa dan ada yang main te...
Repair Lcd Dan Tukar Battery Handphone Area Alor Gajah Melaka Murah Sempena Bulan Kemerdekaan

Repair Lcd Dan Tukar Battery Handphone Area Alor Gajah Melaka Murah Sempena Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 588 hits
JIMAT SEHINGGA RM130 RINGGIT BIAR BETUL YERR BETUL BOSSKU PROMOSI KAW SEMPENA BIRTHDAY BOSSKITA 31 8 NANTI HAA APA TUNGGU LAGI SIAP WARRANTY 1 BULAN TAU SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2020 NIE BOLEH LAH DAPATKAN HARGA YG GILA MURAH SIAP WARRANTY...
Malaysia Airlines Tambah Lebih Banyak Penerbangan Ke Sabah Pada Bulan September

Malaysia Airlines Tambah Lebih Banyak Penerbangan Ke Sabah Pada Bulan September

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 513 hits
Malaysia Airlines tambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke tiga destinasi di Sabah bulan depan Kekerapan penerbangan ke Sabah ditambah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group Kapten Izham Ismail berkata jumlah kekerapan pen...
Kisah Benar Semperna Bulan Kemerdekaan

Kisah Benar Semperna Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 634 hits
Kredit komik burukBangladesh kerja di Malaysia tak sampai setahun sudah fasih berbahasa Kebangsaaan malah tahu tentang Jalur Gemilang Namun tahukah anda ada segelintir manusia yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dan memiliki Mykad Malaysia...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor