Trip Ke Hatyai Thailand
Assalamualaikumm.
Cuti sekolah dah bermula.. maka bermula jugak lah siri cuti-cuti mak bapak bersama anak-anak kan.. asalnya cuti sekolah kali ni kami rancang nak ke korea. tapi disebabkan masalah kesihatan dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, makanya trip ke Korea terpaksa dibatalkan..
jadi demi mengubat hati yang kuciwa tak dapat ke Korea, kami plan last minute ke Hatyai. Mula-mula plan nak naik ets, tapi disebabkan nak bawak mak n bapak mertua dan tambahan pulak saya pun baru lg lepas operation ectopic pregnancy
, so kami cadang nak bawak kereta
memandangkan ini kali pertama kami nak bawak kete ke Thailand, jadinya kami pun google la cara nak ke bawa kereta masuk ke Thailand. selepas baca segala pengalaman yang dikongsi oleh blogger2,makanya kami pun fahamla sebab kami tidaklah benak sangat. hahahahauntuk bawak kereta ke Thailand senang je proses dia.. dokumen wajib ada ialah passport atau border pass dan salinan geran kereta
dan untuk memudahkan perjalanan kita di sana nanti, silalah download maps
Kami bertolak dari Taiping dalam pukul 8.30pagi camtuh lepas sarapan kat rumah mak mentua saya. singgah membuang dan mengisi lagi di RnR Gurun
lepas tu teruskan perjalanan dan sampai di Changlun dalam pukul 12.00 tengahari. sampai je kat changlun, kami terus cari kedai untuk isi borang tm2,tm3 dan tm6. borang-borang ni wajib diisi ye. kami isi siap2 kat changlun ni sebab takut ramai orang kat border nanti dan melambatkan proses.
actually borang2 ni boleh juga diambil dan di isi di border nanti, tapi kami nak settle siap2 senang
kalau suruh orang isi dia akan caj satu borang rm1. setiap passport kena isi 1 borang tm6, kami ada 5 orang, jadi kena 5 borang tm6 dan tm2, tm3 untuk kereta. dekat area pekan changlun tu baaanyak je kedai2 yang buat servis isi borang2 ni dan insurans kereta ke Thailand. kita digalakkan untuk ambik insuran kereta Thailand ye kalau nak bawak masuk kereta
kami buat insurans kereta, isi borang tm6,tm2,tm3 dan tukar duit sekali kat kedai two five star enterprise tu.. settle semua.. insurans rm14 untuk 9 hari, borang tm6 rm5 untuk 5 orang dan borang tm2 ,tm3 rm2 untuk kereta.. tapi kalau ambik borang dan isi sendiri kat imegresen free je.
tudia uncle tu tengah isi borang dan buat insurans kereta. sambil dia isi borang tu dia pesan la masuk sana nanti hati-hati.. polis sana kalau tahan kita memang cari salah n mintak duit je.. dia turut berpesan supaya bawak kereta slow2, nak selamat bawah 90km/h ye encek.. baiklah uncle...hahaha.
dah settle semua urusan, duit bhat pun dah tukar, jom kita teruskan perjalanan ke imegresen pulak.
imegresen Malaysia sekejap je.. dia just scan.. tak payah turun kereta pun.. cuma buka cermin bagi dia nampak isi kandungan dalam kereta tuh.. takut ko seludup anak orang bawak ke thai.. haha
nak smpai ke imegresen Thai tu yang hazab nak.. jemmmmmm...
nak boleh nampak rupa paras welcome to Thailand tu pun jenuh la jugak.. dekat 1 jam baru nampak .
tupun baru nampak dari kejauhan.. belum sampai lagi.. hahaha
lepas dah melepasi welcome to Thailand tu kita parking kereta dulu.. semua pemilik passport kena turun. dalam passport kena selit sekali borang tm6 dan duit rm1. berdasarkan review dari yg pernah pergi ke Thailand, kita kena bg duit jugak dekat orang yang cop passport kita tuh .. kalau kita tak selit pun dia akan mintak jugak.. jadi kami selit siap2 rm1 setiap passport. dan kena beratur.. kami beratur yang di luar.. dekat dalam bangunan pun boleh .
pemilik kereta kena selit sekali borang tm2 dan tm3 untuk dia cop sekali ye
lepas tu pemilik kereta kena bawak sekali passport bersama salinan geran pegi beratur pulak dekat custom counter.. kat sini dia akan mintak geran dan passport dan dia akan tanya warna kereta dan berapa orang dalam kereta. dia akan print borang custom declaration.. kita kena sign dekat borang yang dia print tu.. dia dah siap tanda X dekat tempat yang kita kena sign. lepas tu kena pergi ke next counter untuk dia cop borang tu dan bg passport lagi sekali.
dekat sini akan ada ramai ulat2 yang akan offer untuk tolong uruskan custom declaration untuk anda dengan bayaran rm20, jadi anda tak perlu la beratur panjang.. tapi kalau beratur sendiri pun tak la lama sangat pun.. mcm rugi je byr rm20. lepas settle kat sini boleh lah kita meneruskan perjalanan ke Thailand. jangan lupa pesanan uncle tadi ye anak2 walaupun saya tahu anda excited nak masuk Thailand.. kakaka
dah selamat masuk ke negara Thailand.. pekan dekat border ni namanya Sadao.. lepas sadao ada lagi pekan lepas tu baru Hatyai..
kami dah download apps maps offline, so kami follow map tu je,, dia bawak kami terus ke hotel.
kami dah book siap2 the smart hotel kat agoda. satu malam rm96 sahaja.. kami book 2 bilik , 1 utk kami dan 1 lagi untuk mak n bapak mertua saya
abahnye mursyid tengah check in.
Smart hotel ni hotel baru.. tak jauh sangat dari bandar Hatyai..di pinggir bandar la kira.. kalau nak ke bandar boleh bagitau kat receptionist.. hotel ade provide kenderaan untuk hantar kita ke bandar.. dan maklumkan jugak pukul berapa nak balik.. nanti dia akan pegi ambik
lepas settle urusan check in, kami terus ke bilik la.
macam ni lah keadaan bilik nya.. cantek dan selesa.
lepas solat, kami keluar cari makan pulak ..sebelum keluar tu sempat la sis posing kat depan hotel tuh sementara tunggu mak dan bapak mertua bersiap
lepas tu kami pegi cari makan la.. berdasarkan pembacaan saya dari blog2,
ramai yang suggest untuk makan di Kai tod decha..
jadi kami pun terus ke restoran kai tod decha.
sebelum keluar kedai kai thod decha tu sempat bergambaq dengan yang dok buat somtam.
ni semua lah menu yang kami order kat kai thod decha.. memang sedap2 semuanya.. ayam goreng dia mantap.. teh ais dia perghhh syahdu betoiiii.. semua sedap2.. memang licin kami makan.
lepas makan , kami terus ke klonghae floating market.. sampai situ dah gelap.. tapi memandangkan esok program kami nak ke songkla, so takut tak berkesempatan ke floating market , kami pun datang jugak lah walaupun dah malam
sis beli nanas potong ja.. haha.. manisssss sangat nanas depa
macam ni lah suasana malam berdekatan floating market tu
sini je yang floating nya.. yang lain semua depa berniaga di daratan,.
saya tengok2 dan bergambar sahaja.. tak beli apa pun.. sebab dah kekenyanngan
beli tshirt ja.. dan bergambar dengan pompuan yang jual tu sebab dia pandai cakap melayu..haha
lepas penat berjalan-jalan di klonghae floating market, kami pun balik ke hotel dan beraduuu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mamamursyid.blogspot.com/2018/04/trip-ke-hatyai-thailand-part-1.html