Sri Pahang Gagal Peminat Tidak Gembira Jika Dollah Kekal Dan Di Angkat Sebagai Pengurus
KUANTAN - Rata-rata peminat bolasepak Pahang tidak gembira mendapat perkhabaran bekas jurulatih Sri Pahang FC bakal diangkat sebagai pengurus baru skuad Tok Gajah untuk saingan liga M musim hadapan.
Dollah adalah antara individu yang berada dalam pasukan Sri Pahang FC ketika zaman merudum musim ini. Beliau mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih daripada Thomas Dooley selepas dua kekalahan awal musim.
"Kita ingat Dollah akan bawa perubahan, namun badi kekalahan dan seri terus saja menghantui pasukan Pahang. Hinggalah beliau membawa masuk beberapa pemain import baru pada pertengahan musim.
"Sangkaan kita, sang gajah akan mengamuk sakan selepas kemasukan lima pemain import baharu itu. Namun, segalanya hanya indah khabar dari rupa. Awal-awal saja ada perubahan, namun selepas itu terus merudum.
"Sri Pahang FC bernasib baik kekal dalam Liga Super dan berjaya layak ke Piala Malaysia. Sepatutnya disitu Dollah atur strategi baharu bagi meningkatkan prestasi anak buahnya. Namun ternyata sama dan akhirnya skuad Tok Gajah tersingkir dalam persaingan kalah mati Piala Malaysia yang menyaksikan KL City FC bergelar juara", kata seorang pemerhati bolasepak Pahang dari Sungai Isap dekat sini.
Beliau hairan hanya pemain yang diambil tindakan termasuk tidak disambung kontrak mereka, tetapi kelibat Dollah Salleh masih cuba dipertahankan oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
"Saya fikir, bukan sahaja barisan pemain dipertanggungjawabkan, malah pengurusan juga perlu terlibat sama dan dirombak. Apa guna kekalkan mereka yang gagal berfungsi untuk memajukan bolasepak Pahang?. Lebih baik tukar, termasuk juga Dollsh Salleh", katanya lagi.
Tambah beliau, Dollah ternyata telah gagal. Kenapa perlu diangkat sebagai Pengurus pula?. Apakah tidak ada individu lain yang lebih berkeliber untuk memimpin Sri Pahang FC?. Kenapa mahu kekalkan mereka yang sudah tidak berkualiti?.
Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pemibat bolasepak Pahang sebenarnya. Daripada sebuah pasukan elit, kini Tok Gajah menjadi pasukan belasahan hatta oleh kelab bawahan liga sekali pun.
Ayuh, kembalikan maruah bolasepak Pahang. Ubah pemain dan pengurusan baharu. Jika kekal muka yang sama, maka Sri Pahang FC akan tetap sama. Jika tidak kalah, seri. Seindah namanya Sri Pahang FC. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/sri-pahang-gagal-peminat-tidak-gembira.html