Malaysia Genting Beli Kapal Equanimity Pada Harga Usd126 Juta


KUALA LUMPUR: Putrajaya bersetuju untuk menjual superyacht yang dikaitkan dengan skandal berbilion dolar dana kerajaan 1MDB kepada pengendali kasino Genting Malaysia Bhd pada harga AS$ 126 juta maklum Peguam Negara Tommy Thomas hari ini.
Equanimity adalah aset yang didakwa dibeli oleh pembiaya buruan Low Taek Jho, kata pegawai AS dan Malaysia.
Jho Low didakwa membayar US$250 juta untuk kapal layar itu, yang mempunyai hiasan dalaman marmar berdaun emas, spa, sauna, kolam renang 20 meter, syiling kaca, teater dan helipad. – Majalah Review Malaysia 
Di bawah adalah Kenyataan media oleh Peguam Negara Tommy Thomas mengenai penjualan kapal Equanimity milik Jho Low kepada Genting Malaysia Bhd.
DENGAN sukacitanya Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kapal layar besar Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Bhd ataupun syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) nya pada harga USD126 juta. Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada hari ini telah memberikan kelulusan untuk menerima, tawaran untuk membeli Equanimity daripada Genting atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif.
Harga jualan USD126 juta akan dibayar oleh Genting, dan akan diterima oleh Mahkamah, pada penghujung April 2019. Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk Kerajaan Malaysia; dalam jangka masa cuma 8 bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.
Jumlah USD126 juta ini ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan, semenjak Oktober 2018, apabila Equanimity mula-mula sekali diumumkan untuk jualan. Banyak tawaran yang telah diterima dalam tempoh ini, dan hanya sebilangan kecil sahaja yang melebihi USD100 juta. Walau bagaimanapun, Genting telah menawarkan harga tertinggi, yang pada hari ini telah diluluskan oleh Mahkamah untuk diterima. Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan Kerajaan Malaysia, tiada komisyen ejen yang perlu dibayar; yang membawa kepada penjimatan sebanyak USD4.4 juta. Kesannya, meskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak USD130 juta tidak dicapai, namun pulangan bersih kepada Kerajaan Malaysia ialah yang sebaiknya, kalaupun tidak lebih baik daripada yang dijangkakan.
Jualan kehakiman pada nilai USD126 juta adalah bersejarah, dari mana-mana segi pun. Jumlah ini merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman kita dalam hal memastikan nilai pasaran diperoleh daripada kapal yang dijual melalui proses Mahkamah, tanpa sebarang diskaun. Perkara ini harus dipuji, lebih-lebih lagi memandangkan hasil ini dicapai daripada jualan kapal layar besar yang mewah dan sofistikated, yang kumpulan pembelinya adalah terlalu kecil.
Harga jualan yang sangat memuaskan sebanyak USD126 juta ini berjaya dicapai sebahagian besarnya melalui kepakaran dan kemahiran Kumpulan Perundangan yang mewakili Kerajaan Malaysia, kepada mereka saya berikan penghormatan. Kumpulan Perundangan ini telah bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka, bergerak untuk bertemu dengan pembeli berpotensi di Hong Kong dan London, dan menanggung sendiri kos-kos perjalanan ini; bagi memastikan jangkauan seluas mungkin, dan untuk memahami dengan lebih baik keadaan-keadaan jualan tersebut. Usaha mereka dilengkapi dengan kerjasama daripada Syerif Mahkamah yang tangkas dan mantap; serta profesionalisme dan kesediaan Hakim Admiralti untuk bertindak dalam keadaan-keadaan yang amat luar biasa.
Tentera Laut Diraja Malaysia telah bermurah hati memberikan ruang untuk Equanimity berlabuh selama lebih 5 bulan, tanpa sebarang caj dikenakan. Pihak Tentera Laut Diraja Malaysia, bersama-sama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, telah memastikan keselamatan dan kesejahteraan Kapal tersebut semasa di bawah tahanan, malahan telah dengan berhati-hati mengiringi kapal semasa membuat ‘sea trials’ bersama pembeli-pembeli berpotensi. Kerajaan Malaysia amat berterima kasih atas bantuan ini, kerana ia telah banyak membantu dalam hal mengurangkan kos pengelenggaraan Equanimity semasa di bawah tahanan.
Bagi tujuan ketelusan, suatu kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik sahaja harga jualan diterima, berserta dengan perincian perbelanjaan yang ditanggung, dan jumlah bersih yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang baru dibuka.
Kerajaan Malaysia menghargai tawaran yang diterima daripada Genting. Hakikat bahawa Equanimity dibeli pada nilai pasaran sebanyak USD126 juta oleh Kumpulan Genting, yang memiliki limbungan kapal untuk membina kapal layar besar dan mengendalikan bahagian pencateran kapal layar mewah memang sesungguhnya amat penting.
Tommy Thomas
Peguam Negara
3 April 2019  – Majalah Review Malaysia 
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Umno gagal dapat wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Genting beli kapal Equanimity pada harga USD126 juta appeared first on Malaysian Review.


sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/malaysia-genting-beli-kapal-equanimity.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapal Equanimity Dijual Dengan Harga Rm514 4 Juta

Kapal Equanimity Dijual Dengan Harga Rm514 4 Juta

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 302 hits
Kapal Equanimity Dijual Dengan Harga RM514 4 Juta Kapal mewah Equanimity telah dibeli oleh dengan harga AS 126 juta Kapal Equanimity Dijual Dengan Harga RM514 4 Juta Perkara itu disahkan oleh Ahli Lembaga Peguam Negara hari ini Harga jualan...
Kapal Pesiaran Mewah Equanimity Dijual Kepada Syarikat Genting Malaysia Bhd

Kapal Pesiaran Mewah Equanimity Dijual Kepada Syarikat Genting Malaysia Bhd

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 388 hits
Kapal pesiaran mewah Equanimity dijual kepada syarikat Genting Malaysia Bhd kata Jabatan Peguam Negara hari ini Dalam kenyataannya kapal itu dijual pada harga AS 126 juta Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur hari ini meluluskan penerimaan taw...
Genting Beli Equanimity Rm514j

Genting Beli Equanimity Rm514j

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 288 hits
Genting beli Equanimity RM514j Sumber Harian Metro 04 04 2019 Setempat M S 5
Equanimity Dijual Kepada Genting Pada As 126 Juta

Equanimity Dijual Kepada Genting Pada As 126 Juta

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat tujuan khas Genting Malaysia Bhd pada harga AS 126 juta Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata Genting akan membayar AS 126 j...
Xiaomi Redmi Go Boleh Dibeli Pada Harga Rm299 Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

Xiaomi Redmi Go Boleh Dibeli Pada Harga Rm299 Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 310 hits
Xiaomi kini dilihat telah menyenaraikan Redmi Go dibawah penawaran kedai rasmi mereka di Lazada dan memperlihatkan ia bakal dijual untuk pasaran tempatan bermula minggu hadapan pada harga RM299 Redmi Go merupakan telefon pintar berasaskan s...
Steve Emmanuel Keberatan Didakwa Jaksa Beli Kokain Rp 150 Juta

Steve Emmanuel Keberatan Didakwa Jaksa Beli Kokain Rp 150 Juta

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 134 hits
Jaksa Penuntut Umum mendakwa artis Steve Emmanuel dengan dua pasal atas kasus penyelundupan kokain Sidang digelar di Pengadilan Negeri Jakarta Barat Kamis
Rusia Sanggup Beli Semua Minyak Sawit Malaysia

Rusia Sanggup Beli Semua Minyak Sawit Malaysia

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 386 hits
Sewajibnya semua menteri belajar bersikap macam Tun M kalau nak jadi pemimpin yang ada karisma dan berwibawa Deal Tun M mudah saja Hang tak mau beli minyak sawit kami kami akan beli jet dari China Nah Rusia dengan selamba tawarkan untuk bel...
Hellogold Aplikasi Jual Beli Emas Patuh Syariah Di Malaysia

Hellogold Aplikasi Jual Beli Emas Patuh Syariah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 478 hits
HelloGold merupakan sebuah aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS yang membolehkan anda membeli dan menjual emas secara online dengan mudah murah dan pantas Jadi bagi anda yang mahu menjual atau membeli emas dengan cara paling ri...
Pengecas Nirwayar 20w Daripada Xiaomi Ditawarkan Pada Harga Rm129 Di Malaysia

Pengecas Nirwayar 20w Daripada Xiaomi Ditawarkan Pada Harga Rm129 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 284 hits
Bersama sama pengenalan Xiaomi Mi 9 salah satu ciri yang turut diketengahkan adalah sokongan pengecasan nirwayar secara pantas dengan sokongan sehingga 20W Ia membolehkan pengguna mengecas peranti mereka secara nirwayar dengan lebih pantas ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Quick To Act Against Citizens Slow To Act Against Politicians

Skuter Ev Yang Tengah Viral Tu Rupanya Nak Gila Boleh Cecah Top Speed 175km Jam

Liverpool Bukan Pilihan Yang Tepat Untuk Alonso Kata Matthaeus

Kadar Mas Kahwin Pahang Naik Bermula Rm100 Daripada Rm22 50 Sultan Pahang

Zahid Selar Bekas Ahli Samakan Umno Biawak Hidup

Kempen Mypalmpride Dilancar Demi Betulkan Salah Anggap Pengeluaran Minyak Sawit