Robothink Mendidik Generasi Intelektual Pemacu Revolusi Perindustrian Malaysia
Menyedari perkembangan kanak-kanak perlu diterapkan pada usia yang muda membuka peluang RoboThink membuka cawangan pertamanya di Malaysia bagi memberi pendidikan sekaligus mendidik generasi intelektual yang akan dibanggakan Malaysia kelak
Menjadi buah tangan RoboThink yang menjadi pemangkin program edu-tainment untuk kanak-kanak yang popular di Amerika Syarikat kini menerapkan pengalaman dan pembelajaran yang membolehkan pelajar-pelajar bereksperimentasi menggunakan set robotik untuk membina robot pelbagai bentuk, saiz dan fungsi
ROBOTHINK MALAYSIA
Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian-kajian yang berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pendidikan yang diterapkan menggunakan kaedah STEM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ) ; menggabungkan disiplin akademik bagi meningkat daya saing dalam pembangunan Sains dan Teknologi. Sekaligus, kaedah ini memberi implikasi pembangunan tenaga kerja dan kreativiti anak-anak seawal usia 5 tahun.
“dengan peredaran ekonomi global masa kini, sangat penting untuk kita mendidik generasi akan datang terutamanya dari sudut pengetahuan tentang STEM.. kami merancang untuk membuka 50 pusat robotik di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dan berharap dapat mendidik bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan..”
- Mr. Danny Park ; CEO RoboThink Global
RoboThink menyediakan TIGA PROGRAM mengikut peringkat umur :
ROBOTHINK JUNIOR PROGRAMME
Dikhususkan untuk pelajar berusia 5 – 7 tahun Menggabungkan teknik robotik dan coding menggunakan perisian mudah difahami Terdapat 3 Tahap merangkumi 12 topik pembelajaran
ROBOTHINK ROBOTICS PROGRAMME
Untuk pelajar berusia 8 tahun dan ke atas Menggunakan kit robotik dan kurikulum yang terbuka bagi membolehkan setiap pelajar membina dan mengubahsuai robot mengikut kreativiti dengan bimbingan tenaga pengajar terlatih Dengan lebih 100 model binaan yang unik terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, fungsi dan mengikut tahap kesukaran yang sesuai Terdapat 6 Tahap dengan setiap satunya mengandungi 12 topik pembelajaran
ROBOTHINK CODING PROGRAMME
Untuk pelajar 8 tahun dan ke atas RoboThink membuatkan pembelajaran kod interaktif lebih seronok kerana pelajar akan didedahkan dengan Robotics Kit, Perisian Ro-Code dan juga buku kerja khusus bagi memudahkan pelajar memahami kod untuk membina robot Menekankan 6 Tahap yang menitikberatkan soal memori, kritis dan logik
Selari dengan misi RoboThink yang mahu menerapkan pendidikan yang berkualiti disamping melahirkan generasi yang mampu menyelesaikan masalah dengan pemikiran kreatif dan kritis, RoboThink mengambil kira masa hadapan dan laluan liku para pelajar yang semakin berdaya saing. RoboThink percaya setiap kanak-kanak perlu meneroka dan menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan salah satu teknik yang diserapkan oleh RoboThink iaitu berimaginasi dan membina semula imaginasi tersebut
Sinonim dengan jadual sehari-hari seorang pelajar berusia 8 tahun, mungkin kelas tambahan RoboThink dapat memberi inspirasi baharu disamping memberi ruang untuk anak-anak bermain secara ilmiah. Manalah tahu satu hari nanti terlahirnya Jurutera, Pengaturcara Komputer, Ahli Robotik dan Ilmuan Robotik pada masa akan datang yang mampu mengharumkan nama negara. Siapa tahu
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai program dan informasi terkini tentang RoboThink, mungkin pautan di bawah boleh membantu
LAMAN WEB : https://www.robothink.com.myFACEBOOK : https://www.facebook.com/RoboThinkMalaysiaINSTAGRAM : https://www.instagram.com/RoboThinkMalaysia
LOVE ;ATIE ADNAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.atiehilmi.com/2019/04/robothink-mendidik-generasi-intelektual.html