Ringgit Akan Terjejas Jika As 600 Juta Keluar Dari Akaun Najib


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 29, 2022 7:14 PM

Seorang jurubank memberi keterangan bahawa pasaran kewangan akan berubah dan nilai ringgit akan terjejas jika AS$600 juta telah dipindahkan daripada akaun perdana menteri Najib Razak

Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank,Yap Wai Keat berkata demikian ketika memberi keterangan lisan dalam perbicaraan rasuah 1MDB berhubung penyelewengan RM2.28 bilion membabitkan Najib, petang tadi.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, saksi pendakwaan ke-38 itu menjelaskan atas sebab itu akaun tertuduh yang berakhir dengan 694 dengan bank komersial itu mewujudkan kod nama "MR Banking AmPrivate" dan bukannya namanya.

Peguam itu mahu tahu mengapa walaupun nama kod diberikan tetapi Yap masih boleh memberi keterangan bahawa akaun bank itu adalah milik Najib.

Wan Aizuddin secara khusus menyoal tentang aliran masuk kira-kira AS$20 juta (RM60,629,839.43) ke dalam akaun Najib daripada Putera Faisal Turki Bandar al-Saud antara 24 Feb dan 14 Jun, 2011, dalam dua urusniaga berjumah kira-kira AS$10 juta setiap satu.

Yap menjelaskan bahawa pengurus perhubungan Ambank, ketika itu, Joanna Yu telah memberitahunya (Yap) bahawa dia mewujudkan nama itu kerana tertuduh ketika itu adalah individu yang terdedah secara politik.

Saksi itu berkata Yu memberitahunya demikian semasa mengatur penukaran mata wang asing berjuta-juta dolar kepada ringgit ke dalam akaun Najib.
Joanna YuYap berkata bahawa nama itu akan menghalang orang luar - seperti peserta pasaran pertukaran asing - untuk mengetahui tentang sebarang transaksi besar yang mengalir masuk atau keluar dari akaun.

Yap: Kami (AmBank) cuba untuk tidak mendedahkan identiti pelanggan kepada orang luar.

Wan Aizuddin: Apa yang menyebabkan ia (akaun Najib) sensitif?

Yap: Pertama, beliau (Najib) adalah perdana menteri pada masa itu, dan jumlah transaksinya agak besar. Jika pasaran mengetahui jumlahnya, pasaran akan mengambil kedudukan dan ini menjejaskan nilai ringgit.

Wan Aizuddin: Katakan AS$10 juta dipindah masuk ke dalam negara untuk ditukar kepada ringgit dan penerima bukan Najib. Adakah ini akan mengubah kedudukan pasaran?

Yap: Tidak, kerana AS$10 juta tidak akan memberi kesan besar, tetapi dengan AS$600 juta (transaksi wang masuk dalam akaun Najib) kita perlu lebih berhati-hati.

Disebabkan itu Joanna (Yu) mewujudkan nama kod AmPrivate Banking MY untuk Datuk Seri (Najib), itulah yang saya tahu tentang nama penerima.

Pada ketika ini, Wan Aizuddin mengingatkan Yap bahawa pemeriksaan balas itu bukan berkaitan dengan AS$620 juta yang mengalir keluar daripada akaun Najib tetapi sebaliknya berhubung AS$20 juta, yang saksi itu kembali menjawab secara khusus mengenai transaksi terakhir itu.

Prosiding di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini serta Isnin minggu depan.

Pada 2016, peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam urusan 1MDB, dengan mendakwa Najib menerima sumbangan AS$681 juta (RM2.08 bilion) daripada kerabat Arab dan telah memulangkan AS$620 juta wang derma itu.
Mohamed Apandi AliSebelum ini, semasa perbicaraan rasuah 1MDB, pengurus cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, memberi keterangan bahawa RM2.08 bilion masuk ke akaun Najib yang berakhir dengan 694 dalam sembilan peringkat antara Mac dan April 2013 dan RM2.03 bilion mengalir melalui lima transaksi antara 2 Ogos dan 23 Ogos, tahun itu.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa, ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Dalam kenyataan pembukaan pendakwaan pada awal perbicaraan pada 28 Ogos 2019, timbalan ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram berhujah bahawa jenayah itu didakwa dilakukan melalui empat fasa bermula dari 2011 hingga 2014.

Pendakwa berhujah bahawa sembilan pertuduhan pengubahan wang haram yang pertama berkaitan dengan dakwaan menerima RM2,081,476,926 yang menjadi perkara pertuduhan ketiga yang dipinda dan wang itu dikatakan jatuh ke dalam akaun tertuduh yang berakhir dengan nombor 694 dengan AmIslamic Bank.

Pihak pendakwaan mendakwa antara 2 Ogos 2013 dan 23 Ogos 2013, tertuduh memindahkan sejumlah RM2,034,350,000 kepada Tanore Singapura.
Pendakwa raya mendakwa pada masa yang sama, tertuduh telah menggunakan baki RM22,649,000 untuk membayar empat entiti dan seorang individu. Semua bayaran ini dikatakan memberi manfaat kepada tertuduh.

Mereka juga berhujah bahawa Najib menerima AS$20 juta (RM60,629,839.43) daripada dana 1MDB daripada Putera Faisal melalui dua bahagian bernilai AS$10 juta setiap satu - bahagian pertama pada 24 Feb 2011, dan bahagian kedua pada 14 Jun 2011.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa salah laku di 1MDB dilakukan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan beberapa yang lain, dengan restu Najib.

Pasukan peguam pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bekas perdana menteri itu tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan dana pelaburan negara itu yang lain.

Uma Devi juga sebelum ini memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah berasingan terhadap Najib membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kedua-dua 1MDB dan SRC International dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus kepada SRC International.

Pengerusi penasihat BN itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah, serta hukuman penjara dan denda RM210 juta sebagai ganti lima tahun tambahan dalam penjara.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/ringgit-akan-terjejas-jika-as600-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Wang Rm1 Juta Masuk Akaun Shahrir Isteri Saksi

Awani Ringkas Wang Rm1 Juta Masuk Akaun Shahrir Isteri Saksi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 125 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Ringgit Affected If Us 600m Leaves Najib S Account Banker

Ringgit Affected If Us 600m Leaves Najib S Account Banker

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 132 hits
1MDB TRIAL A banker testified that the foreign exchange market would take position and affect the value of the ringgit if participants find out that US 600 million was transferred out of then premier Najib Abdul Razak s account Yap Wai Keat...
Zeti Tahu Najib Akan Terima Us 100 Juta Daripada Arab Saudi Saksi

Zeti Tahu Najib Akan Terima Us 100 Juta Daripada Arab Saudi Saksi

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menerima sumbangan AS 100 juta daripada Arab Saudi ke dalam akaun per...
Kes Cukai Tertunggak Rm10 3 Juta Libatkan Anak Najib Selesai Lhdn Tarik Balik Rayuan Keputusan Mahkamah

Kes Cukai Tertunggak Rm10 3 Juta Libatkan Anak Najib Selesai Lhdn Tarik Balik Rayuan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 143 hits
The ReporterFoto The EdgeLembaga Hasil Dalam Negeri dilaporkan telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos 2020 berhubung samannya terhadap Nooryana Najwa bagi mendapat RM10 3 juta cukai pendapatan tidak dibay...
R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 148 hits
CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR INI CONTOH YA BUKAN BETUL BETUL SUMBER KAMSIAH HAIDER TIADA KAITAN PUN INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL MISALNYA LAH KALAU TERIMA SUMBER KAMSIAH HAIDER
Nilai Ringgit Susut Projek Mega Pengangkutan Tidak Terjejas

Nilai Ringgit Susut Projek Mega Pengangkutan Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 163 hits
Penyusutan nilai mata wang ringgit Malaysia tidak menjejaskan pembangunan projek mega di bawah Kementerian Pengangkutan Semua projek termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur Sistem Transit Rapid dari Johor ke Woodlands di Singapura transit
Rm2 08 Bilion Masuk Akaun Najib Dalam Dua Bulan Kata Saksi

Rm2 08 Bilion Masuk Akaun Najib Dalam Dua Bulan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 151 hits
Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa wang berjumlah RM2 08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013 Pengurus Cawangan ...
Pembelaan Najib Kemuka Surat Putera Arab Saudi Berhubung Hadiah Wang Tunai Us 100 Juta

Pembelaan Najib Kemuka Surat Putera Arab Saudi Berhubung Hadiah Wang Tunai Us 100 Juta

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan RM2 3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad hari ini mengemukakan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi yang menyatakan bahawa bekas Perdana M...
Najib Tidak Pernah Keluarkan Wang Tunai Meskipun Berbilion Masuk Ke Akaun Banknya Saksi

Najib Tidak Pernah Keluarkan Wang Tunai Meskipun Berbilion Masuk Ke Akaun Banknya Saksi

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak pernah membuat pengeluaran tunai daripada akaun bank peribadinya meskipun berbilion ringgit telah didepositkan ke akaunnya Pengurus AmBank Berhad cawangan Ja...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch