Blog Performance Update November 2018
Blog performance update : November 2018
So here's the summary for November 2018 from Google Analytics
Total posts : Hanya 9 hari blog ini berupdate sepanjang November lepas
Pageviews : 78,954
Unique Views : 27,480
Ulasan : PV pada bulan sebelumnya adalah lebih tinggi iaitu 87,847 pengunjung sebulan. Dan pada bulan November ini, PV jatuh hampir 9000 kepada 78,954.
Well, bagi Xu ini normal sebab bulan November cuma 9 artikel di pos. Xu terlampau sibuk dengan kerja hakiki, menyiapkan dokumentasi akhir tahun, kira baki stok dan macam-macam lagi yang semuanya has to deliver in a very short deadline. Pheww~
PENERANGAN GRAF :
Sessions : Bilangan kunjungan aktif yang berinteraksi dengan laman kita. Bila pelawat singgah homepage kita, dikira 1 session. Pastu pelawat klik page About Me, Penafian dan seterusnya kembali ke homepage, maka total session yang terlibat adalah 2 sahaja. Hompage tadi tu hanya dikira sekali.
Namun, sebuah session itu akan expired jika tiada apa-apa aktiviti pada laman kita dalam tempoh 30 minit.
Kalau lepas tamat sesi, pelawat tersebut mula berinteraksi semula dengan laman kita ( klik next entri contohnya), itu dah dikira 2 sessions.
Users :
Merujuk kepada bilangan pelawat unik (spesifik) yang singgah di blog dalam satu hari. Sekiranya pelawat yang sama datang singgah ke blog kita beberapa kali dalam hari yang sama, ia tetap akan dikira 1 user sahaja.
Dan sekiranya korang di tanya, berapakah bilangan unique view blog korang (UV), so bilangan users ni lah yang harus korang bagi.
Pageview :Pageview atau ringkasnya dikenali sebagai PV merujuk kepada jumlah "visits" ke blog tanpa mengambil kira visit tu datang dari pelawat yang sama atau pelawat yang berbeza-beza. So mana-mana page yang dibuka tu akan dikira 1 pageview.
Refresh page juga dikira 1 view. Interaksi dengan mengklik page About Me, Contact, Notis Privasi dll juga akan dikira setiap satunya. Pelawat yang klik next entry pun tetap dikira 1 view.
Bounce rate :Data yang menunjukkan kadar pelawat yang meninggalkan blog kita tanpa berinteraksi langsung dengan kandungannya. Secara mudahnya, bounce rate ni adalah peratus bilangan pelawat yang "visit" blog kita dan terus serta merta keluar. Bounce rate yang cantik, katanya adalah bawah 20% sebulan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2018/12/blog-performance-update-november-2018.html