Rosak Fabrik Kepala Bapak Kau
siti hafidah  Gesaan ultra kiasu bantah tulisan khat kurang ajar: Ridhuan Tee

BANGI – “Merosakkan fabrik kepala ‘bapak’ kau? Kamu sudah menjadi  secina-cinanya, malah lebih Cina daripada Cina di negara China, mahu apa  lagi. Berbaris minta jadi warganegara tetapi Bahasa Melayu  tunggang-langgang? Layakkah kamu tinggal di sini.”
Demikian bidas pendakwah bebas, Prof Dr  Ridhuan Tee Abdullah mengenai gesaan DAP termasuk Ahli Dewan Undangan  Negeri (Adun) kepada anggota Kabinet parti itu supaya membantah  rancangan memperkenalkan tulisan ‘khat’ atau seni kaligrafi dalam  kurikulum tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular
Terdahulu, seramai 138 pemimpin akar umbi  DAP, termasuk 13 Adun membuat gesaan itu berikutan murid sekolah  vernakular sudah mempelajari ‘tiga bahasa dan tiga sistem penulisan’
Kumpulan itu mendakwa, pengenalan tulisan ‘khat’ adalah usaha untuk ‘melembagakan’ dan mempolitikkan tulisan Jawi
“Kami bukan tak setuju bahawa ‘khat’  mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk  menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar
“Mereka yang mempunyai agenda mungkin  merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi  diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia,” katanya
Difahamkan, gesaan itu timbul selepas  Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini memaklumkan  bahawa, penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah akan terus  digunakan sehingga tahun 2020
Beliau menjelaskan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan sejak tahun 2016
Menyifatkan gesaan pemimpin DAP itu  sebagai agresif, Ridhuan Tee berkata, proses ‘pencinaan’ sedang berlaku  secara besar-besaran untuk menenggelamkan sebarang identiti Melayu dan  Islam selaku penduduk asal negara ini
Beliau mengingatkan ultra kiasu yang juga  ‘pendatang’ supaya sedar diri sekiranya mahu meneruskan proses  ‘pencinaan’ di negara ini
“Kerajaan sudah terlalu baik, memberikan  kebebasan pendidikan dengan wujud sekolah vernakular secina-cinanya  sehingga orang daripada negara Komunis China menggeleng kepala melihat  proses ‘pencinaan’ yang sangat keterlaluan, mereka yang Cina di China  pun tidak dapat ‘pencinaan’ seperti ini
“Bandar Sekinchan seolah-olah berada di  negara China. Saya tidak tahu, apa kerja PBT (pihak berkuasa tempatan)  dalam memantau perkara ini? PBT di sana goyang telurkah
“Seultra-ultra mendiang Lee Kuan Yew,  mendiang masih boleh membaca jawi dengan baik. Bukankah itu satu kredit.  Peliknya ultra kiasu ini lebih ultra daripada mendiang Lee Kuan Yew.  Dalam kata lain, ultra kiasu yang ada di negara ini sangat bahaya.  Pemikiran mereka lebih Komunis daripada Komunis,” kata beliau
Pada masa sama, Ridhuan Tee meminta  kerajaan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk  mengajar ultra kiasu ini daripada menjadi kurang ajar
“Apa-apa yang boleh mencetuskan  keharmonian negara ini sehingga mereka hilang rasa hormat kepada  penduduk dan peribumi, humban terus mereka ini ke penjara,” tegas  beliau
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/rosak-fabrik-kepala-bapak-kau.html