Berilah Peluang Kepada Muhyiddin Kata Najib


Kasthuri Jeevendran Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya untuk berhenti ‘berpolitik’ sebaliknya memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bagi mengemudi negara ketika ini.

Itu luahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kemelut yang seolah-olah tidak berkesudahan dengan pelantikan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada Sabtu lepas.

Malah Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan juga merasakan isu bilangan sokongan majoriti wakil rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional juga tidak menjadi soal.

“Kita percaya kita ada angka yang cukup. Tidak ada persoalan itu lagi.

“Apa yang lebih penting, pada masa ini sebenarnya mengembalikan kestabilan ekonomi selain keyakinan rakyat kepada kerajaan kini. Itu lebih penting,” katanya ketika ditemui wakil media di lobi Mahkamah Tinggi Jalan Duta ketika menghadiri perbicaraan SRC International Sdn Bhd.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sebenarnya telah mempunyai sokongan seramai 114 daripada 222 Ahli Parlimen Dewan Rakyat bagi menjawat jawatan perdana menteri kelapan.
* Tun M mohon maaf, mengaku silap strategiMahathir mengaku dalam keadaan tidak ‘terdaya’ berikutan tindakan YDPA enggan mengadakan pertemuan lagi dengannya sebaliknya sedang berkira-kira untuk undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat kelak.

Selain itu, Najib juga mahu peluang diberikan kepada Muhyiddin supaya beliau memberikan fokus utama menerajui negara ketika ini.

“Kita patut menghormati titah YDPA yang telah melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Baginda bertitah mengikut Perlembagaan. Lagipun, Muhyiddin juga telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan Ahad lepas.

“Saya amat pasti tanggungjawab yang kini perlu dipikul oleh beliau sangatlah berat, mencabar dan penting. Kita juga perlu bersama-sama beliau, bekerjasama dengannya Malaysia yang lebih baik.
“Ini adalah untuk negara serta demi rakyat, itu lebih penting,” tegasnya.

Semalam, Muhyiddin juga menjelaskan dirinya tidak sesekali mengidamkan jawatan perdana menteri sebaliknya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mendapat sokongan majoriti. –MalaysiaGazette
* Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat – Muhyiddin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/berilah-peluang-kepada-muhyiddin-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pilih Kerjasama Dengan Najib Untuk Jadi Pm Bukan Saya Kata Dr M

Muhyiddin Pilih Kerjasama Dengan Najib Untuk Jadi Pm Bukan Saya Kata Dr M

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 443 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin memilih bekerjasama dengan Najib Razak untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS Mahathir berkata alasan utama beliau tidak mahu bekerjasama dengan Umno adala...
Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 635 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari ini bahawa bekas timbalannya Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk memperoleh undi percaya Kami percaya kami mempunyai angka tetapi saya fikir fokus sekaran...
Terdesak Pulak Nampak Najib Nak Berkawan Dengan Muhyiddin Hahahahaha

Terdesak Pulak Nampak Najib Nak Berkawan Dengan Muhyiddin Hahahahaha

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 401 hits
Dengan kerajaan baru yang diketuai Muhyiddin Yassin bekas perdana menteri Najib Razak menyimpan impian agar hubungan keruh di antara mereka berdua dapat dilupakan untuk dibuka lembaran baru Bercakap kepada Reuters Najib berkata beliau meman...
Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

Kabinet Tanpa Tpm Strategi Baik Untuk Survival Muhyiddin Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 368 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memuji langkah Muhyiddin Yassin mengecualikan jawatan timbalan perdana menteri daripada Kabinetnya yang disifatkan strategi baik bagi membantu memastikan survival politiknya Kamarul Zaman Yusoff da...
Gps Sokong Muhyiddin Kerana Dr M Tidak Tegas Kata Abang Johari

Gps Sokong Muhyiddin Kerana Dr M Tidak Tegas Kata Abang Johari

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1124 hits
Gabungan Parti Sarawak mengubah sokongan daripada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu tidak tegas Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata GPS pada mulanya menyokong M...
Senarai Baru Sokong Dr M Tak Jejas Lantikan Muhyiddin Kata Rais

Senarai Baru Sokong Dr M Tak Jejas Lantikan Muhyiddin Kata Rais

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rais Yatim berkata senarai 114 ahli Parlimen menyokong Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghalang pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 pada Ahad Katanya Perlembagaan Persek...
Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 380 hits
PETALING JAYA Pemimpin PPBM A Kadir Jasin berkata pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 tidak pernah disokong Majlis Tertinggi kerana keretakan mula kelihatan dalam parti itu Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi ...
Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

Want To Bury Dap Here S How Najib Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 390 hits
Najib Razak has given the new Muhyiddin Yassin led government a tip on how it can bury DAP In a Facebook post the former prime minister said the new government only has to confirm the authenticity of leaked Malaysian Anti Corruption Commiss...
Jam Tangan Mewah Dipilih Rosmah Kata Najib

Jam Tangan Mewah Dipilih Rosmah Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR Jam tangan mewah bernilai RM466 330 yang dibeli Datuk Seri Najib Tun Razak The post appeared first on
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi