Rm32 Juta Masuk Akaun Najib


Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd (PPB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa sejumlah RM32 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Datuk Rosman Abdullah berkata wang berkenaan dipindahkan ke dalam akaun bekas perdana menteri yang berakhir dengan nombor 880 dan 906 pada 2014 melalui dua transaksi iaitu sebanyak RM27 juta pada 8 Julai, 2014 dan RM5 juta pada 10 Sep, 2014.

Loading… Bagaimanapun saksi pembelaan itu berkata pada waktu itu, beliau tidak mengetahui akaun berkenaan milik Najib.
“Semasa pemindahan wang itu, saya tidak tahu akaun AmPrivate Banking-1MY dan AmPrivate Banking-MY itu milik Najib. Saya terkejut apabila mendapati ada artikel di internet yang mendakwa akaun berkenaan milik Najib.
“Apabila saya ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2015, penyiasat juga memberitahu saya perkara yang sama,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Najib, Farhan Read.
Sebelum itu, Rosman, 53, memaklumkan mahkamah bahawa RM32 juta dipindahkan daripada RM170 juta yang dikreditkan ke akaun Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPC), anak syarikat PPB antara Julai dan September 2014.
Rosman berkata beliau diberitahu bahawa transaksi (RM170 juta) pada masa itu oleh Jho Low dan Jho Low memaklumkannya bahawa dana berkenaan merupakan pendahuluan bagi satu kontrak yang sedang beliau rundingkan untuk dimeterai oleh PPC.
“Beliau berkata beliau akan memastikan bahawa jika RM170 juta tidak digunakan untuk kontrak yang dicadangkan itu, beliau akan memastikan bahawa akan ada pembayaran balik tanpa liabiliti akan terakru kepada kumpulan PPB.
“Memandangkan Jho Low masih merupakan pemilik benefisial Kumpulan PPB pada masa itu, saya tidak fikir saya mempunyai hak dalam hal ini selagi tidak ada liabiliti kepada Kumpulan PPB apabila pembelian saham muktamad.
“Sebelum penangkapan saya oleh agensi antirasuah pada Julai 2015, Jho Low merupakan ahli perniagaan yang cekap dan boleh dipercayai dan kami menjadi, pada saya pada masa itu satu hubungan profesional yang mesra. Saya juga memikirkannya sebagai pengurus mikro.
“Berikutan penangkapan dan reman saya, dan kini mempunyai gambaran yang jelas mengenai apa yang berlaku dalam episod pemindahan RM170 juta itu, saya menggambarkannya sebagai penipu yang sangat licik dan berkesan dalam hal pemindahan berkenaan,” kata saksi pembelaan kelapan itu.
Untuk rekod, Rosman adalah pemegang saham utama Kumpulan PPB melalui syarikat milik penuhnya, Cendana Destini Sdn Bhd dan syarikat itu memperoleh kepentingan dalam kumpulan PPB dari UBG Bhd, yang dimiliki Jho Low, pada harga pembelian RM240 juta.
Perjanjian penjualan itu pada 2012 tetapi pemerolehan berkenaan hanya selesai pada 13 April 2015 selepas harga pembelian sebanyak RM240 juta dibayar sepenuhnya.
Rosman berkata Jho Low masih pemilik benefisial kumpulan PPB pada masa transaksi RM170 juta berkenaan.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/rm32-juta-masuk-akaun-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir Rm100 Juta Masuk Ke Akaun Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Saksi

Hampir Rm100 Juta Masuk Ke Akaun Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi Saksi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 3 MAC Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu terdapat kemasukan wang berjumlah hampir RM100 juta ke dalam akaun Tetuan Lewis Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Ser...
Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

Rosmah Beli Barang Kemas Rm3 3 Juta Guna Kad Kredit Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini The post appeared first on
Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Ketika ditanya oleh Sithambaram DS Anifah Aman tidak mampu mengingati dengan baik tarikh mesyuarat dengan kerajaan Saudi yang berlaku kita kira 10 tahun lalu Tetapi beliau mengakui mesyuarat yang dinyatakan oleh saksi saksi seb...
Najib Dedah Kenapa Tun Dr Mahathir Amat Membenci Beliau

Najib Dedah Kenapa Tun Dr Mahathir Amat Membenci Beliau

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai ...
Kerajaan Ph Kerajaan Gagalkrasi Najib

Kerajaan Ph Kerajaan Gagalkrasi Najib

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 415 hits
Najib label kerajaan PH sebagai Gagalcracy DALAM hantaran ke Facebook malam ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan antara pencapaian pencapaian yang diusahakan dalam zaman kerajaan Gagalcracy termasuk kekalahan paling teruk dalam seja...
Mahathir Benci Najib Sebab Tak Sokong Mukhriz

Mahathir Benci Najib Sebab Tak Sokong Mukhriz

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 353 hits
Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan ...
Kenapa Mahathir Benci Najib Ini Pendedahan Najib

Kenapa Mahathir Benci Najib Ini Pendedahan Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 383 hits
Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka mulut mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan ...
Berilah Peluang Kepada Muhyiddin Kata Najib

Berilah Peluang Kepada Muhyiddin Kata Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 311 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Sudah tiba masanya untuk berhenti berpolitik sebaliknya memberi...
Forest Fire Breaks Out In Kajang Prima

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Ayam Pentet Dora Mj Port Dickson A Must Try Culinary Gem For Foodies Travelers

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Syok Bersuka Ria Di Splash Carnival Legoland Johor

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jemputan Dihantar Kepada Kepemimpinan Tinggi Pas Namun Tiada Wakil Yang Hadir Dakwa Bersatu

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Pertama Kali Beli Handbag Dato Aliff Syukri