Road Trip Ke Hatyai Bersama Jomliburbajet 24 25 November 2018


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin berkongsi pengalaman menarik melancong ke luar negara iaitu Hatyai Thailand bersama ejen pelancongan #JomLiburBajet bersama Kak Jom. 

Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Jom kerana menjayakan Road Trip ke Hatyai kami. Trip Bukit kayu Hitam - Hatyai dengan kos RM 199 seorang ini dirancang sejak pertengahan tahun  2018. Admin bersama 21 orang member-member opis menaiki bas persiaran yang disediakan oleh Kak Jom dari Gerik membawa kami menuju ke Bukit Kayu Hitam.


Tengah punggah masuk bag dalam bas persiaranBas mula mengambil penumpang di pekan Gerik pada jam 11.00 malam dan akan berhenti di Pengkalan Hulu untuk mengambil penumpang dan seterusnya ke Bukit Kayu Hitam.Bas juga berhenti rehat selama 1 jam di RNR Gurun pada jam 3.00 pagi dan rombongan kami berhenti sembahyang subuh di  Masjid Bukit Kayu Hitam pada jam 6.30 pagi.

Selepas itu,kami bergegas ke immigration Malaysia untuk cop border pass dan kemudian ke  immigration Thailand untuk cop border pass. Kami kena beratur panjang dan mengambil masa yang lama untuk proses tersebut. 

Hari pertama - 24-11-2018 (Sabtu)

Setelah selesai cop-cop semua,pihak van sudah menunggu kami di luar pejabat immigration Thailand.Kak Jom menyediakan 4 buah van semuanya dengan setiap muatan 10 orang. Disebabkan kelewatan di Immigration Thailan,kami terlepas untuk sarapan pagi.Kami mula bergerak ke Hatyai dalam jam 10.30 pagi menaiki van yang disediakan dan menuju ke restaurant untuk makan tenghari.Makan tenghari adalah sendirian berhad ye.Hehehe..tidak termasuk dalam pakej.


Antara penumpang van bersama admin dalam van
Hentian pertama adalah di restaurant tomyam iaitu Chalee D'Hatyai Restaurant beralamat 3 Sripoovanart Nai Rd, Khuan Lang, Songkhla, Thailand. Dengan satu meja seramai 7 orang kami membuat pesanan nasi putih,tomyam,kerabu mangga,ikan saikap,ayam gorang halia,buah tembikai, dan air minuman.Kos seorang dalam 207 baht. Servis diaorang adalah memuaskan.







 

Setelah perut telah kekenyangan.Kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke 2 iaitu Bee Farm ( Barangan Berasaskan Madu ).Cuci mata tentang produk berasas lebah iaitu madu dan menikmati ice-krim madu.


Posing depan Bee FarmTaklimat ringkas tentang madu asliTerjebak beli madu asli 300gram 60 baht
Selepas itu,kami bergerak pula ke Kilang Gajus, Jeruk & Magee Tomyam Serta Perencah Tomyam. Kat sini memang hentian para pelancong dengan keadaan sesak ramai orang tengah beratur untuk membayar.Admin tak beli pun melihatkan panjangnya orang beratur untuk buat pembayaran.Mau sejam  menunggu.Tak berbaloiii..hehehehe jimat duit.






Selepas kilang gajus kami dibawa ke Nora Plaza beralamat 28 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Memang tumpuan pelancong dengan jual barang kemas, tshirt, souvenir dan paling byk dan dpt rekemen dr tourist guide tu barangan kulit la handbag, tali pinggang, purse dll la kat sini tak boleh tawar menawar fix price. kat sini admin tak beli apa-apa pun..modal ciput.Hehehehe..








Selepas itu,kami bergerak untuk cek in hotel iaitu Red Planet. Jam menunjukkan jam 3.00 petang waktu Thailand.Kami diberi masa rehat selama sejam  sebelum bergerak keluar untuk destinasi seterusnya.Admin keletihan sesampai hotel sampai terlelap tidur.Bilik hotel yang luas dan selesa.



Setelah semua berkumpul di luar hotel jam 4.30 petang, kami mula bergerak menuju ke Khlonghae Seafood iaitu tempat yang viral di facebook.Kami berada di sana sampai 8.30 malam. Waktu perniagaan jam 3pm - 10 pm.Pakej  Biasa: 179 baht (kalau tak silap) / Rm 23 dan Full pakej: 289 baht / Rm 37.‼ Ramai staff yg boleh cakap melayu.Siakap kengsom & siakap steam limau dia terbaik 👍🏻.‼ Surau disediakan. Masuk waktu ada org iqamah.


Ini  pakej 179 baht

ini pakej 289 baht.Ada bakar-membakar(grill).

179baht sorang pun dah kenyang...
Selepas itu,kami bergerak ke Asean Night Market beralamat Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Merupakan pasar malam yang terbesar di bandar Hatyai. Pasar ni besar giler. Tak tau la ada berapa ratus kedai-kedai kecil di dalam ni. Cari jer apa korang nak.. In shaa Allah ada. Pasar ni terbahagi kepada 2 tingkat.Tingkat 1 menempatkan kedai-kedai yang menjual barangan seperti kasut,baju,bundle,aksesori wanita,produk-produk make up,gadjet-gadjet,aksesori handphone, aksesori komputer dan banyak lagi.





Selepas penat cuci mata di bazar ni..kami pun bergerak ke Lee Garden Walk bagi yang masih bertenaga untuk berjalan-jalan.Ada member yang balik terus ke hotel untuk berehat.Perkhidmatan van kami hanya setakat Lee garden Walk sahaja dan kami terpaksa balik ke hotel dengan menaiki tuk tuk. Kat Lee garden Walk ini admin beli mangga pulut harga 50 baht. Sedap siott....


best woo naik tuk tuk round satu hatyai
Untuk balik ke hotel menaiki  tuk tuk kena seorang 20 baht. tetapi kami minta untuk pusing-pusing makan angin sebelum balik ke hotel.Kos 300 baht satu tuk tuk jadi kos sorang dalam 50 baht.Jadilah merasa naik tuk tuk.Syiokkkk...


Hari Kedua - 25-11-2018 (Ahad)


Jam 7.00 pagi semua berhimpun di luar hotel untuk sarapan pagi tempat Dimsum yang viral iaitu Chabura Dimsum Special.Waktu perniagaan dari pukul 6 pagi hingga 2 petang. Ada staff yang boleh cakap melayu. Admin tak pernah makan dimsum so admin order roti canai cheese dan air teh ais.Total sarapan 75 baht.




Selepas sarapan kami bergerak ke Cable Car Hatyai City. Tanggapan awal cable car ini ibarat macam tempat peranginan yang bole berposing-posing ambik gambar kenangan gitu.Dengan tiket 200 baht kami pun naiklah cable car ini....Cable car ini boleh memuatkan 7-8 orang pada satu masa. Hahahaha sesampai saja di atas, mau tercenggang...rupanya tempat ibadat orang Siam dengan patung gajah....Pada ketika itu plak ada upacara sembahyang dengan siap bunyi mercun bagai. 

Turun dari cable car terus kami beratur untuk turun balik ke bawah.Hanya 2 saja cable car berfungsi turun dan naik.Bayangkan kalo ramai yang beratur mau berpeluh menunggu... Salah satu tempat yang admin nampak tak berbaloi...rugi rugi..hehehehe.Tapi sekali dalam hidup melancong luar negera kan..tak rugi rasanya...hahahaha..






suasana atas puncak selepas turun dari cable car.
Selepas itu kami bergerak pula ke Chang Puak Camp ( Elephant ). Bole tengok gajah dari dekat dan beri makan pisang pada gajah.Satu bekas pisang 10 baht.Ada lagi aktiviti yang menarik tapi harga mahal la plak.Hehehehe..Tak merasa naik gajah... 500 baht = 76 ringgit...Ramai dok beratur giliran untuk naik dan kami plak sedang mengejar masa..hahahaha..Ramai plak tuh dengan pelancong.Memang tumpuan ramai di sini..mungkin lain kali kot...hehehehe








Seterusnya kami bergerak ke Tang Kuan Hill. Tempat ini macam bukit bendera.Cuma ada satu gerabak sahaja  untuk naik ke atas yang boleh memuatkan 20 orang pada satu masa.tapi orang Hatyai panggil gerabak itu Lift.Hehehehe.Bayaran 20 baht seorang...siapa-siapa yang suka pemandangan memang sesuai ke tempat ini. Admin dah tak larat....tak berapa sihat badan...


Tengah beratur untuk naik Lift.hehehehe

Selepas itu kami menuju ke Samila Beach ( Golden Mermaid ) untuk makan tengahari di sebuah restaurant tomyam muslim dan seterusnya bersantai sambil bergambardi pantai Samila. Kat pantai Samila  ni banyak gerai cenderamata...admin rasa kat sini harga memang murah berbanding tempat lain.
menjamu selera tomyam di restaurant muslim di samila beach
Muka-muka teruja menikmati tomyam sedap sangat

Pemandangan pantai samila memamg cantik

Welfie ngan patung duyung

Patung kucing



Setelah puas berposing sana sini,kami bergerak untuk destinasi terakhir iaitu  Klonghae Floating Market.Kami sampai di sana pada jam 7.30 malam.Suasana sana nampak meriah denagn cm ada pesta sedang berlangsung.Terdapat 2 bahagian/seksyen di Klonghae Floating Market. Klonghae Floating Market ada 2 bahagian iaitu bawah iaitu pasar terapung/sampan, majoriti peniaga menjual produk-produk makanan dan minuman manakala di bahagian atas pula,antara produk-produk yang di jual adalah pakaian, cenderamata , produk kraftangan, makanan dan minuman.






Kami berada di Klonghae Floating Market selama 1jam 30 minit.Setelah puas meronda dan makan -makan serta membeli belah untuk kali terakhir.Kami menaiki van untuk pulang.Destinasi terakhir adalah immigration Thailand dan selesai cop border/passport dan terus menaiki bas persiaran yang sudah sedia menanti kami.Kami bergerak pulang ke Gerik dan sampai Pekan gerik pada jam 3.30 pagi.

ALHAMDULILLAH, semua telah selamat sampai ke destinasi dengan selamat.Terima kasih kepada Kak Jom @ *JomLiburBajet * untuk menguruskan percutian kami ke HATYAI 2H1M yang sangat happening .

Kepada sapa yang berminat menggunakan ejen pelancongan Kak Jom @ *JomLiburBajet bole terjah FB kak Jom.Pastinya pakej termurah untuk melancong bersama Kak Jom.

Berikut merupakan fb page JLB : https://www.facebook.com/JomLiburBajet/

Sekiranya perlukan apa-apa pakej, boleh terus hubungi :-

Aivi @ Kak Jom,
Tour Consultant,
JOM LIBUR BAJET
0134042372






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://8vertising.blogspot.com/2018/12/road-trip-ke-hatyai-bersama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+My8vertisingPencetusInformasiDiHujungJari+%28My8vertising+Pencetus+In

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trip Bajet Ke Singapura 2018

Trip Bajet Ke Singapura 2018

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 283 hits
April 2018 yang lepas aku dan suami akhirnya sepakat last minit plan bercuti ke Singapore Bayangkan esok nak flight ke JB malam nya baru aku terhegeh hegeh carik money changer nak tukar duit ke dollar singapore Aku nekad pergi tukar duit se...
Blog Performance Update November 2018

Blog Performance Update November 2018

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 331 hits
Blog performance update November 2018So here s the summary for November 2018 from Total posts Hanya 9 hari blog ini berupdate sepanjang November lepasPageviews 78 954Unique Views 27 480Ulasan PV pada bulan sebelumnya adalah lebih tinggi iai...
Top Komentar November 2018 Blog Azlinda Alin

Top Komentar November 2018 Blog Azlinda Alin

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 355 hits
TOP KOMENTAR NOVEMBER 2018 BLOG AZLINDA ALIN Dah masuk bulan baru welcome to December 2018 Tak sampai sebulan je lagi nak berjumpa dengan tahun baru iaitu 2019 Dah sesiap buat azam tahun baru ke tu Mummy Tak ada azam untuk setiap tahun baru...
Trip Ke Hatyai Thailand

Trip Ke Hatyai Thailand

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 830 hits
Assalamualaikumm Cuti sekolah dah bermula maka bermula jugak lah siri cuti cuti mak bapak bersama anak anak kan asalnya cuti sekolah kali ni kami rancang nak ke korea tapi disebabkan masalah kesihatan dan dugaan yang datang bertimpa timpa m...
Keputusan Upsr Dan Ppsr 2018 Diumum 29 November

Keputusan Upsr Dan Ppsr 2018 Diumum 29 November

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 364 hits
KEPUTUSAN UPSR dan PPSR akan diumumkan pada 29 November 2018 kata Ketua Pengarah Pendidikan merujuk kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah untuk pelajar darjah enam Menurut Datuk Dr Amin Senin para pe...
Seluruh Dunia Bergegar Pada 11 November 2018 Tetapi Tiada Seorang Pun Sedar Saintis Pun Hairan

Seluruh Dunia Bergegar Pada 11 November 2018 Tetapi Tiada Seorang Pun Sedar Saintis Pun Hairan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 366 hits
LONDON BRITAIN Gelombang seismik aneh telah menggemparkan seluruh dunia pada 11 November lalu Apa yang lebih pelik tiada sesiapa merasainya sekali gus mengejutkan para saintis Ia digambarkan oleh National Geographic sebagai gegaran misteri ...
Pasar Malam Cameron Highlands Dibuka Setiap Malam Sempena Cuti Sekolah November Hingga December 2018

Pasar Malam Cameron Highlands Dibuka Setiap Malam Sempena Cuti Sekolah November Hingga December 2018

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 446 hits
Menjawab beberapa pertanyaan rakan rakan yang nak berkunjung dan bercuti di sini Mulai hari ini 23 NOVEMBER 2018 sepanjang hari cuti sekolah sehingga 31 DISEMBER 2018 PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS akan DIBUKA SETIAP HARI MALAM bermula 4 pet...
Family Time Di Taiping 19 November 2018

Family Time Di Taiping 19 November 2018

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 290 hits
AssalamualaikumExam dah habis keputusan dah dapat anak anak dah berusaha Maka nak raikan juga anak anak walaupun takde jemputan hari anugerah tahun ni bawa diorang jejalan Taiping Sempena cuti Maulidur Rasul juga nak isi masa sambil ibunya ...
Bi Soal Cadangan Devisa November 2018 Bagus Nanti Diumumkan

Bi Soal Cadangan Devisa November 2018 Bagus Nanti Diumumkan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 363 hits
Deputi Gubernur Senior Bank Indonesia Mirza Adityaswara mengatakan bahwa posisi cadangan devisa saat ini cukup bagus Akan tetapi dia enggan menyebutkan angka pasti jumlah cadangan devisa
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu