Kes Src Kenapa Tidak Didakwa
KES SRC
1. 8 Disember ini, keputusan rayuan Najib Razak akan diketahui umum. Punya lah lama kita tunggu dah lebih 6 bulan. Mengikut laporan dia ada 307 alasan rayuan. Itu mungkin penyebab keputusan perlu masa panjang. Namun, dengan 307 alasan kepada Mahkamah, Najib Razak masih tidak puas hati.2. Team Media pro Najib seperti telah buat tindakan SUBJUDIS kepada Mahkamah. 2-3 minggu ini tersebar dalam whatsapp, teori konspirasi bekas Gabenor Bank Negara nak mengenakan dia. Dituduh suami Zeti pun terbabit sama. 3. Pada saya, kalau betul suami Zeti salah, dakwalah. Kalau betul pun ada kesalahan, tidaklah boleh menyucikan Najib yang telah buat korupsi dan salah guna kuasa. Duit SRC masuk akaun peribadi dia dan dibelanjakan jua. Takkan lah salah orang lain pula?4. Tambah yang menghairankan, ketika peringkat pembelaan, Najib ditawarkan untuk panggil Zeti dan suami sebagai saksi, peguam dia tak berani panggil pula. Kenapa? Nak dijadikan hal, dengan segala macam penyiasatan dibuat, kenapa baru sekarang nak timbulkan isu konspirasi? Padahal isu ni katanya dah tahu sejak 2019.5. Kes SRC Najib ni senang je sebenarnya. Hakim Mahkamah Tinggi telah dapati dia bersalah kerana salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Guna kuasa yang dia ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk pengaruhi kelulusan KWAP untuk beri dana kepada SRC. RM4 bilion kesemuanya.https://www.malaysiakini.com/news/5366626. Dan bila disemak melalui money trail, sebahagian duit tersebut iaitu RM42 juta masuk terus ke dalam akaun NR. Bukan itu sahaja, ia juga dibelanjakan untuk diri sendiri dan keluarga. Siap ada bukti dia guna duit tu untuk belanja mewah di Hawaii. Dalam bahasa orang politik, NR seolah2 dapat “kickback” daripada kuasa yang dia ada.7. Pembelaan dia ada tiga. (1) Dia ingat duit yang masuk tu derma Raja Arab (2) Dia tak tahu dia ditipu Jho Low (3) Dia belanja duit bukan saja untuk diri sendiri tapi untuk parti dan kebajikan.8. Mahkamah Tinggi tolak semua alasan tersebut. Tiada bukti kukuh yang Raja Arab yang sudah meninggal masukkan duit tersebut. Kerana tak pernah dibuat orang, sumbangan masuk terus ke akaun peribadi. Lari dari tradisi keluarga Diraja Saudi. Dan surat photostat yang dikemukakan kepada mahkamah pun tiada kredibiliti. Malah tiada wakil Kerajaan Arab yang boleh jadi saksi.9. Lebih penting, lepas dapat duit derma, tiada bukti tunjukkan Najib Razak ucap terima kasih. Sebagaimana yang lazimnya dalam protokol diplomasi antarabangsa. Makanya, Mahkamah tidak boleh terima.10. Lagi satu alasan yang diberi, dia kata dia ditipu Jho Low. Dia tak tahu apa yang terjadi dalam akaun sendiri. Maka, Mahkamah tak boleh salahkan dia. Bayangkan seorang Perdana Menteri berkata begitu? Tak ke haru? Kalau diikutkan alasan ni, semua kita boleh belanja duit suka hati, walaupun hasil duit menyamun. Nak lepas, cuma perlu cakap kita tak tahu. Of coz, ini tidak diterima Hakim pada masa itu.11. Alasan ketiga, dia kata duit itu digunakan untuk tujuan CSR dan kebajikan. Apapun kegunaannya, dana Kerajaan yang diambil dari KWAP tidak boleh masuk ke akaun peribadi untuk dibelanjakan. Kena ingat, duit KWAP bagi pada SRC sampai RM4 bilion. Sebahagian daripadanya masuk akuan najib untuk dia berjoli. Buktinya ada melalui money trail, tak langsung dibangkang oleh Najib dalam Mahkamah.12. Sekarang pinjaman RM4bilion itu telah naik hingga RM9.6billion termasuk bunga. Kerajaan kena bayar pula. Ni nescaya kena ditanggung oleh cucu cicit kita. Tak ke bahana?13. Saya telah ceritakan fakta kes penghakiman NR sebagaimana yang dilaporkan dalam dada akhbar dan dalam penghakiman Mahkamah Tinggi. Sudah diputuskan, Najib Razak dijatuhkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun. Lusa, Mahkamah Rayuan akan buat keputusan pula. Kita tengokkan saja…14. Akhir sekali yang peliknya, satu Malaysia tahu kita ditipu hidup2 oleh Jho Low dan kuncu2. Dia lepas bebas dan Najib perlu “take the fall”. Tetapi, hairan bin ajaib, tidak pernah sekali pun NR dan team media bantai Jho Low. Tuan puan tak heran ke kenapa begitu?Wallahu a’alam.Salam hormat,Liyana Marzuki
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kes-src-kenapa-tidak-didakwa.html