Rm17 540 Lesap Ditipu Skim Pelaburan Forex




BUTTERWORTH: Seorang peniaga kecil-kecilan mengalami kerugian RM17,540 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan Forex yang menawarkan keuntungan berlipat kali ganda hanya dalam tempoh 24 jam melabur.

 
Dalam kejadian semalam, lelaki berkenaan mahu membuat pelaburan jenis Pelan 1 sebanyak RM250 tetapi diminta membuat beberapa bayaran tambahan terlebih dahulu jika mahu wang keuntungan dibayar.

 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berasal dari Kepala Batas dekat sini dikatakan telah menerima pelawaan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp untuk melabur dalam pelaburan mata wang asing patuh syariah serta menjanjikan pulangan keuntungan dalam tempoh singkat.

 
Beliau berkata, mangsa telah berkomunikasi dengan seorang perempuan Melayu yang mendakwa ejen syarikat tersebut dan bertindak memujuknya melabur jumlah kecil dahulu.

 
Ujarnya, mangsa turut dijanjikan peluang mengaut keuntungan segera berjumlah RM8,877 selepas dua jam wang tersebut dilaburkan.

 
“Mangsa kemudiannya dipaksa membuat beberapa bayaran sekiranya mahu menuntut wang keuntungan tersebut dan telah membuat sembilan transaksi kemasukan wang ke dua akaun bank diberikan ejen tersebut yang kesemuanya berjumlah RM17,540 bagi menikmati pulangan keuntungan yang luar biasa.

 
“Mangsa akhirnya berasa ditipu setelah ejen tersebut mendiamkan diri lalu membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

 
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun-akaun individu terbabit.

 
Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan seperti itu kerana hakikatnya tiada skim pelaburan dapat memberi keuntungan mudah dalam tempoh singkat.

 
“Orang ramai juga dinasihatkan membuat semakan dengan pihak Bank Negara Malaysia sebelum melabur dalam mana-mana syarikat pelaburan,” katanya.

 
-UTUSAN 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/10/rm17540-lesap-ditipu-skim-pelaburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula

Tips Pelaburan Emas Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 397 hits
Kali ini saya nak tulis tentang tips pelaburan emas sebab dapat dilihat sekarang minat terhadap pelaburan emas meningkat semula lebih lebih lagi selepas tempoh PKP baru baru ini Gelombang ini sama seperti tahun 2011 dan juga 2016 ramai mina...
Eberkat Permohonan Pembiayaan Perlindungan Mikro Pelaburan Bagi B40 Pks Mikro

Eberkat Permohonan Pembiayaan Perlindungan Mikro Pelaburan Bagi B40 Pks Mikro

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 651 hits
eBerkat PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERLINDUNGAN MIKRO PELABURAN BAGI B40 PKS MIKRO APA ITU eBerkat Satu inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan ilmu pengetahuan dan perkhidmatan kewangan digital khususnya kepada komuniti B40 dan Per...
Hiburan Guna Gambar Tanpa Izin Untuk Perniagaan Pelaburan Fakhrul Unic Tampil Beri Amaran Kepada Individu Terlibat

Hiburan Guna Gambar Tanpa Izin Untuk Perniagaan Pelaburan Fakhrul Unic Tampil Beri Amaran Kepada Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 327 hits
Salah seorang ahli kumpulan nasyid UNIC Fakhrul tampil memberi amaran buat mereka yang tidak bertangunggjawab menggunakan foto dirinya bersama seorang lagi penceramah bebas Abdullah Khairi untuk mempromosikan sebuah perniagaan pelaburan pal...
Mmmmm Dimana Nya Pelaburan

Mmmmm Dimana Nya Pelaburan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 186 hits
IBRAHIM MAT ISAPM Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa ekonomi Malaysia baik dan stabil Dengan apa asas keyakinan mereka untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan para pedagang meneruskan niaga dengan kea...
Kerajaan Pn Tidak Stabil Covid 19 Halang Pelaburan Ke Malaysia

Kerajaan Pn Tidak Stabil Covid 19 Halang Pelaburan Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 316 hits
Ketidakstabilan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional dan terhadnya pergerakan rentas sempadan akibat wabak Covid 19 akan menjadi faktor penghalang pemulihan segera ekonomi negara Menurut mantan Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negar...
Cara Menghasilkan Lebih Banyak Lagi Di Forex Dengan Investasi Yang Sama

Cara Menghasilkan Lebih Banyak Lagi Di Forex Dengan Investasi Yang Sama

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 441 hits
Anda dapat menghasilkan uang di Forex dengan jumlah berapapun Bahkan jika Anda hanya memiliki 100 di akun Anda Anda masih akan mendapatkan untung meskipun tidak setinggi itu Namun ada beberapa cara untuk meningkatkan pendapatan Forex Anda t...
Mybrain Pelaburan Jangka Panjang Yang Menguntungkan

Mybrain Pelaburan Jangka Panjang Yang Menguntungkan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 292 hits
SEMALAM saya ada membangkitkan berkenaan program pembiayaan lanjutan ijazah MyBrain supaya diteruskan kembali secara lebih serius selepas dibekukan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 yang lalu Selain dapat mengurangkan kadar ...
Kenapa Perlu Tambah Unit Pelaburan Ketika Market Down

Kenapa Perlu Tambah Unit Pelaburan Ketika Market Down

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 299 hits
Bang market tengah drop ni masa terbaik untuk topup unit trust Pasti ramai pelabur unit trust yang pernah mendengar skrip di atas ni ketika pasaran
Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 546 hits
SKIM BANTUAN YURAN PENDAFTARAN IPT MAIJ CARA PERMOHONAN BANTUAN UNTUK MAHASISWA BELAJAR DALAM NEGARA 2020 Majlis Agama Islam Johor mempelawa mahasiswa yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Dalam Negara untuk memohon Sk...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media

Cara Terminate Unifi Online Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Raikan Petang Panas Dengan Man Cendol

Sabah Fc Mahu Sambar Kim Pan Gon

Lirik Alpha Monalisa

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan