Rohto Eye Care Sending Love Care The Joy Of Seeing


Rohto Eye Care, peneraju dalam menyediakan penyelesaian penjagaan mata yang inovatif, dengan bangganya mengumumkan kejayaan luar biasa bagi kempen CSR tahunan, “Sending Love & Care: Joy of Seeing.” Tahun ini, Rohto Eye Care menjangkaui 7,500 pelajar dari 5 sekolah rendah, dengan lebih 50% daripada latar belakang kurang berkemampuan, untuk mendidik dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan penting mengenai kesihatan mata.




KEMPEN CSR TAHUNAN ROHTO EYE CARE “SENDING LOVE & CARE: THE JOY OF SEEING” MEMBAWAKAN VISI PENGLIHATAN KEPADA LEBIH DARIPADA 7,000 PELAJAR





Sekolah penerima manfaat kempen tahun ini termasuk SK Seksyen 20, SK Seri Setia, SK Taman Bunga Raya 2, SK Taming Jaya, dan SK Taman Midah 2. Dengan memberikan tumpuan kepada komuniti ini, Rohto Eye Care memberi impak yang besar kepada pelajar yang mungkin tidak mempunyai akses kepada pendidikan kesihatan mata yang penting.
Rohto Eye Care, dengan kerjasama rakan kongsi yang unggul seperti Watsons, Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd., dan PINTAR Foundation, berdedikasi untuk memupuk masa depan yang lebih cerah untuk pelajar-pelajar ini. Kempen ini termasuk:
• Ceramah Pendidikan Kesihatan Mata: Wakil daripada Rohto Eye Care telah menjalankan sesi interaktif yang cukup menarik, mengajar pelajar tentang kepentingan kesihatan mata, langkah pencegahan dan amalan penjagaan mata yang sihat.
• Sesi Pemeriksaan Mata: Pemeriksaan mata secara menyeluruh telah dijalankan untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu sedia ada dengan segera.
• Penajaan Cermin Mata Preskripsi: Bagi pelajar yang memerlukan bantuan visual, Rohto Eye Care telah menyediakan cermin mata preskripsi secara PERCUMA, bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang melihat dunia dengan lebih jelas.




Untuk menjadikan pembelajaran tentang kesihatan mata menyeronokkan, kempen ini telah menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk:
• Permainan Mini Berkaitan Penglihatan: Permainan seperti Sematkan Ekor sambil ditutup mata, Permainan Memori Padanan Kad dan Cari Warna Ganjil boleh membantu mengukuhkan pelajaran kesihatan mata dengan cara yang menarik.
• Pertandingan Melukis dan Mewarna: Menggalakkan kreativiti sambil menekankan kepentingan penglihatan, di mana hadiah telah diberikan kepada pemenang di setiap sekolah.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, menyatakan keghairahan beliau terhadap inisiatif tersebut: “Ini adalah tahun ketiga berturut-turut kempen ‘Sending Love & Care: Joy of Seeing’ kami. Bermula dengan hanya dua sekolah pada 2022, ia telah berkembang kepada tiga sekolah pada 2023, dan kini mencapai lima sekolah pada 2024, perjalanan kami ini membuktikan kuasa komuniti dan kerjasama. Kami amat berterima kasih kepada rakan kongsi kami – Watsons, Focus Point dan PINTAR Foundation – atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.”
Penyelidikan menunjukkan bahawa rabun jauh semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak kecil disebabkan peningkatan penggunaan peranti digital. Dengan menyediakan pendidikan dan saringan kesihatan mata, Rohto Eye Care menyasarkan untuk mencegah potensi masalah mata dan meningkatkan kualiti hidup pelajar-pelajar ini, sambil memastikan mereka mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup.

Pembiayaan untuk kempen “Sending Love & Care: Joy of Seeing” dijana melalui inisiatif unik: di mana RM1 daripada jualan setiap produk Rohto Eye Care di Watsons pada Jun 2024 telah disumbangkan kepada kempen tersebut. Usaha yang didorong oleh komuniti ini mengetengahkan kuasa kolektif sumbangan kecil untuk mencipta perubahan positif yang ketara.
Rohto Eye Care komited untuk meningkatkan kualiti hidup melalui penyelesaian penjagaan mata yang inovatif. Dengan memberi tumpuan kepada pendidikan dan sokongan daripada masyarakat, Rohto Eye Care berusaha untuk memberi impak yang berkekalan kepada kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, memastikan masa depan yang lebih sihat dan cerah untuk semua.
Mengenai Syarikat Mentholatum
Syarikat Mentholatum, Inc. Ditubuhkan pada tahun 1889 dan merupakan pengilang dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabat mereka berada di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dengan operasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun.
Pembuatan dijalankan di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran di lebih 150 negara. Syarikat berkenaan, yang dipegang secara persendirian selama 99 tahun, telah diperoleh oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto ialah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan kesihatan perut.
Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah berkembang dan berkembang maju daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian sehingga ianya menjadi sebuah syarikat antarabangsa, memasarkan ubat proprietari berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan di banyak negara di seluruh dunia, keluarga produk Mentholatum mempunyai memperoleh reputasi untuk kualiti dan dengan nilai tersendiri. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.
Jenama di bawah Mentholatum termasuk: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Acnes, Selsun Blue, Deep Heat, 50 Megumi, Melano CC, Dermistry+.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2024/10/rohto-eye-care-sending-love-care-joy-of.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Joy In Little Things

The Joy In Little Things

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 68 hits
Dalam hidup ini kalau tak dapat apa yang kita suka belajarlah untuk suka dengan apa yang kita dapat Hidup tak selalu berjalan mengikut apa yang kita pilih tapi kita masih boleh memilih untuk bergembira dengan hal hal kecil nbsp Malam ni ram...
Nam Yoonsu Kritik Netizen Persoal Hubungan Songsang Dalam Love In The Big City

Nam Yoonsu Kritik Netizen Persoal Hubungan Songsang Dalam Love In The Big City

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 56 hits
Sebagai seorang pelakon sudah semestinya mereka akan mencuba watak baru untuk mengembangkan karier lakonan masing masing Artikel Berkaitan Dalam sebuah tembual bersama majalah Allure Nam Yoon su telah berkongsi lanjut mengenai wataknya dala...
The Primary Mistakes To Avoid In A Kitchen Remodel

The Primary Mistakes To Avoid In A Kitchen Remodel

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 77 hits
The decision to remodel a kitchen is not one to be taken lightly It may cost you thousands of dollars that cannot be taken back and many hours must be dedicated to this project Despite The post appeared first on
The Future Of Digital Advertising Trends Shaping The Industry In 2024

The Future Of Digital Advertising Trends Shaping The Industry In 2024

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 106 hits
In the constantly changing fast paced digital age companies require more than just a prominent online presence to be noticed They require new strategies which captivate audiences and promote meaningful interaction A digital creative agency ...
Tailored To Perfection Why The Best Haircut Can Transform Your Look

Tailored To Perfection Why The Best Haircut Can Transform Your Look

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 203 hits
If it s about personal style few things are as effective as a well crafted haircut A well chosen haircut can transform your appearance and increase your confidence regardless of whether you want a subtle trim or a totally new style Finding ...
Sabah Umno To Woo Fence Sitters Mobilise The Young

Sabah Umno To Woo Fence Sitters Mobilise The Young

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 64 hits
Salleh Said Keruak expressed optimism that Kota Belud will be a stronghold for the party PETALING JAYA Sabah Umno will seek to woo fence sitters and young voters as part of its new approach to secure victory at the next s says the state par...
Why Steel Building Barndominiums Are The Future Of Modern Living

Why Steel Building Barndominiums Are The Future Of Modern Living

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 162 hits
In recent years barndominiums have surged in popularity across the United States as a unique stylish and functional living option Initially popularized by homeowners seeking a blend of rustic charm and contemporary convenience barndominiums...
Beyond The 3rs A Non Emotive Analysis

Beyond The 3rs A Non Emotive Analysis

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 94 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has wisely declared that academics can talk about the 3Rs but not incite hate Sept 21 After more than six decades of scholarly reflection upon these matters so central to Malaysian statehood and national identit...
Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Watak Utama

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Watak Utama

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 101 hits
Kita hanyalah watak utama dalam kehidupan sendiri dan watak sampingan dalam kehidupan orang lain
Iran Lancar Lebih 180 Peluru Berpandu

Tetap Setia Definisi Dalil Dan Penerapannya Dalam Islam

Kenapa Pasar Malam Semakin Kurang Meriah

Teladani Dr Na Im Yang Humble

How Slot Communities Rank The Best Sites

Hari Bahagia Bertukar Pilu Pengantin Perempuan Batalkan Perkahwinan

Slot168 8 67 168slot 1 500 Joker Pg Slotxo 168 Top 83 By Tasha 168slotvip Vip

Poster Retro Selamat Datang Ke Um Ini Mengimbau Nostalgia Pertama Kali Belajar Komputer


echo '';
10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton

Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live


Sarapan Pagi Di Mee Sham Roti Doll Pantai Johor

Tidur Cukup Rahsia Kekal Muda Dan Sihat

Komunitas Blogger No 1 Indonesia Tempat Berkumpulnya Kreator Konten Digital

Rohto Eye Care Sending Love Care The Joy Of Seeing

Boony And Co Dan Caring Pharmacy Melancarkan Produk Tribiotics

How Two Brothers Racing Exhaust Enhances Sound And Performance On Harleys