Road Map F 30 Harapan Bolasepak Malaysia Untuk Kembali Digeruni Di Persada Antarabangsa
Semalam berlangsungnya pelancaran Road Map F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dan juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.
Kami masih menunggu intipati penuh Road Map F30. Namun secara ringkasnya, antara intipati Road Map F30 adalah seperti berikut:
Sasaran Harimau Malaya – Layak ke Piala Asia 2023
Sasaran Malaysia B-23 – Layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Sasaran Malaysia B-19 – Layak ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2023
Sasaran Malaysia B-16 – Layak ke Piala Dunia B-17 pada tahun 2021
Sasaran Malaysia B-15 – Juara Piala AFF 2021
Sasaran Harimau Malayati (skuad wanita) – Pusingan kalah mati Piala AFF 2022
Liga Futsal Pro akan ditubuhkan pada tahun 2019 (Pelesenan kelab futsal akan dilaksanakan bg membolehkan kelab beraksi pada saingan Kelab Futsal AFC 2020)
Pesta bola Merdeka diperkenalkan semula
Memperkenalkan Liga Bawah 17, Liga Bawah 14 dan Liga Bawah 12 dengan kerjasama kementerian pelajaran Malaysia dan akademi swasta.
Kejohanan futsal Bawah 15 dan Bawah 17 turut diperkenalkan dengan kerjasama kementerian pelajaran Malaysia.
Jika dilihat sasaran-sasaran yang disasarkan, ia memang mampu dicapai tapi dengan syarat pelan dan tindakan perlu diikut seperti yang dirancang. Disiplin amat penting dari segenap level pengurusan.
Perancangan dari bawah (bottom up) perlu untuk mencari bakat baru untuk diketengahkan.
Politik mestilah disisihkan daripada badan dan kelab bolasepak di peringkat atasan maupun di peringkat bawah. Ini untuk memastikan tiada bakat yang disia-siakan Hanya kerana pemilihan berdasarkan politik.
Perlu galakkan syarikat swasta untuk turut sama mengembleng tenaga dengan persatuan bolasepak induk. Mereka boleh wujudkan kelab bolasepak sendiri seperti di negara-negara maju. Ini memberi kelebihan kepada bakat baru yang tidak terpilih ke kelab utama untuk terus menggilap bakat di kelab profesional swasta ini.
Mentaliti kanak-kanak dan juga ibubapa penjaga juga perlu diubah untuk memberi kesedaran tentang hala tuju anak-anak mereka di kancah bolasepak profesional.
Semoga FAM dapat merealisasaikan perancangan mereka dengan membawa kejayaan yang diimpikan di peringkat antarabangsa. Semoga bolasepak negara akan terus maju dan Harimau Malaya kembali menjadi igauan ngeri negara Asia.
Sempoi..! Majulah sukan bolasepak untuk negara..!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsempoi.com/road-map-f30-harapan-bolasepak-malaysia-untuk-kembali-digeruni-di-persada-antarabangsa/